Pilihan raya kecil Kuala Besut ditetapkan pada pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai - kedua-duanya pada bulan Ramadan.
Penamaan calon itu jatuh pada Jumaat dan dan pengundian pada Rabu. Masa berkempen ditetapkan selama 12 hari.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan perkara itu dalam mesyuarat khas hari ini di ibu pejabatnya di Putrajaya.
SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.
Kerusi DUN Kuala Besut di Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Kedua-dua BN dan PAS masih belum menamakan calon masing-masing.
*SPR sengaja nak menyusahkan pengundi yang tinggal di luar untuk balik mengundi
*SPR sengaja nak menyusahkan pengundi yang tinggal di luar untuk balik mengundi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan