Mufti Kedah berani tuduh, tak berani bertanggungjawab?

Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad
SHAH ALAM: Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad hari ini mengambil pendirian enggan "panjang-panjang (cerita)" berhubung cabaran untuk melakukan sumpah laknat oleh Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Bercakap kepada sebuah portal, Sheikh Muhamad Baderudin berkata, "Saya tak nak komen. Saya tak nak mengulas".

Dr Mohd Asri sebelum ini mendakwa Sheikh Muhamad Baderudin telah mengeluarkan kenyataan yang memfitnah dirinya.

Cabaran bermubahalah atau bersumpah laknat telah dibuat oleh Dr Mohd Asri 23 November lalu selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.

Katanya, jika benar beliau mengeluarkan kenyataan seperti didakwa, maka laknat ALLAH ke atasnya tetapi jika sebaliknya, laknat akan menimpa mufti itu.

Dr Mohd Asri merujuk kepada sebuah rakaman kuliah Sheikh Muhamad Baderudin di YouTube berhubung isu Wahabi yang secara sepintas lalu didakwa menyebut namanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan