Isu Syiah... Rupanya PAS Sayangkan Syiah

Iqbal

Aku bukannya ilmuan dalam bidang agama seperti Harun Din, Harun Taib dan meerkat yang (bergelar) ulama dalam PAS. Namun sangat berminat dan rajin membaca dan mendengar di internet dan you tube.

Sebelum ini aku kagum dengan syiah. Kagum dengan keberanian pejuang2 nya. Dan beranggapan apa salahnya masuk (mazhab) syiah. Dia pun Islam. Ini ku rasakan sebelum mengetahui apa sebenarnya syiah. Sebelum adanya kemajuan dan kemudahan internet.

Syukur alhamdulillah dengan adanya internet dan youtube menyedarkan dan memberi pengetahuan tentang syiah.

Ramai ilmuan Islam dan bijak pandai agama di Malaysia membicarakan tentang syiah. Antaranya Ustaz Maulana Asri yang membentangkan kertas kerjanya mengenai syiah. Beliau mengkaji kitab2 syiah baik yang dalam bahasa arab mahupun dalam bah sa parsi. Beliau tinggal dan bercampur dengan masyarakat syiah.Oleh itu kajiannya itu adalah 'valid' untuk memberi status kedudukan syiah dari sudut akidah.

Begitu juga Dr. Mohd Asri juga membentangkan kertas kerja mengenai syiah. Dan ramai lagi yang aku dengar (melalui youtube) perbahasan mereka mengenai syiah.

Bukan setakat di Malaysia malah aku sering mendengar ceramah2, diskusi serta forum tentang syiah yang disampaikan oleh ulamak2 Indonesia. Antaranya Ustaz Athian Ali, Ustaz Farid Ahmad, ustaz Abu Zubair dan ramai lagi. Kerana seperti Malaysia, Indonesia juga menghadapi ancaman syiah. Malah lebih serious lagi.
Baik pengkaji di Malaysia mahupun di Indonesia, sama hasil kajiannya iaitu menegaskan syiah itu sangat menyesatkan. Malah ada yang mengatakan syiah itu adalah sebuah agama yang bertopengkan ISLAM.

Dari berita yang disiarkan oleh Malaysian Insider yang menyiarkan kenyataan setiausaha Dewan Ulama PAS yang menegaskan... PAS Terima Syiah Sebagai satu Mazhab.

Dalam isu syiah PAS cuba mengalihkan isu pokok dengan berdalih ada syiah yang tidak terkeluar akidah Islamnya. Tentunya ini merujuk kepada SYIAH ZAIDDIYAH. Sedangkan dewan ulama tahu bahwa syiah diamalkan oleh orang Malaysia dan Indonesia bukannya syiah zaiddiyah. Yang menjadi pegangan di Malaysia dan Indonesia ialah syiah yang diimport dari Iran iaitu SYIAH RAFIDHOH @ SYIAH IMAMIYYAH. Syiah inilah oleh pengkaji2 baik di Malaysia mahupun di Indonesia diputuskan sebagai sudah terkeluar dari Islam. Tetapi PAS berpendirian sebaliknya.

Aku bukan ulamak. Tetapi aku mengumpulkan hujah2 ulamak yang membicarakan tentang syiah Rafidhoh ini. Aku senaraikan apa yang dengar dan sempat catat. ( semua ini adalah menjurus kepada syiah Rafidhoh @ syiah Imamiyah @ Ahlul bait)

1. Beza syiah dan ASWJ bukan sebatas furu'iah tetapi dalam hal ushul dan akidah.

2. Perbedaan syiah dan ASWJ jauh (180 darjah). Tak mungkin dipertemukan .Melainkan mereka bertaubat.

3.mereka ada kitab sendiri (menolak bulat kitab ASWJ)

4. mereka menggunakan rujukan mereka sendiri yang berbeza sama sekali dengan ASWJ (seperti utara dan selatan). 5. meyakini adanya Quran lain dan tidak mempercayai Al Quran yang ada sekarang.

5. Mereka ada keyakinan sendiri yang tidak sama dengan keyakinan ASWJ.

6. Mereka membenci Jibril kerana bagi mereka Jibril telah khianat.

7. mereka menolak sunnah Rasul

8. mereka bukan sahaja menolak para sahabat malah mencaci dan melaknat para sahabat. Sedang ALLAH dalam AlQuran meredhai para sahabat.

Iblis itu asalnya mahkluk yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH. Tetapi iblis yang telah beriman selama 80 ribu tahun (ada yang meriwayatkannya) dilaknat oleh ALLAH kerana kufur HANYA SATU PEMERINTAH ALLAH SAJA. Ia itu enggan sujud kepada Nabi Adam apabila diperintah oleh ALLAH. Kerana ingkar SATU PERINTAH SAJA maka gugurlah keimanan iblis. Jadi kafir.

Jadi bagaiamana syiah yang tolak keseluruhan AlQuran. Maknanya syiah lebih degil dan kepala batu daripada iblis.

Hairan bagaimana dewan ulama PAS menganggap syiah itu sebahagian daripada mazhab?

Para ilmuan yang mengkaji syiah di Indonesia menegaskan dari sisi akidah tiada sama sekali untuk dikatakan syiah itu Islam.

Nak tanya PAS... APAKAH ADA 2 KEBENARAN DALAM ISLAM ? Maksud aku begini...

Satu pihak (ASWJ...memuliakan sahabat Baginda Rasul itu kelompok yg benar.

Dan satu lagi (syiah) menghina dan melaknat sahabat.. apa juga kelompok benar ?

Yang menerima dan mengamalkan sunnah kelompok yang benar dan yang menolak dan meninjak sunnah pun benar juga ?

satu pihak (ASWJ..menerima Al Quran adalah kelompok yag benar

Satu lagi (syiah)....menolak Al Quran apakah juga kelompok yang benar ?

Kenapa PAS membelakangkan kebenaran dalam isu syiah ? Dalam isu janggut Nab, PAS lah yang kedepan menghentam Madey. Isu karikatur Nabi dipersendakan oleh barat PAS ajak berdemonstrasi. Itu bagus sekali. Syabas.

Tapi PAS juga tahu orang syiah (SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN ) mereka sentiasa (sentiasa basah dibibir) menghina isteri Rasul iaitu Aisyah dengan hinaan yang sangat keji. KENAPA TAK PERNAH PUN BERDEMONSTRASI DI KEDUTAAN IRAN.

Apakah dalam PAS terlalu ramai orang PAS (mungkin termasuk pemimpin ) hingga pendirian PAS terhadap syiah begitu lunak sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan