Beberapa tokoh besar PAS kalah dalam pilihan raya umum ke 13 ini, antaranya termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Sabu di kerusi parlimen Pendang.
Timbalan Muryidul Am PAS, Datuk Harun Din kalah di kerusi parlimen Arau.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula tewas di Putrajaya, manakala Salahuddin Ayub kecundang di Pulai.
Dr Dzulkefly Ahmad gagal mempertahankan kerusi Kuala Selangor yang dimenangi pada 2008.
PAS juga kalah di Baling, Kubang Pasu, Jerai, Jerlun, Padang Terap dan Sik.
Parti itu juga kehilangan negeri Kedah yang dimenangi pada tahun 2008 kepada Barisan Nasional.
Bagaimanapun, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang di Marang; Datuk Nik Aziz Nik Mat (DUN Chempaka) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) serta Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berjaya mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam selepas mengalahkan Datuk Zukifli Noordin dari Barisan Nasional.
Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menang di Pokok Sena dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Sungai Tiang.
Rampas 3 kerusi
PAS juga merampas dua kerusi parlimen – Dungun dan Kuala Nerus- kedua-duanya di Terengganu dan Temerloh di Pahang melalui Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda Pusat.
PAS kehilangan kerusi parlimen Titiwangsa, Kuala Selangor, Pendang, Baling, Sik, Padang Terap dan Jerai.
-freemalaysiatoday-
-freemalaysiatoday-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Yang Maha Pengasih.
BalasPadamAssalamuallaikum...
Mari kita fikir sejenak.. apakah Islam & Melayu menang? Ya ... buat masa ini. Dan mungkin berubah sekiranya kita masih fikir dan bertindak mengikut emosi.
Adakah PAS berjaya dalam Pakatan Rakyat ? Dah tentu tidak sama sekali.. kemenangan PAS jatuh merudum.
Siapa yang berjaya dalam PR? Dah tentu DAP....
Adakah BN tidak di sokong lagi? Ya dan tidak... Ya BN merosot...tapi hanya kepercayaan CINA pada BN merosot. Kepercayaan melayu pada BN bertambah. BN menang sebab UMNO...Dan UMNO itu melayu dan Islam.... Sebab tu PAS jatuh merudum sebab melayu sudah lari ke UMNO.
Jadi, sekarang bukan masa untuk bertelagah siapa yang lebih Islam atau siapa yang lebih melayu!!! Buat apa kita beria-ria mengatakan BN kalah tapi kita juga gugur. Yang menangnya DAP dan orang cina!! Cina dah menunjukkan bahawa mereka hanya pentingkan DAP, bukannya UMNO atau PAS..Mereka ini menentang Islam secara jelas.
Nik Aziz and Haji Hadi serta Ulama PAS...berfikirlah secara ISLAM!. Inilah masanya untuk orang PAS dan orang UMNO berfikir secara ISLAM... kepentingan Umat Islam dan melayu. Letak ketepi semua dendam kesumat demi Islam.
Kita semua mesti ingat... PAS belum layak memerintah. Walaupun PAS menang semua pon tak boleh memerintah, apatah lagi sekarang. Analyze lah keputusan pilihanraya 2013 dengan sedalam-dalamnya. Buka lah mata...
Percayalah... jika kita masih berfikiran ke partian... ISLAM akan gugur di bumi Malaysia tercinta ini.
JANGANLAH SATU MASA NANTI ANAK-ANAK KITA MENJADI NASRANI DAN MAJUSI DI SEBABKAN KITA !!! ANAK-ANAK KITA YANG MASIH ISLAM.. MELUDAH PUSARA KITA SEBAB KEANGKUHAN KITA.
Tepuk Dada Tanya Iman.
Wassalam...
yg tetap Menang ialah DAP jugak
BalasPadamPilihanraya ke 14 nanti, jangan adakan undi awal dan undi pos.Ini punca penipuan sebenar selain dari faktor warga asing. Semua mengundi biasa dijalankan serentak termasuklah polis, tentera, pegawai dan petugas SPR.UNdi ditempat bertugas masing2. Dikem tentera dan polis adakan pusat pengundian seperti ditempat awam yg lain.Jika semua rakyat mengundi seperti biasa,tidak ada lagi penipuan undi pos.
BalasPadam