Susan Loone
Tidak menunggu lama, tiga veteran BN terus mengisytiharkan perang terhadap BN apabila nama mereka tidak termasuk dalam senarai calon pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan semalam.
Mereka adalah Penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan, bekas anggota Parlimen Tasik Gelugor Shariff Omar dan penyandang kerusi Sungai Dua Jasmin Mohammed.
NONEMohan dan Shariff malah memutuskan untuk tetap bertanding, masing-masing di Parlimen Batu Kawan dan Tasik Gelugor, yang akan menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru.
Mohan juga berkata beliau bercadang untuk bertanding bawah tiket Parti Kesejahteraan Insan (KITA).
Manakala Shariff (kanan) pula mahu menjadi "wakil bebas mesra Pakatan", tetapi tidak menyebut parti mana akan dipilihnya.
Kesemua mereka akan memaklumkan keputusan muktamad mereka pada Sabtu ini.
Ekoran itu, dengan penamaan calon tidak berapa hari, BN Pulau Pinang kini dikatakan dalam keadaan panik terhadap kemungkinan munculnya kepuakan dalam parti dan sabotaj dalaman di kerusi-kerusi Umno dan Gerakan.
Ia juga sekali gus tidak memberikan petanda yang baik kepada BN yang berharap bergantung kepada Melayu di kampung-kampung dan kawasan campuran - di mana Umno dan Gerakan bertanding.
Harakahdaily
(Sharif dan rakan-rakannya membuat sidang media semalam)
TASEK GELUGOR: Dua orang aktivis Umno berjanji akan menjadi calon bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar jika Umno kekalkan Shabudin Yahya sebagai calon BN Tasek Gelugor.
Mereka ialah Azmi Alang yang bakal bertanding di Dun Sungai Dua menentang calon BN, Yusof Mohd Noor dan calon PAS, Zahadi Mohamad manakala Datuk Mustaffa Idrus pula mengistiharkan diri menentang penyandang Dun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid serta Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Puan Norhayati Jaafar.
Kedua-duanya berucap membantah pencalonan BN yang meletakkan individu yang tidak bekerja untuk rakyat atau muka baru yang tidak aktif merencanakan progran tajaan Umno sebelum ini.
Menurut Azmi Alang dalam ucapanya, pucuk kepimpinan Umno Negeri seolaholah sengaja mahu mematikan karier politik Datuk Shariff Omar yang sangat berjasa pada rakyat sekitar Parlimen Tasek Gelugor.
Tidak sepatutnya, jasa dan pengorbanan Shariff dibiarkan seperti memberikan kerusi untuk Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding pada pilihanraya umum ke 12 lalu.
(Azmi [kiri] dan Datuk Mustaffa)
"Seandainya, pihak atasan Umno tidak mendengar rayuan rakyat akar umbi kami mengistiharkan perang habis habisan.
"Apa gunanya berada dalam Umno jika suara kami tidak didengari lagi. Jika mereka masih berkeras 'lawan tetap lawan'," tegasnya disambut tepukan orang ramai.
Rakannya Datuk Mustaffa Idrus pula memuji sikap Datuk Ibrahim Saad yang pernah meminjam kerusi Parlimen Tasek Gelugor tetapi menyerahkan kembali dengan baik.
Namun hari ini sebaliknya berlaku kerusi yang dipinjamkan atas nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diambil terus tanpa perbincangan.
Sekarang ini slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan' sudah tidak lojik lagi
kerana sudah terbalik.
"Untuk memastikan Datuk Shariff terus berada dipersada politik tanahair kami akan membantunya bertanding menentang golongan yang tidak amanah, " ujarnya.
Ala ni semua taktik lama nak meraih sogokan dari ubn. Bila di hulur 2 atau 3 juta nanti, mereka akan tarik diri lah dari bertanding. Dah boleh baca dah taktik lapok ni. PR jangan terperangkap dgn mainan ini.
BalasPadam