notan
Assalamualaikum,,..
Agak menarik peristiwa yang berlaku di Kedah sejak selesai PRU 13. Bekas MB dikerjarkan ke Hospital dan berita angin mula tersebar bahawa beliau telah meninggal dunia. Tetapi kemudiannya umur beliau masih dipanjangkan ALLAH dengan ujian yang agak berat juga, kakinya terpaksa di potong. Siapa agaknya yang sebarkan khabar angin itu? Lebih menarik apabila keluar berita MB sekarang Mukhriz mengadakan solat hajat mendoakan kesejahteraan Ust Azizan dan bersama sama berita itu ialah khabar susulan yang mengatakan Mukhriz berjubah dan berkopiah putih serta mengimamkan solat.
Menarik kerana perubahan karektor dan lifestyle yang mengejutkan seolah olah perubahan itu berlaku overnite sahaja. Kalau betul begitu syabas Mukhriz yang mungkin mendapat hidayah ALLAH seperti cerita cerita hidayah yang pernah kita dengar. Tapi jangan lupa Mukhriz itu datangnya dari UMNO yang pragmatis!
Orang yang pragmatis sentiasa menghidu peluang dan sentiasa bersedia menjadi sesumpah mengikut keadaan. Kalau keadaan sekarang rakyat lebih menumpukan kepada seruan ugama, maka orang yang pragmatis akan turut serta kalau ada kesempatan. Kalau satu hari nanti rakyat mahukan k-pop melebihi kemahuan ugama, maka pada masa itu k-pop akan menjadi pilihan pragmatis.
Tiba tiba boleh menjadi Imam solat sesuatu yang agak luar biasa dengan Mukhris yang sebelum ini lebih cenderung kepada lifesytle kebarat- baratan. Agak menghairankan kita kalau Muhkriz boleh menghafal ayat ayat lazim untuk dibacanya semasa menjadi Iman, bukan mahu mempersendakannya tetapi pengalaman saya sendiri yang bersungguh sungguh untuk belajar menjadi Imam yang baik tidak pernah kesampaian. Menghafal ayat ayat lazim tidak semudah yang difikirkan bagi seorang yang terdidik secara sekular seperti saya, sebab itu saya tabik kepada Mukhriz kalau benar benar dia menjadi Imam yang baik mengambil kira pendidikan sekular yang dimilikinya.
Itu belum masuk bab khatam Quran lagi. Kalau Tan Sri Muhammad Taib sudah khatam Quran tetapi masih belum mampu menghafal surah surah atau mana mana ayat dengan baik(saya membuat kesimpulan berdasarkan ceramah beliau), di mana Mukhriz? Setakat ini saya belum pernah mendengar mana mana pemimpin UMNO kecuali yang pernah menjadi menteri ugama dan ulamak mudanya membaca quran dan doa termasuk Mukhriz.
Itupun belum masuk lagi bab kedudukan Mukhriz dalam jemaah yang menolak hukum ALLAH dan kedudukannya dalam syarikat Arak milik abangnya Mirzan(saya tidak pasti mengenainya). Kalau benar benar Mukhriz mahukan ugama didahulukan dalam semua aspek kehidupan, dia tidak akan duduk dalam UMNO, apa sekalipun alasannya. Islam tidak membenarkan penipuan, di mana kedudukan Mukhriz dalam penipuan besar besaran UMNO dalam PRU 13?
Apakah dia mengaku ada penipuan dan menentangnya? Saya menyarankan kepada semua agar tidak terpesona dengan penampilan Mukhriz yang tiba tiba berubah kerana kemungkinan besar ianya hanyalah kerana pragmatis UMNO. Bak kata TGNA, orang yang berfaham kebangsaan hanya cuba mengkaburi rakyat dengan penampilan Islamya. Begitu juga tak usah cepat terpegun melihat Mukhriz memakai Jubah tanpa serban!
ilek aa bhai... semayang zohor ngan asar je pun... hahaha... :P
BalasPadamKalau dia solatkah berjubahkah adakah itu salah, mungkin beliau telah mendapat hidayah dari Allah SWT. Jangan kita persoal tentang seorang hamba yang nampak bersolat.Azizan ada berpesan sesuatu kepada beliau semasa menziarahi dihospital tempoh hari.Kini beliau telah dilantik sebagai MB, tiap-tiap Jumaat akan dieskot ke Mesjid solat Jummmat.
BalasPadam