Ganas Zul Nordin, Nak tangkap DSAI!

Senik
Zulkifli NoordinAssalamualaikum....
Zulkifli Noordin Dua tiga hari ini, Zul Nordin sibuk melalak minta polis tangkap DSAI kerana mempengaruhi rakyat berhimpun membantah keputusan PRU 13. Barangkali Zul Nordin terasa kerana DSAI tidak membantah kekalahannya di Shah Alam. Zul Nordin dikatakan bercakap bagi pihak Perkasa yang bertujuan membela melayu dan Islam. Kenapa Zul Nordin nak tangkap DSAI, DSAI bukannya Bangla! Yang patut didesak supaya ditangkap ialah Bangla yang mengganggu perjalanan dan keputusan PRU.Itu baru membela melayu!
Zul Nordin bersikap gedebe dan samseng terhadap DSAI yang hanya mahukan PRU dijalankan secara adil dan bersih dari penipuan dan bersih dari warga asing. DSAI tidak salah tetapi yang salah ialah orang orang yang merancang penipuan yang ketara ketika mengundi.
Zul Nordin patut menyoal SPR kenapa dakwat kekal tidak kekal, kenapa orang orang yang nampak macam Bangla, bercakap macam Bangla boleh mengundi, setengahnya siap diiringi polis lagi dan setengahnya dibawa dengan Bas berhawa dingin ke pusat pengundi. Itu patut Zul Nordin yang mewakili Perkasa perjuangkan. Jangan jangan Zul Nordin bersubahat dengan manusia hina dina ini dengan menafikan yang ditemui di pusat mengundi itu Bangla tetapi rakyat Malaysia yang sah yang lahir di Bangladesh!

Zul Nordin patut perasan bahawa polis langsung tidak mengganggu perhimpunan black out 505, tidak seperti perhimpunan sebelum ini yang sering diganggu polis dengan road bloknya, tindakan provokasinya malah pernah dua orang pemuda ditembak dan kemudiannya didakwa. Dalam perhimpunan BERSIH berapa ramai yang ditangkap dan didakwa? Tetapi ketika perhimpunan Black out 505 terutama yang diadakan di atas jalan di Ipoh, tak ada yang ditangkap. Zul Nordin tidak faham atau sengaja buat buat tak faham ketika mendesak polis menangkap DSAI?

Pelik betul perangai pejuang bangsa melayu Perkasa ini. Yang berjaya mengumpulkan rakyat disuruh tangkap tetapi Bangla yang mengundi didiamkan sahaja. Sedarkah Zul Nordin bahawa sambutan rakyat yang luar biasa itu bukan kerana mereka terpengaruh dengan DSAI tetapi kerana mereka menyaksikan sendiri penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR dan polis di hari mengundi.

Zul Nordin kalau mahu menjadi pejuang melayu tulin, bertindaklah mengikut kebenaran bukan bertindak untuk menjaga periuk nasi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan