MESIR : Keajaiban Kudeta Tentera!

tokpepijat

Setelah 3 hari Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi digulingkan oleh kudeta Tentera, masih tiada khabar berita darinya. Samada hidup maupun mati. Samada dipenjara maupun ditahan dalam rumah.

Walaubagaimanapun, penyokongnya seramai 7juta orang masih bertahan di Dataran Tahrir, jalanraya dan pekarangan masjid seluruh Mesir.

Melihat kepada krisis ini,ianya satu perancangan yang tersusun rapi. Bermula dari pertemuan mantan Menteri Luar Mesir era Mubarak Amr Moussa dengan mantan Menteri Luar Israel Tzipi Livni.

Pertemuan ini menyamai pertemuan antara Mubarak dengan Livni semasa mereka berdua masih dengan jawatan Presiden Mesir dan Menteri Luar israel pada Disember 2006.

Jika pertemuan Disember 2006 menghasilkan serangan Israel ke atas Gaza, maka pertemuan Disember 2012 menghasilkan penggulingan keatas Dr Morsi.

Kudeta kali ini mengejutkan Tentera Mesir sendiri, Amerika, Israel dan penyokong Mubarak. Ini kerana secara cepat dan drastik rakyat Mesir membanjiri dataran dan jalanraya Mesir dengan jumlah yang terlalu ramai sebagai bantahan kudeta tersebut.

Biasanya selepas kudeta tentera dimana-mana di dunia,tentera akan bertindak melaksanakan perintah berkurung(darurat), tetapi di Mesir suasana berbeza dan diluar jangkaan.

Bukan sahaja jutaan rakyat keluar, bahkan dengan ketakutan Tentera mengizinkan demostrasi aman boleh dilaksanakan. Sesuatu yang pelik dalam sejarah kudeta tentera dunia!

Bukan itu sahaja. Presiden Mesir dengan berani berkata,"Langkah mayat saya dahulu...." . Rakyat juga dengan berani menyatakan akan kekal di Dataran Tahrir dan jalanraya hingga Dr Morsi dikembalikan jawatannya. Jutaan rakyat sanggup mati demi pertahankan hak mereka.

Ingat,Ramadhan semakin hampir. Peristiwa Badar dan Perang Ramadhan 1973 amat sinonim dengan gerak hati penyokong Morsi.

Kedua peristiwa ini bakal menyuntik semangat jihad mereka menentang pewaris-pewaris Firaun era moden ini!

1 ulasan:

  1. Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang mula berpuasa, Moga ibadah kita dipenuhi dengan keberkatan.

    Dengan kedatangan Ramadhan, kita juga berharap umat Islam di negara-negara yang bergolak akibat peperangan khususnya perang saudara di Syria dan pergolakan di Mesir akan bersama-sama menerima seruan agar menghentikan segala bentuk pertelingkahan sesama Islam.

    Saya juga telah melengkapkan analisa mengenai ketiga-tiga negara yang bergolak iaitu Mesir, Syria dan Turki seperti di bawah :

    1. Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniah kini bergolak
    2. Krisis politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II
    3. Perang saudara di Syria : Perang proksi AS dan Russia

    Moga kita di Malaysia mendapat iktibar daripada pergolakan tersebut dan menginsafi keamanan yang kita kecapi hari ini.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

    BalasPadam