ORANG MUO
Daging kambing dan lembu menjadi hidangan utama sepanjang perayaan Aidiladha ini. Bagi mereka yang memiliki penyakit atau menjaga pemakanan sihat, mengetahui isi kandungan makanan adalah hal penting termasuk juga mengetahui isi kandungan daging.
Menurut laman web pengawas makanan US, USDA dan nutrition, daging lembu adalah sumber protein yang baik. Ia juga sumber zat besi, vitamin B12, Selenium dan rendah sodium. Apa yang dibimbangi, daging ini banyak mengandungi kolesterol dan lemak trans yang buruk bagi kesihatan.
Secara umum kandungan zat dalam 100 gram sajian daging lembu mengandungi protein 27 gram, tetapi kandungan lemaknya 30 gram dan kalorinya 332 kkal sedangkan kandungan karbohidratnya adalah kosong, Kolesterolnya 78 mg.
Manakala daging kambing merupakan sumber protein yang lebih baik. Kambing membekalkan sumber zat besi, vitamin B12, fosfor dan selenium. Namun sama seperti daging sapi, daging kambing tinggi kandungan kolesterolnya.
Dalam setiap sajian 100 gram daging kambing mengandung 143 kkal kalori dan protein 27 gram. Kandungan karbohidratnya kosong. Kandungan lemaknya amat rendah, hanya 3 gram. Kolesterolnya 75 mg.
http://www.orangmuo.com
hihi, nice info sempena raya aidiladha ni ;D. Ye kesimpulannya lebihkan banyak makan sayur n buah le kan.. best2
BalasPadamKesian kat orang yang ada darah tinggi dan gout time-time raya haji ni. Daging korban kalau ada orang sedekah pun, takat masak tengok family anak beranak lain yang makan je la.
BalasPadam