Gempar!! Bank Dunia lapor Malaysia jual aset negara untuk menampung keborosan dan pembaziran Najib

LAPORAN BANK DUNIA: KERAJAAN BN JUAL ASET NEGARA UNTUK CAPAI SASARAN DEFISIT
bank_duniaPentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus mengumumkan angka-angka untuk meyakinkan orang ramai dan institusi kewangan bahawa beliau serius untuk mengekang tahap keberhutangan negara. Sasaran yang diletakkan ialah untuk menurunkan defisit ke paras 4% dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Untuk menurunkan defisit, KEADILAN telah berkali-kali menegaskan bahawa bahawa reformasi ekonomi yang menyeluruh perlu dibuat, bermula dengan mengekang rasuah dan keborosan. Ini akan mengurangkan belanja yang ditanggung rakyat setiap tahun kerana pendapatan yang diperolehi negara adalah mencukupi.

Malah, dengan penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan, KEADILAN yakin sasaran defisit yang lebih rendah iaitu 3.5% boleh dicapai seperti yang diunjurkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat.

Keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak memotong perbelanjaan boros kerajaannya menyebabkan beliau mencari jalan yang menekan rakyat. Kenaikan harga barang, pengurangan subsidi, kenaikan tarif dan yang terkini kenaikan tol adalah berpunca dari kegilaan Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu mencapai sasaran defisit tetapi tidak mahu membanteras rasuah.

worldbankreportLebih memeranjatkan, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang dari aset-aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi beliau mencapai sasaran defisit yang beliau sendiri tetapkan.

Laporan terkini dari Bank Dunia iaitu “Malaysia Economic Monitor: December 2013” pada mukasurat 10 menyatakan seperti berikut:

“… the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages…”

Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya.

Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal. Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

Saya memandang serius perkara ini dan akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin untuk membincangkan kepincangan pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak yang meliputi isu-isu kenaikan harga barang mendadak dan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.

Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi Parti KEADILAN Rakyat
Ahli Parlimen Pandan
-keadilandaily-

3 ulasan:

  1. Saya tidak terkejut apa yang telah dilapurkan. Najib boleh jual apa saja bagi mengapungkan kepentingannya. Pokoknya dia terus hidup. Lihatlah sama sekali dia tidak cemas dengan hutang negara yang bagitu besar, bahkan terbesar sejak merdeka. Najib ini saya lihat umpama ketam. Sepit yang besar mengangkat ke atas menunjukan seolah2 dia bersih dan telus dalam pentadbirannya. Tetapi sepit kecil yang berada ditepi mulut itulah yang mengaut apa saja yang ada dihadapann. Kawan saya pernah mengatakan, sama sekali jangan percaya dengan orang yang takut bini. Otaknya akan berubah2. Yang penting dia kenyang.

    BalasPadam
  2. Saya lagi tak terperanjat sebab tunjuk laporan kecik sangat2.. nk besaqkan nampak kembang tulisan tu.. kalau tak menipu bukan PANTATAN RAKYAT namanya...

    BalasPadam
  3. Kalau berani siarankan komen saya... dasar manusia penfitnah..

    BalasPadam