Calon PAS Kuala Besut ditawar projek beratus juta ringgit agar tidak bertanding

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Calon PAS Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof mendakwa, beliau pernah ditawarkan projek bernilai ratusan juta ringgit jika tidak menjadi calon dalam pilihan raya kecil tersebut.
Beliau yang dikenali dengan panggilan Che Long mendakwa lagi, projek tersebut akan ditarik balik jika menjadi calon PAS di Kuala Besut.

“Saya tetap tidak berganjak dengan perjuangan Islam dan bagi saya akhirat itu lebih baik,” katanya dalam temubual dengan Harakah.

Che Long di kalangan penduduk tempatan merupakan seorang kontraktor kelas A. Beliau berdepan dengan bekas jurutera Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman yang merupakan calon Barisan Nasional pada 24 Julai ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari BN baru-baru ini.

Che Long turut mendakwa beliau pernah membelanjakan wang RM200, 000 untuk membawa lebih 40 orang ke Makkah menunaikan ibadah haji.

“Dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi saya hantar orang ke Makkah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar,” tambah beliau lagi.

Penduduk daif

Che Long berkata, dari pemerhatiannya penduduk di Kuala Besut masih ramai yang daif dan berada di bawah paras kemiskinan dan kehidupan mereka agak susah kerana ada yang bekerja sebagai nelayan.

Beliau tidak menafikan kerajaan BN memberikan bantuan tetapi kadang kala berlaku `pilih bulu’ yang menyebabkan terdapat orang yang memerlukan bantuan dinafikan.

Katanya, ini menyediahkan dan tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan yang memerintah ikut garis panduan Islam.

Mereka, tambah beliau pelu dibantu secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik.

“PAS nak bantu pun setakat mana sangat,sebab PAS bukan kerajaan lagi,” tambah beliau lagi.

Che Long juga mendakwa BN mengumpan rakyat dengan duit RM200 atau RM300 menyebabkan anak-anak muda yang mendapat wang itu segan datang kepada PAS.

Katanya, BN jadikan duit sebagai senjata untuk `ikat rakyat’ dan pengundi supaya memilih calom BN.

Rakyat, katanya rakyat yang mendapat duit seperti termakan budi dengan sumpah janji untuk memangkah BN .

Itu cara Umno berpolitik sebab mereka kaya dan banyak duit, kata Che Long.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan