Politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam.
Prof Mohammad Agus Yusoff
Saya sedih apabila bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairuz Khairuddin mencadangkan supaya parlimen membentangkan usul untuk melucutkan kerakyatan Anwar atas alasan beliau mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Pada saya tuntutan Saudara Fairuz itu adalah satu ugutan yang tidak sepatutnya diucapkan.
Ini kerana Perlembangaan Perkara 28(2) menyatakan: “Tiada seorang pun yang dilahirkan di dalam Persekutuan boleh menurut kuasa Perkara ini dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25.” Ini bermapkna kerakyatan Anwar yang merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sama sekali tidak boleh dilucutkan.
Perkara 26B(2) pula memperuntukkan: “...tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan ... jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat daripada pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana negara.”
Dengan melihat kepada peruntukan perlembagaan di atas, maka tidakkah cadangan untuk melucutkan kerakyatan Anwar itu sebagai tidak masuk akal dan memalukan?
Saya tidak bela Anwar. Anwar mungkin melakukan kesalahan, dan jika itu yang berlaku, maka jangan cadangkan perkara yang tidak masuk akal untuk melucutkan taraf kerakyakan beliau. Sebaliknya, desaklah supaya kerajaan mengambil tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Ingatlah, politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam.
Sebab tu lah dia tak layak jadi TKM Pulau Pinang....tak ada akai punya orang.
BalasPadamLebih baik dia duduk diam2 je.
Bekas Timbalan KM ini memang bodoh pun sebab itulh dia dilucutkan jawatannya dan terus dipecat dari PKR sebabnya mudah dia ingat bila sudah jadi TKM dia boleh dapat apa saja wa ima kontrak kelas F pun dia nak kaut untuk kroni , tapi KM LGE lagi cerdik dia tak mahu ahli Exconya terpalit dengan rasuah da keroni makanya dia ditendang keluar dari exco dan DSAI pula tendang dia keluar dari PKR , disebabkan UMNO sudah tidak pedulikan lagi semua katak-katak yang hanya berbunyi ketika PRU maka dia pun hendak juga ambil bahagian untuk meluahkan rasa kecewa hati itu, maka dia pun syorkanlah seperti yang diterbitkan itu ,bodoh punya manusia.
BalasPadamInilah spesis manusia yang paling hampeh. Dah dibagi peluang jadi TKM tapi jenis tak berguna satu sen; bila kena tendang nak marah dan berdendam.Dah tu cakap merapu macam orang gila tak sekolah.
BalasPadam