Alvin dan Vivian cabut lari, tutup akaun FB

laniismaa
Alvin_Vivian2
Kontoversi bodoh yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian yang mengajak umat Islam berbuka dengan sup babi mendapat bantahan pelbagai pihak. Pihak MCA juga tidak bersetuju dan meminta mereka berdua dikenakan tindakan.

SKMM dilaporkan akan meneliti gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa oleh mereka serta akan mengambil tindakan sekiranya perlu. Takkan sekiranya perlu!!

Seorang pegawai SKMM berkata akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Pasangan tersebut mendapat kecaman hebat kerana gambar tersebut yang turut sama disertakan logo halal. Mereka dikatakan telah memadamkan kiriman tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

“Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang,” menurut kapsyen gambar tersebut.

Namun begitu kini akaun FB mereka telah tidak wujud. Nampaknya mereka dah cabut lari…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan