HITAM 505 : Perhimpunan Tidak Dapat Sambutan Rakyat

mohdnoorawang
Perhimpunan Black 505 /Hitam 505 yang diadakan di Padang Merbok Kuala Lumpur gagal memahat sejarah dengan kehadiran sekitar 30, 000 orang sahaja. Mungkin kehadiran sekitar 20,000 orang sahaja.
Apakah rakyat sudah bosan dan sudah jemu untuk berkumpul dan menyatakan sesuatu perkara atau isu yang berbangkit?. Pada hemat kami rakyat sudah bosan, sudah letih, sudah jemu dan sudah meluat apa yang sedang berlaku sekarang.

Selepas PRU13, rata rata rakyat kecewa, sedih dan tertanya tanya apa sebenar rakayt Malaysia mahu?. Semua tawaran Pakatan Rakyat dalam PRU13 tidak menarik minat rakyat terutama pengundi yang berdaftar dengan SPR 13 juta orang.

Rakyat Malaysia mahu harga minyak mahal dan ibubapa mahu PPTN. bil letrik dan bil air mahal dan segala keperluan harian mahal. Pengundi tidak mahu tawaran dari pakatan rakayat. Rakyat Malaysia mahu terus kekal dengan BN/UMNO .

Perhimpunan Black 505 tidak mendapat sambutan ramai kerana rakyat telah membuat keputusan bijak, selagi SPR, JPN dan BN/UMNO berkuasa selagi itulah penipuan, kejahatan pemimpin, penipuan, rasuah wang dan rasuah kuasa tetap kan berlaku.

Rata rata rakyat ramai sudah jemu dan sudah bosan, kerana setiap perhimpunan dan bantahan yang dibuat oleh pemimpin pakatan rakyat terhadap kerajaan BN/UMNO tidak diendahkan oleh BN/UMNO.

Mungkin kita tinggal dengan kata kata perintahlah kamu wahai BN/UMNO selagi ada kuasa dan sehingga dunia kiamat. PRU14 sudah ada jawapan .. BN/UMNO masih berkuasa lagi kerana 14 juta pengundi tetap undi BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan