Ahli UMNO Muar SUMBANG 2000 Air Mineral Kepada PAKATAN? Apa Sudah Jadi!?

Pulakdah
Dato Mohd Ismail Mohd Shah
Banyak perkara yang menarik dalam pilihanraya umum ke-13 di Johor. Jika sebelum ini kita mendegar pergolakan UMNO Bakri. Nampaknya pergolakan di dalam UMNO/BN itu turut berlarutan sehingga kepada UMNO Muar.

Pergolakan UMNO Bakri mencapai kemuncaknya selepas Md. Ghazali Salamon semalam disahkan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bakri itu akan bertanding menggunakan lambang kunci sekaligus menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru di DUN tersebut. Barisan Nasional (BN) diwakili Datuk Saipolbahri Suib manakala, Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh Abdul Aziz Muhammad. Md.
Md. Ghazali Salamon
Usaha UMNO Muar untuk merampas DUN Maharani daripada Dr Mohamad Tasli (PAS) pula kelihatan semakin sukar kerana pemberontakan turut berlaku apabila Dato Mohd Ismail Mohd Shah tidak tercalon sekali lagi dalam pilihanraya kali ini. Tindakan UMNO mencalonkan Datuk Zulhairi Ahmad untuk menentang Dr Mohamad Taslim menimbulkan kemarahan penyokong UMNO umumnya dan Dato Mohd Ismail khususnya yang sudah membuat pelbagai kerja di kawasan Dun Maharani.
Datuk Zulhairi Ahmad
Walaupun penolakan terhadap calon 'winnable candidate' UMNO itu tidaklah sehingga membuatkan berlakunya pertembungan tiga penjuru seperti di DUN Bukit Naning, namun sumbangan lebih 2000 air mineral kepada petugas Pakatan Rakyat di Markas PAS Parit Bakar, Muar daripada Dato Mohd Ismail itu cukup menunjukkan apa yang berlaku di dalam UMNO Muar.

Satu tugas besar kepada Dato Razali Ibrahim untuk mempertahankan kemenangan di Parlimen Muar selepas sekadar memenangi Parlimen Muar pada 2008 dengan majoriti 4,661 berbanding majoriti 13,415 pada PRU 2004. Semoga pada pilihanraya kali ini, Parlimen Muar akan berjaya dimenangi oleh Pakatan Rakyat melalui calon muda Nor Hizwan Ahmad. Ini kalilah! Tukar. #Hizwan4Muar.
Sdr Nor Hizwan Ahmad mendengar keluhan salah seorang penduduk India di Muar yang masih tidak mendapat IC biru walaupun sudah lama bekerja dengan MIC.
.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan