Azmin Ali MB baru?


Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM: Di sebalik khabar angin mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor bakal mendapat pengganti baru, hari ini penjawat jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan perkara tersebut.

Menurutnya, tidak timbul isu sedemikan dan sekiranya berlaku ia merupakan asam garam dalam politik.

"Tidak mengapa, ia perkara biasa dan berlaku negara lain juga seperti di Australia mereka juga menggantikan presiden baru," katanya yang dipetik dalam satu portal berita, hari ini.

Sebelum ini, desas desus mengenai pemimpin kanan dalam PKR, Mohamed Azmin Ali dikatakan bakal menggantikan Abdul Khalid ekoran pemimpin PR di negeri itu tidak puas hati dengan pentadbiran pemimpin sedia ada.

Malah, Abdul Khalid juga pernah dikritik oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membandingkan pentadbirannya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang juga Adun Ijok itu berkata beliau telah lali dengan kritikan yang dilemparkan ke atasnya.

"Tidak ada yang perlu diperbesarkan dalam isu ini, kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk mengkritik ditambah pula dengan kewujudan laman sosial.

"Dan saya gembira sebenarnya, ini membukti tahap kematangan berpolitik di negara kita sudah mencapai tahap terbaik.

"Inilah dramanya yang kita boleh juga dalam MCA dan MIC ia berlaku apabila wujudnya keinginan memegang jawatan yang lebih baik, apabila tinggi jawatan kita maka persaingan lebih sengit," katanya.

1 ulasan:

  1. wahai anwar ibrahim!!,kalau azmin ali mb selangor kami tidak akan teragak agak menyerahkan selangor keBN/UMNO.

    BalasPadam