Awas! Agenda UG telah mula?

TKOOffline

Kata penulis Penarik Beca, "Ustaz gila (UG) dalam PAS jumpa Umno lagi? Tahan teksi jugak ka?" Gambar yang dipaparkan ialah gambar Nik Abdul anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kenapa marah sangat kepada "pembunuh" Ibrahim Ali di perlimen Pasir Mas ini, saya kurang cakna!

Saya terbaca satu lagi agenda UG, ini mesti dipaparkan semua blog supaya pembaca ambil cakna!

DPPM SEDIA BERTEMU KHAIRY DEMI PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN
kenyataan (21 Mei 2013)
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu mengadakan pertemuan dan menerima pandangan semua pemuda parti-parti politik termasuk Dewan Pemuda PAS Malaysia.

DPPM telah lama menantikan kenyataan terbuka seperti ini. Khairy menunjukkan kecerdikan apabila mempelawa semua pihak bagi memberikan pandangan demi membangunkan sukan negara. Mungkin beliau telah belajar bahawa sikap menjuzukkan pemerintahan dari rakyat atau mempolitikkan semua perkara akan merugikan negara.

Kini beliau telah matang bahawa menjadi pemimpin kerajaan adalah suatu amanah untuk ditunaikan. Kerajaan adalah hak rakyat dan rakyat perlu diberi peluang memberikan pandangan, buah fikiran serta sumbangan bagi membangunkannya dan ia tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik semata-mata. Rakyat juga sudah bosan dengan sikap ‘politiking’ pemimpin dalam semua perkara, termasuk isu-isu negara.

DPPM bersedia mengadakan pertemuan dengan YB Sdr Khairy Jamaluddin bagi memberikan pandangan dan idea demi membangunkan sukan negara. DPPM juga sanggup mengadakan kerjasama dalam apa juga program yang dianjurkan bagi memastikan belia di negara ini mendapat manfaat daripada kementerian dan kerajaan. Dalam soal pembangunan rakyat dan negara terutama yang berkaitan dengan golongan belia, DPPM sanggup mengenepikan sentimen politik kepartian.

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Saya cukup bimbang kalau dulu masa TG Nik Abdul Aziz sakit, Pak Lah bapak mentua Khairy boleh datang zairah bawa surat daripada Agong (Sultan Mirzan) untuk pertemuan UMNO-PAS. Ehhh ini anak menantu... mesti kita curiga!!!

Nasib baik pertemuan antara Tan Sri Muhamad Taib dengan Dr Harun Din dan TG Abdul Hadi dibuat secara rahsia, bocor hampir PRU13, kalau tidak kita boleh ketuk gendang UG untuk khianat Pakatan Rakyat Selangor melalui Mat Taib dan puak-puak ulama PAS!! Mesti orang percayanya.

UG UG UG
JUMPA UMNO UG
DEKAT PEMILIHAN PAS UG UG
NAK BUNUH KREATOR PIMPINAN PAS UG UG UG

SEBIJIK MACAM UMNO
HURU HARA HURU HARA
DAP MEMPERKUDAKAN PAS
DAP MEMPERKUDAKAN PAS
EKONOMI MEROSOT, NEGARA AKAN KUCA KACIR

Kalau tak faham juga apa saya tulis, pinjam kata Ustaz Azhar BODOH!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan