Seorang Mufti Akan Jadi Calon PKR

Mohd Sayuti Omar

PKR bakal mendapat lonjakan baru apabila seorang Mufti dikatakan akan bertanding atas tiket parti berkenaan. Pengumuman penyertaan Mufti berkenaan ke dalam parti itu akan diumumkan sendiri oleh Penasihat Umumnya Anwar Ibrahim sempena kunjungan Anwar ke negeri berkenaan 7 April nanti.

Penyertaan Mutfi ini memberi suntikan dan keyakinan baru bahawa PKR bukan parti yang cuba membawa pepercahan umat negara ini atau pun menolak tanggapan ia parti rasis ataupun tidak memandang berat kepada kedudukan agama Islam.

Seorang Mufti sudah tentu beliau tahu mengenai hukum hakam dan juga falsafah politik dan kepentingan politik dari sisi agama.

Penyertaan Mufti ini secara tidak langsung menempelak pandangan dan kritikan ulama muda yang cuba mengaitan perjuangan PKR sebagai alat kepada DAP seperti mana dituduhkan ke atas PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan