WTKO
Sebelum ini melalui akhbar KOSMO (anak beranak Utusan Meloya) menyebut anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah, antara yang diburu iaitu salah seeorang daripada adik-beradik kepada Jamalul Kiram III kini dipercayai berada di daerah semporna, Sabah.
Rakyat tidak mendapat berita yang benar. Banyak berita mengenai Pencerobohan Sulu adalah seperti 'Sandiwara' (tak boleh sebut nanti kerajaan UMNO marah... nanti dihasutnya kata anti askar dan polis).
Dalam banyak berita kita dimaklumakan rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan pengganas terbabit yang diketuai Azzumuddie Kiram dan turut disertai Datu Piah.
Maklumat yang dikhabarkan Datu Piah dibantu anak saudaranya, Datu Amirbahar Hushin Kiram untuk koordinasi pasukan pengganas di Simunul (Semporna), manakala Azzumuddie dibantu Komander Habib Musa A. Abdullah pula mengatur pergerakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Kita dapat berita gembira seorang panglima yang juga pengawal peribadi kepada Datu Piah mati selepas ditembak oleh pasukan keselamatan ketika menyerang polis di sebuah rumah atas air di Simunul, Semporna sebelum ini.
Lelaki yang dikenali sebagai Salib Sampang atau Imam Mas berusia 50-an itu dipercayai adalah orang kuat Datu Piah yang menetap di kampung tersebut.
YANG PELIK BIN AJAIB (TAK MUSTAHIL BERLAKU SEMASA NAJIB JADI PM... LIHAT KES ANTANTUYA... TAK ADA KESUDAHAN)
Seorang lelaki berusia 60-an dipercayai salah seorang ketua pengganas sulu berjaya ditahan di Melaka hari ini 6 April 2013 (LIHAT GAMBAR DI ATAS)
Macam mana Datu Piah boleh terbang @ ghaib daripada Sabah sampai ke Melaka????
Belum ada kenyataan rasmi daripada PDRM, namun mengibas muka lelaki yang ditahan itu menyerupai Datu Piah yang sedang diburu pihak polis.
Kita Tunggu Kenyataan Rasmi PDRM
SELAGI UMNO MEMERINTAH SELAGI ITU RAKYAT JADI BENGONG DAN BODOH!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan