Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajan dan Polis DiRaja Malaysia membayar membayar ganti rugi RM751,700 kepada keluarga mendiang A Kugan yang mati dalam lokap polis Subang Jaya pada 2009.
Mahkamah juga turut mengarahkan responden membayar RM50,000 lagi untuk kos lain.
Pada tahun lalu, keluarga A Kugan memfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta dari kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan "pembunuhan kejam" terhadap mendiang.
Beliau menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (ketika itu ketua polis Selangor), pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (kini meninggal dunia), dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Amik kau......ragut nyawa orang senang2 ye....dalam lokap patutnya paling selamat kerana dilindungi POLIS.....ropenya polis jadi penjarah, pembunuh, pengkhianat.....tunggu ada lagi banyak kes tahanan mati yg telah difailkan.....memang leh bangkrap kere jaan ..............
BalasPadam