Apa beza Ching Peng dengan Henry Gurney?

tinburuk

Hari ini cuti Hari Malaysia, saya sarapan di warung Pak Ali macam biasa, kenakan nasi lemak dengan 'aya hitam'. Ramai pula kawan-kawan hari ini, mungkin cuti kot!

Kebetulan ada Ustaz Asmadi (Madi). Dia ni boleh berubat dan mengamalkan perubatan cara Islam. Ada cerita menarik tentang dia, nanti saya ada masa saya akan tulis.

Bidin pun ada sama. Saya niat nak tanya ustaz Madi, pasal perubatan tapi Bidin mula buka cerita pasal Ching Peng, saya ikut sahaja perbincangan mereka.

"Ching Peng dah mampus, abunya buang sahaja di Sungai Golok" kata Bidin (Ahli JKKK)

"Marah betul" kata saya

"Kenapa tidak kalau jadi pengkhianat Negara. Dia bukan rakyat Malaysia." kata Bidin lagi.

Saya hairan kenapa Chin Peng dan Rashid Maidin sebelum ini tidak dibenarkan pulang. Saya tidak kata mereka ini hebat sebagai pejuang kemerdekaan tetapi sejarah perlu dikaji semula. Harus ada penulis sejarah yang benar-benar bersumber fakta yang betul.
Saya juga hairan kenapa Henry Gurney dipuja dalam sejarah. Sedangkan dia adalah penjajah yang sah. Malah nama Henry Gurney diabadikan di negara kita.

Soal kerakyatan pula kita juga hairan dan tidak begitu faham pendatang tanpa izin yang mencari makan di negara ini memperolehi warganegara begitu mudah malah ada kad pengenalan membolehkan mereka memperolehi peruntukan BR1M.

Ching Peng dan Rashid Maidin yang sah mempunyai hubungan dalam sejarah kemerdekaan negara tidak dibenarkan pulang ke tempat asalnya. Mereka jadi buangan sehingga akhir hayat.

Sangat tidak faham pemikiran orang-orang UMNO seperti Bidin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan