Lahad Datu : Inilah 3 nama “dalang” yang dimaksudkan Zahid Hamidi

laniismaa

Zahid Hamidi berkata 3 orang pemimpin pembangkang menjadi dalang pencerobohan Lahad Datu. Zahid hanya buat serkap jarang untuk kepentingan politik dia dan BN semata-mata. Dia ingin meraih sokongan dengan isu Lahad Datu.

Bayangkan kalau letupan di Nibong Tebal, tak sampai 24, 3 orang berjaya ditahan polis tetapi isu Lahad Datu yang melibatkan pencerobohan negara, kematian ramai pasukan keselamatan, Zahid Hamidi boleh bertangguh-tangguh dan main-main. Maksudnya Zahid hanya ingin buat gempak sempena kempen pilihanraya.

Kita baca apa yang diluahkan terhadap apa yang dimain-mainkan Zahid Hamidi.

“Beliau secara jelasnya memperolokkan soal keselamatan negara semata-mata untuk meraih sokongan kepada BN. Kenyataan beliau tidak bertanggungjawab. Segala kenyataannya seolah-olah kenyataan peribadi untuk mempolitikkan isu tersebut. Pencerobohan militan Sulu di tanahair kita perkara yang amat serius, jika apa yang dinyatakan Zahid adalah benar, tidak perlu tunggu sampai tamat pilihan raya,” kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua – KeadilanDaily

“Saya lihat cara pemberitaan yang dikeluarkan ini sangat tidak beradab… kenapa Ahmad Zahid tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut? Kenapa hendak dilakukan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)? Ia menjadi tanda tanya. Saya fikir ia hanya sandiwara politik semata-mata. Kita tidak terlibat, setahu saya pemimpin Sulu lebih rapat dengan ahli politik Umno. Kami (PR) mengecam segala tindakan pencerobohan yang boleh mengganggu-gugat kedaulatan negara kita. Kami juga berharap isu-isu seperti ini tidak dijadikan sebagai modal Umno dalam PRU13,” kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - SinarHarian

“Bagi saya mereka sangat terdesak untuk memenangi PRU13 ini.Jadi, mereka terpaksa mencari isu baru seperti insiden di Lahad Datu sebagai satu platform mereka untuk meraih undi dan menaikkan sokongan rakyat terhadap BN semula.Soalnya, kenapa perlu pemimpin PR ingin mempelawa orang Sulu untuk menyerang Sabah, malah sanggup melakukan pembunuhan di sana? Apa yang PR dapat sekiranya melakukan tindakan sedemikian?” kata Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok. – SinarHarian

Jadi kemungkinan ketiga-tiga nama yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi boleh diketahui melalui berita berikut, KLIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan