Kempen Busuk BN Pertahan Putrajaya

KUALA LUMPUR:Dato' Seri Najib Tun Razak bertindak melanggar prinsip demokrasi dengan menyalahgunakan dana, sumber dan harta awam bagi tujuan kempen Umno-BN.
Pengumuman sejumlah peruntukan untuk pelbagai projek dan sumbangan selepas pembubaran parlimen oleh Pengerusi BN itu sekaligus mencabul etika kuasa kerajaan sementara.

Malah, Najib gagal mematuhi Akujanji Pilihanraya yang ditandatanganinya sendiri dengan badan Transparency International sebelum ini.
Antara pengumuman yang tidak menghormati prinsip demokrasi itu ialah pelaksanaan tiga projek tama di Cyberjaya bernilai RM8 bilion pada 5 April lalu.

Tiga hari selepas itu Najib juga mengumumkan perluasan penerima kad diskaun ataupun 1Malaysia Privilege Card kepada 725,000 pesara kerajaan.

Pada 9 April pula, Najib mengumumkan cadangan pembinaan kompleks bernilai RM400 juta yang membabitkan syarikat dari China iaitu CSR Zhu Zhou Electric Locomotive Company di Perak.

Seterusnya, Najib menyempurnakan majlis pecah tanah dan melancarkan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk fasa pertama membabitkan pembinaan sebanyak 1,512 unit kediaman di Putrajaya pada 18 April lalu.

Setiap unit rumah yang berkeluasan 1,000 hingga 1,500 kaki persegi itu akan dijual dengan harga antara RM150,000 dan RM300,000.

Najib juga dilihat makin terdesak untuk meraih undi daripada kaum wanita apabila turut mempertimbangkan pemberian Skim Insurans Ibu Tunggal Berdaftar kepada ibu tunggal selain memperluas Kad Diskaun 1Malaysia (KD1M) kepada golongan itu.

Hanya selepas parlimen dibubarkan, Sekretariat Jalinan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) diumumkan pada 18 April lalu sebagai tempat bernaung hampir 900,000 ibu tunggal di seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan