Inilah Kerja Pemimpin Melayu, Negara Kita.

sakmongkol
Hari hari pemimpin UMNO pekik sana dan sini, merekalah pejuang Melayu. PM pun sendiri tidak jemu2 menyebut bahawa dia dengar keluhan rakyat. Kepada pengakuan demikian, kita bolehlah menjawab, orang lain pun mendengar jugak. Soalnya, PM dengar apa dia hendak buat?

Isiu pokok negara kita hari ini ialah kepimpinan. Saya tidak tahu apa lagi yang kita mahu cakapkan- PM yang kita ada ini jadi MP sejak tahun 1976 lagi. Dah jadi timbalan menteri, menteri, duduk dibawah 3 PM, jadi TPM dan akhirnya jadi PM masih tidak membentuk jatidiri kepimpinan yang tersendiri dan kebijaksanaan seorang negarawan. Inilah PM Malaysia yang menyandarkan semua keputusan kepada rumusan consultants. Sejak tahun 2009, kerajaan nya belanja RM7.2 billion untuk khidmat pakar runding. Tidak juga ekonomi Malaysia jadi lebih baik.

Kerajaan pimpinan DS Najib menjahanamkan masa depan negara. Habislah harta negara ini dijual. Dan pajakan kerajaan dijadikan cagaran pinjaman. Ini yang disebut oleh YB Rafizi Ramli yang memetik Lapuran Bank Dunia: Malaysia Economic Monitor, December 2013 ms 10. Lapuran itu menyebut dibawah kepala tajuk:-

Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral
The Federal government moves more decisively towards fiscal consolidation

15. The government is expected to meet its headline deficit target for 2013 as additional non-tax collections offset higher expenditures on subsidies
.
Despite estimated operating (current) expenditures exceeding their budgeted 2013 allocations by RM 14.3billion (7.1percent) and slightly worse GDP growth compared to the previous year’s forecast, the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0 percent of GDP vs. 4.5 percent in 2012).

This target will be achieved through additional tax revenues(Figure 13). Of the additional RM11.8billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4billion originated from non-tax sources, including M1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages. Moreover, the government has also continued to underspend on development expenditure.

Harta apakah yang dijual bernilai RM1.4 billion itu? Dan apa mortgages kerajaan yang digadai bernilai RM4.2 billion? RM5.6 billion daripada hasil bukan- cukai RM7.4 billion adalah 2 perkara ini.

Jadi ini rupa nya kerja kau orang ya- belakang rakyat, harta kepunyaan negara dijual dan pajakan kepada kerajaan dijadikan gadaian. Depan orang bukan main lagi bersyarah mengenai kepimpinan yang terbaik untuk bangsa Melayu.
Inilah kerajaan yang cakap besar mengenai menepati janji dan belanja berhemah yakni belanja mengikut kemampuan. Mak bapak kita dahulu kalau takde duit jual itik ayam, kerbau lembu dan gadai tanah dan harta benda lain pada chettiar.

Setelah 56 tahun merdeka, kerajaan UMNO pun buat perkara yang lebih kurang sama-menandakan betapa merudum sekali kualiti kepimpinan negara ini. This is a country with mediocre leadership.

Harta benda rakyat ini dijual kepada negara asing atau kepada rakyat sendiri? Perbuatan ini adakah sah disisi undang2 atau tidak? Constitutional atau tidak? Penjualan asset negara tidak boleh dilakukan oleh kerajaan DS Najib tanpa melanggar undang2 dan kebenaran mesti diperolehi dari parlimen. Penjualan asset tidak pernah dibentangkan dalam parlimen. Jka demikian, kerajaan telah menyembunyikan penjualan asset negara.

Rupa2 nya kerajaan yang tidak berkualiti kepimpinan nya ini dalam senyap2 telah menjual dan bergadai untuk menutup lubang deficit yang mereka sendri ujudkan.

Bagaimana kita mahu meletakkan masa depan negara dalam tangan kepimpinan mediocre ini? Ini bukan soal cina nak ambil kuasa Melayu, Melayu hilang kuasa atau tidak, raja2 Melayu dinyahkan, atau isiu agama Islam Melayu diancam. Ini ialah isiu kepimpinan negara- nokhtah.

Janganlah kita terus menyokong kepimpinan UMNO membabi buta hanya semata mata pemimpin nya sebangsa dengan kita. Orang UMNO sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyidin sahaja yang layak, atau Hishamudin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara. Jika pemimpn ini ditukar yang mengganti nya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan