Artis Indonesia Terry, Nak Jumpa Aishah. Nak Ikut Hijrah?

IBNU HASYIM

KL: Penyanyi Indonesia, Terry atau nama sebenar Terryana Fatiah mengaku teringin untuk berjumpa penyanyi Aishah setelah namanya diangkat di negara tersebut menerusi lagu popular Aishah Janji Manismu. Begitu, lapor mStar hari ini.

Terry, 29, berkata, dia menyimpan hasrat ke negara ini selepas menyanyikan semula lagu tersebut.

"Sewaktu saya menyanyikan semula lagu Janji Manismu, saya berharap lagu ini boleh bawa saya ke Malaysia satu hari nanti dan akhirnya saya ke sini.
"Sewaktu merakamkan semula lagu itu saya belum kenal siapa Aishah. Tapi saya difahamkan lagu itu memang lagu hit sekitar 1984, iaitu juga tahun saya lahir. Kalau boleh memang berhasrat untuk bertemu dengan Aishah," katanya.

Tambah Terry, lagu itu Janji Manismu nyanyian Aishah itu mempunyai jalan cerita yang sama dengan kisah cintanya. Kerana itu, dia bawakan lagu tersebut dengan penuh penghayatan sehingga menitis air mata.

"Disebabkan itu juga saya terus dikenali dengan penyanyi air mata dan diberi lagu-lagu yang sedih sahaja," katanya.


Janji Manismu dinyanyikannya semula dan dimuatkan di dalam album sulung Terry iaitu sekitar tahun 2006.

"Al-hamdulillah, moga-moga dia dapat jumpa Aishah, dan mungkin Aishah boleh menurunkan ilmunya, terutama ilmu bagaimana Aishah menjadi seorang penghijrah daripada artis kemodenan jahiliah kepada Islam yang diredhai Allah SWT. Dari cinta kecil kepada sesama makhluk, kepada cinta Maha Agung yang mencipta pencinta-pencinta itu sendiri." Kata Weblog Ibnu Hasyim.

Semoga air matanya yang menitis selepas ini, adalah kerana penghayatan kepada Khalik, dari yang asyik kepada Makhsyuk! Mari sama-sama kita mengaminkan. Amin!! (IH/Sumber mStar)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan