Kenapa begitu kenapa begini maka ini jawapan saya - Hassan Hayastani

Hassan Hayastani

Kali ini, seperti biasa juga, tidak dapat menolak, bersarapan lagi dengan segelas teh tarik, sebungkus nasi lemak, sekeping roti canai, telor separuh masak; hendakkan "apfel strudel" dan "melange" jauh pula nun di Vienna... tak apalah oleh kerana semua bertanya kenapa begitu kenapa begini maka ini jawapan saya.

PRU13 menunjukkan prestasi demokrasi yang cukup baik di kalangan generasi muda, manakala bagi generasi baka pengaruhnya semakin berkurangan, dan TV masih menjadi media yang membentuk pengaruh di kalangan masyarakat luar bandar dan pesisir.
BN menang kerana dasar transformasi ekoposial diterima oleh masyarakat Melayu, di samping jentera pelaksana kempen dan strategi yang kuat, dan pengaruh tradisi kepercayaan politik yang masih kukuh khususnya bagi masyarakat Melayu.

DAP menang kerana disiplin ahli politik serta jentera pelaksana kempen dan strategi yang dedikasi, pragmatik dan berdisiplin.

PKR menunjukkan peningkatan sokongan kerana ahli politik yang moderat, berdisiplin, cergas, progresif dan rajin secara peribadi tetapi jentera pelaksana kempen dan strategi masih lemah dan berpecah-pecah.

PAS menunjukkan kemerosotan sokongan kerana ahli politik tidak berdisiplin, tidak cergas, tidak progresif dan tidak moderat dan tidak sehaluan dengan kurun pragmatisme sekarang yang memerlukan ahli politik yang "smart, intelligence, dedication" meski jentera pelaksana kempen dan strategi yang sangat kuat dan rajin berkerja.

Maksudnya, demokrasi dan politik di negara kita ini sudah semakin genius, dan matang lalu kejayaan ditentukan oleh "disiplin", "praktikal", "pragmatik" dan "progresif" setiap ahli politik itu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan