Suhaimi Md Saad
Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.
Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-
Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA
Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu
Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor
Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.
Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan
1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)
Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.
Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.
Ketua Penerangan PAS Pahang.
ini lagi satu pusing pihak PR. Kalau berani keluarkan ulasan ini
BalasPadam1. Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang: Kalau di teliti, majoriti untuk pihak BN telah turun mendadak dan di pihak PR naik. Lagi pula, kawasan - kawasan ini sememangnya sebelum ini adalah kubu pihak BN dengan majoriti calonnya adalah calon yang sama juga. Tetapi kalau dilihat calon pihak PR, memang muka baru, tetapi masih lagi dapat undi yg banyak. Rumusannya di sini, pengundi Cina di kawasan terbabit telah swing vote secara total kepada pihak PR, sedangkan wakil rakyat yang memberi khidmat selama ini memang tidak dipedulikan. Masih lagi mahu nafikan bahawa swing vote kaum Cina adalah tidak benar? Cubalah bukak mata sikit, jangan asyik nak sokong secara membabi-buta.
2. Untuk DUN Bingkor, calon yang menang adalah daripada STAR, dan ia bukan komponen BN. Jadi perbandingan tersebut tidak boleh digunakan. Cuba dapatkan maklumat yang tepat.
Terima Kasih

Sekian, terima kasih