Seperti sumpahan, rakyat Malaysia berulang kali diperintah oleh diktator yang gilakan mercu tanda dan projek mega. Selepas era Dr Mahathir yang meninggalkan projek mega KLCC, KLIA serta Stadium Bukit Jalil, kini Najib pula mengerahkan pembayar cukai membiayai Menara Warisan yang bakal menjadi menjadi simbol pembaziran pentadbiran era Najib-Rosmah.
Projek Menara Warisan akan memusnahkan warisan sejarah di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya dengan membina sebuah pencakar langit. Di sana berdirinya monumen yang tidak ternilai dan mungkin disentuh dinegara-negara lain yang bertamadun. Selain Stadium Merdeka yang menjadi tempat pengisytiharan kemerdekaan Malaya pada 1957, kawasan ini juga mempunyai bangunan lama dan terdapat sebatang phon yang ditanam oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos dan dinamakan Pokok Merdeka.
Memori yang disimpan di kawasan itu tidak boleh ditukar ganti melainkan Malaysia dijajah oleh kuasa asing dan kuasa penjajah itu ingin menghilangkan ingatan rakyat terhadap sejarah tanah air mereka.
Bagaimanapun, Najib dan kabinet BN tidak mengambil kira nilai-nilai sejarah. Menara Warisan amat perlu bagi menobatkan nama Najib-Rosmah sebagai pemerintah agung. Seperti Firaun Mesir yang akan membina kuil dan piramid lebih hebat dari firaun sebelumnya, Menara Warisan dicipta menandingi ketinggian KLCC.
Kontrak pembinaan seperti biasa diserahkan kepada kroni. Spekulasi mendakwa beberapa nama yang rapat dengan Najib-Rosmah, seperti George Kent, Jho Low dan beberapa orang lagi bakal dianugerahkan projek ini.
Sekali lagi sistem kronisme diperbesarkan. Seperti pembinaan KLCC, Putrajaya dan KLIA, dana Petronas mungkin sekali lagi digunakan bagi membiayai menara itu. Kuala Lumpur telah pun mengalami kelebihan ruang pejabat untuk disewa. Usahawan berpindah ke bangunan baharu di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Ampang, meninggalkan segitiga emas pada 1990an di sekitar Menara Maybank.
Penghijrahan ke kawasan baharu yang mengosongkan bangunan lama menunjukkan saiz ekonomi tidak berkembang dan meningkatkan kekhuatiran negara terjebak dalam krisis hutan. Namun pembinaan tetap perlu diaktifkan bagi memberi makan kepada kroni yang kelaparan.
Bersama projek untuk kroni ini adalah malapetaka kepada rakyat bawahan. Kos hidup akan melambung akibat cukai baharu yang dikenakan bagi memungut wang membiayai projek mega
Inilah sumpahan kepada rakyat kerana mengekalkan BN. Sekiranya legasi Dr Mahathir diambil kira, Menara Warisan bukan projek terakhir Najib. Sebaliknya ada tiga atau empat projek mega lain yang sedang menanti.
-KeadilanDaily-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan