ulitmayang
Semua nampaknya hebat, terurus, lengkap dan selesai, InsyaAllah
Apa yang kita kurang?
Semua nya cukup lengkap, apa yang tak ada, semua disediakan, 3M – Money, Media & Machinery, poster, tenaga, perang saraf, perayu undi, makanan/minuman, transport dan lain–lain. Sebut saja, semua di tanggung beres
Catatan ni adalah pengalaman semasa bertugas tiga [3] PRU, 10/99, 11/2004 & 12/2008 serta beberapa pilihanraya kecil seperti Kuala Terengganu, Permatang Pauh dan lain–lain.
Kita tewas awal di pintu masuk tempat mengundi
Pemerhatian
Bilangan penyokong [mungkin petugas?] di kawasan tempat pembuangan undi, cukup, ramai dan hebat, dan kebiasaannya melebihi daripada permintaan.
Ini lah kelebihan kita, sebab semua nya sukarela, berbanding dengan pihak yang satu lagi, kebanyakannya kena bayar dan berbayar.
Apa yang penyokong [petugas–petugas?] ni buat?
Yang menjadi perayu–perayu undi, ok lah, sibuk dengan tugasan masing–masing, merayu undi
Bagaimana lagi yang lain–lain tu, yang ramai-ramai kat tempat pembuangan undi?
Diperhatikan, antara nya berborak–borak, bual–bual kosong, bercakap–cakap, bergurau senda, ada yang hisap rokok, kalau kebetulan ada gerai, maka lepak2 kat gerai.
Ini masalah problem nya
Lawan/musuh hanya menunggu kita lalai
Bagi pengundi tegar PR, insyaAllah, tak jadi masalah besar, 100% akan sokong PR
Manakala, bagi penyokong tegar UMNO/BN, sokongan tak jadi 100%, sebab, sudah ramai sangat calon–calon BEBAS, yang berasal dari tulang sulbi UMNO. Disamping itu, undi protes, ‘cah keting’, ‘peteh keting’ dan seumpamanya akan berlaku lebih hebat dalam PRU kali ini. Sehingga kan, UMNO terpaksa memberikan amaran untuk disingkirkan daripada parti, ahli2 yang sabotaj.
Bagi penyokong atas pagar, bergantung kepada kebijaksanaan perayu undi, program lawatan rumah ke rumah dan sebagainya memainkan peranan.
Di sini ianya berlaku ………..
Tetapi, yang menimbulkan masalah ,ialah pengundi hantu, samada mengundi >1x, dan yang berkaitan dengannya.
Bagi urusan memasukkan pengundi–pengundi hantu [pengundi >2x, pengundi bagi pihak orang lain, dll], bagi kawasan bercampur–campur, * bukan kawasan di Kampung–kampung [dimana kita mengenali penduduk setempat.], ia agak sukar dikawal sepenuhnya.
Projek SPR yang memindahkan seramai lebih 40,000 pengundi asing dari Sabah dan Sarawak ke negeri Selangor dan lain–lain tempat dan juga kemasukan beramai–ramai dari sempadan Thailand, pengundi–pengundi Myanmar, Bangladesh dan Thailand, atas arahan Najib dan UMNO, adalah disasarkan mungkin untuk tujuan ini. Senarai pengundi–pengundi hantu telah dan sedang diuruskan dan bersiap sedia menjalankan ‘kewajipan’ pada 5hb nanti.
Bagi kawasan–kawasan di kampung2, ianya boleh dijejak dengan teliti dan berkesan. Namun begitu ia sangat bergantung kepada persediaan PR untuk membentuk TEAM TANGKAPAN AWAM.
Bagaimana untuk mengurangkan [kalau boleh mengatasi, lagi bagus] pengundi setempat yang akan ditugaskan untuk mengundi >2x, iaitu mengundi bagi pihak orang lain,
- nama pengundi yang tidak pernah keluar mengundi [fungsi PA di dalam bilik mengundi, harus perlu meng’cam’ betul–betul, bukan setakat menanda bilangan sahaja]
- pengundi yang telah mati
- pengundi yang mengundi atas nama orang lain, yang ada dalam senarai daftar semak, lebih awal daripada tuan punya badan
TANGKAPAN AWAM
Caranya, dengan membuat pemeriksaan Kad Pengenalan, dan seumpamanya, Ini dibuat secara random [kalau boleh semua sekali lah].
Bagi pesalah [pengundi yg mengundi >1x ] ini, kita dapat perhatikan gerak geri, tingkah laku mereka ini biasanya berbeza, gelabah, takut2, gelisah, cuba tengok riak air muka, samada pengundi tua [akan memegang kad pengenalan bagi pengundi tua] atau muda [akan memegang kad pengenalan bagi pengundi muda], akan ditemui tanda2 orang macam bersalah saja, memang pun bersalah sebab mengundi >1x
Cuma nya bila bertemu dengan 'pengundi-pengundi hantu' dan pengundi - pengundi kali ke-2 dan seterusnya, halau mereka dari tempat pembuangan undi, kalau perlu pukul, pukul lah tapi jangan sampai menyebabkan kematian.
“Marking one to one“
Sepatutnya, ada sekumpulan petugas–petugas [perlu ada giliran bertugas, katakan setiap 2 jam bagi satu kumpulan], yang benar–benar melakukan tugas–tugas berikut;-
i]. Perhati
ii] Lihat
iii] Tengok
iv] Renung
v] Kelih dan sebagainya serta seumpamanya
secara fokus dan betul–betul, bukan main–main atau sambil lewa, pergerakan keluar masuk di pusat mengundi.
Kalau ini dapat dibuat, InsyaAllah kebarangkalian atau peratusan pengundi hantu [undi >1x, undi bagi pihak orang lain dll], dapat dikecilkan, walaupun tidak dapat dihapuskan 100%
Catatan Akhir
PRU 13 5 Mei adalah peluang terbaik semenjak merdeka. Jangan dipersia-siakan peluang terbaik ini.
Pertandingan ini, kali ini agak seimbang, walaupun dari segi logistic BN nampaknya mendominasi banyak aspek
Tetapi, dengan sambutan hebat seluruh Negara dari Sabah hingga ke Perlis, InsyaAllah Putrajaya sedang menunggu Pakatan Rakyat kini.
Tahniah kepada NGO ABU, SAMM, AMK dan yang lain–lain yang telah menggerakkan TEAM TANGKAPAN AWAM, TAHAN dan lain–lain
Semoga gerak kerja tuan–tuan dan puan–puan diklasifikasikan sebagai jihad, dan diberikan balasan yang setimpal di akhirat. Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan