Anwar mengadu kepada Susilo

FMT Staff 
JAKARTA: Indonesia enggan campur tangan urusan pilihan raya di Malaysia yang didakwa pincang oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laman web viva.co.id melaporkan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) mengatakan perkara ini dalam pertemuan dengan Anwar di Bali tiga hari lalu.

Anwar mendakwa beliau bertemu SBY atas undangan Presiden Indonesia itu selain turut bertemu bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla (JK).

SBY menyatakan kepada Anwar, (beliau) tidak boleh mencampuri urusan dalam negeri Malaysia.
“Saya beritahu Presiden (SBY) bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak (boleh) dibiarkan begitu saja,” kata Anwar dalam sidang media di Jakarta semalam.

SBY berterima kasih

Anwar menjelaskan SBY berterima kasih kepadanya kerana menjelaskan perkembangan pilihan raya umum di negaranya.

Bagaimanapun, Presiden Indonesia itu memberitahu Anwar ingin mendapat keterangan terkini berkait kecurangan besar pilihan raya umum itu.

“Ini sudah rahsia umum makanya saya jelaskan kepada beliau. Indonesia sahabat saya, dulu dan sekarang,” ujarnya.

Anwar menjelaskan jika menjadi pemimpin di Malaysia, beliau akan membaiki hubungan dengan Indonesia.
Manakala dalam pertemuan dengan JK, Anwar menceritakan mengenai kesukaran yang dihadapinya selama ini.

Anwar mengatakan, sepanjang lima tahun menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, dia tidak diberi ruang satu minit pun untuk bercakap di depan media Malaysia.

‘Tidak diizinkan masuk kampus’

“Saya tidak diizinkan masuk kampus, media resmi juga tak boleh,” jelasnya.

Anwar sebaliknya mendakwa secara terus menerus, diserang dan dikecam melalui media-media baik dalam perkara kecil ataupun besar.

“Harus diketahui, di Malaysia pemilu itu ganas, ada penangkapan, penjara, penghinaan saban hari di TV. Bagi WNI (warga negara Indonesia) yang tinggal di Malaysia boleh mengerti, setiap malam kami disebut sebagai boneka Amerika, Yahudi, ekstremis Muslim, pro Hindu-Buddha, alat China. Tiap malam diserang oleh media,” tambahnya.

Anwar menjelaskan, JK menawarkan kepadanya menjadi orang tengah untuk rekonsilasi politik di Malaysia.
Anwar menghormati ajakan tersebut, namun dia mengaku akan terus melawan ketidakadilan padanya dalam pilihan raya umum.

“Saya beritahu kepada JK, saya hormati nasihat beliau, tapi urusan penipuan pilihan raya umum ini belum selesai. Saya tidak akan mengalah kerana pada pemilihan umum yang menang saya.

” Saya menang 50 peratus lebih dan Najib kalah. Kenapa Najib yang angkat jawatan? Makanya saya beritahu ke JK saya ambil jalan damai tapi tetap kami perjuangkan,” terang Anwar lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan