Azmin Ali hentam Wan Azizah?

Aidila Razak
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengkritik kepimpinan parti kerana didakwa mengamalkan nepotisme atau pilih kasih dengan mengetepikan pandangan kepimpinan Selangor dalam menentukan calon menteri besar negeri itu.

Beliau berkata, Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail bertindak menyerahkan surat mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar tanpa persetujuan PKR negeri.

"Saya tegaskan sekali lagi bahawa isunya bukanlah Azmin Ali dipilih sebagai menteri besar negeri Selangor.

"Isunya adalah proses pemilihan calon tersebut untuk dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor mestilah melalui consultation yang telus seperti yang dituntut oleh al-Quran...," katanya.

Beliau juga menegaskan tidak mahu amalan nepotisme membudaya dalam PKR sebagai sebuah "parti reformasi".

1 ulasan:

  1. Azmin ingat dia hebat sangatlah. Cadangkan nama TS Khalid untuk kekal sebagai MB selangor pun nepotsim. Bermuhasabah dirilah wahai Azmin, kejayaan PKR bukan kerana anda tetapi kerana sokongan rakyat. Kalau si Azmin ni tak bertanding dalam PRU13, PR tetap berjaya malah rasanya lebih banyak kerusi, Kamulah yang memporak perandakan PKR, PKR aman tanpa kamu.

    BalasPadam