Najib panik: ROS terpaksa hantar surat tengah malam ke pejabat DAP, konon mesin faks rosak

Roketkini
KUALA LUMPUR, 20 APR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terpaksa menghantar surat secara serahan tangan kepada DAP pada jam 9.30 malam semalam untuk menyatakan bahawa ia tidak mempunyai sebarang halangan bagi DAP menyertai pilihanraya umum dengan menggunakan logo roket.

Dua orang pegawai ROS yang hadir ke ibu pejabat DAP semalam memberi alasan bahawa surat yang sepatutnya difakskan tidak dapat dihantar lebih awal kerana mesin faks ROS tidak berfungsi.

“Adalah jelas bahawa mereka mengeluarkan surat tersebut setelah berdepan dengan tekanan masyarakat yang amat melemaskan. Apa-apa pun, kami akan tetap dengan rancangan awal,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke apabila dihubungi media.

Surat yang ditandatangani Pendaftar ROS, Dato’ Abdul Rahman Othman itu menyebut, “Pendaftar Pertubuhan setakat ini tidak mengambil keputusan untuk membatalkan pendaftaran Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pendaftar Pertubuhan juga tidak mempunyai apa-apa halangan untuk Parti Tindakan Demokratik menyertai Pilihanraya Umum ke 13 dengan menggunakan simbolnya.”

Dalam perkembangan serupa, penamaan calon hari ini berjalan lancar dengan calon-calon DAP diterima bertanding dengan menggunakan lambang roket. 
-Roketkini.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan