Al-Sisi Agen Yahudi - Mesir Jadi Jajahan Israel!

ismanusa
Rancangan Perluasan Israel Raya
Rancangan Israel Raya (The Greater Israel Project), merupakan rancangan jangka panjang Zionist untuk merampas tanah-tanah yang didiami oleh penduduk Islam dan Arab terletak antara Sungai Nil dan Sungai Furat, sekarang ini sudah hampir menjadi kenyataan.

Pihak Zionist baru saja mengambil alih kawasan Nil.

Rakyat Mesir telah ditipu bulat-bulat apabila al-Sisi yang merupakan agen Israel berjaya merampas kuasa dan memerintah Mesir. Pemerintah yang kejam itu adalah berdarah Yahudi dari sebelah ibunya. Ibunya bernama Malikah Titani adalah Yahudi Maghribi dari Asefi, ini menjadikan al-Sisi adalah Yahudi dan secara automatik merupakan warganegara Israel.
1001420_500196916740637_219213849_n
Al-Sisi berjaya memperdaya rakyat Mesir dengan menyembunyikan maklumat sebenar tentang dirinya sebagai seorang yahudi dan hubungan rahsianya dengan Israel. Dengan licik ia memperdayakan Ikhwan sebagai seorang Islam yang dipercayai tetapi akhirnya kemunafikannya jelas dengan pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam.

Akibat yang lebih buruk lagi ialah al-Sisi bukan setakat berdarah Yahudi tetapi ia hampir pasti merupakan agen Mossad (badan perisik tentera Israel). Ini bermakna Mesir bawah al-Sisi bukan sahaja tidak berperi kemanusian dengan menjadi republik berhukum rimba, natijah yang lebih besar ialah Mesir menjadi wilayah jajahan Israel yang terbaru, wilayah terbesar dalam rancangan perluasan Israel Raya.

Bapa saudaranya, Uri Sibagh (kadang-kadang juga digelar Sabbagh) telah berkhidmat didalam pasukan Perikatan Pertahanan Yahudi (Hamagein) dari 1948 hingga 1950, melakukan 'penghijrahan' ke Israel, dan menjadi orang penting dalam parti politik Ben Gurion. Dia berkhidmat sebagai setiausaha dalam Parti Buruh Israel di Beersheba dari 1968 hingga 1981. Kakak Uri - iaitu emak al-Sisi - berhijrah ke Mesir berkemungkinan atas rancangan rahsia Mossad. Perancangan itu digiatkan selepas Mossad menjatuhkan Presiden Morsi dan melantik agennnya al-Sisi dalam rampasan kuasa 3 Julai, 2013.

Rancangan: Al-Sisi adalah agen Mosaad sepanjang hayat mereka.

Matlamat: Menyusup masuk kedalam haraki tertinggi dalam pihak berkuasa dalam negara Arab Islam. Al-Sisi hari ini adalah seperti Elie Cohen, yang menyusup dalam peringkat tertinggi pihak berkuasa Syria dengan nama Kamal Amin Thabet sebelum terbongkar dan dihukum gantung di medan awam di Damsyik.

Seperti tersebar luas dalam lapuran media utama, dan banyak lagi sumber yang dipercayai, Al-Sisi telah lama berkhidmat sebagai pegawai perhubungan tentera Mesir dengan Israel. Semasa berlaku rampasan kuasa 3 Julai lalu, Al-Sisi sentiasa berhubungan melalui telefon dengan pihak tentera Amerika dan Israel. Pihak Israel telah menjanjikan bantuan penuh dan memberi jaminan bantuan US tidak disekat.

Semenjak rampasan kuasa, Israel telah menghamburkan pujian, kewangan dan bantuan penuh terhadap al-Sisi. Agen Mossad al-Sisi secara terang telah mengisytiharkan perang terhadap Palestin dan secara habis-habisan dengan memusnahkan semua terowong bekalan yang merupakan talian hayat penduduk Gaza. Disamping itu al-Sisi telah mengaut berbilion dolar daripada boneka Rothschild dan mungkin juga donmeh yang menggelarkan mereka mereka "House of Saud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan