Bunuh diri kerana gagal besarkan payudara?

Beijing: Seorang pelajar kolej mengancam membunuh diri dengan terjun dari bumbung bangunan sebuah klinik pembedahan plastik.

Pelajar berkenaan bertindak demikian selepas implan payudaranya ditanggalkan kerana masalah perubatan.

Dia berdiri di tepi bumbung Hospital Perubatan Kecantikan Fuhua selama beberapa jam, mengancam untuk terjun selepas gagal mendapatkan pampasan daripada klinik itu.

Anggota keselamatan bagaimanapun berjaya memujuknya supaya membatalkan niatnya itu.

Pelajar berkenaan sebeleum itu membuat pembedahan membesarkan payudaranya sebagai persediaan untuk temuduga bagi mendapatkan pekerjaan. Ramai pelajar wanita di China percaya peluang memperoleh pekerjaan lebih terbuka jika mereka mempunyai payudara besar.

Kebanyakan pusat kecantikan di negara berkenaan menyasarkan pelajar wanita yang hampir tamat pengajian dengan menawarkan diskaun sehingga 65 peratus untuk menjalani pembedahan membesarkan payudara bagi meningkatkan peluang mereka untuk mendapat pekerjaan. 
-Agensi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan