Gambar Para Pemuda Dan Puteri Umno Ke Sukan Sea Ke-27 Myanmar dibiayai KBS? KJ tolong jawab

omakkau
Berita Rupa-rupanya pihak wartawan kecam Kementeria Belia dan Sukan kerana dikatakan membiayai beberapa indvidu ke Sukan SEA 27 di Naypyitaw, Myanmar sebagai pegawai penumpang sebenarnya adalah dari kalangan para Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan exconya yang menang baru-baru ini termasuklah dari kalangan Puteri UMNO.

Antara kelihatan ialah bekas Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia anak Allahyarham Megat Junid dan Pengerusi Biro Media Baru UMNO Ibdilillah Ishak.
Rakyat tidak mempertikaikan jika mereka kesana dengan perbelanjaan sendiri ataupun di taja pihak persendirian .. yang menjadi kecuhnya ialah mereka kesana dikatakan atas pembiayaan Kementerian Belia Dan Sukan .. wang rakyat ...

Paling menjijikkan ialah mereka kesana bukannya pun pegawai dari mana-mana pertubuhan sukan yang mengambil bahagian tetapi sekadar menyamar sebagai pegawai sukan untuk mendapatkan pas khas. .. lebih tepat ... mereka kesana adalah sebagai tukang sorak buat bising .. tidak lebih tidak kurang.

Pihak KBS wajar memberikan penjelasan akan kisah ini... atas jasa dan kapasiti apa mereka beramai-ramai di angkut ke Nayphyitaw, Myanmar dengan kos ditanggung KBS.

KE MYANMAR MENYAMAR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan