Ahli akademik kontroversi Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran bahawa pengundi Melayu mungkin mengalihkan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan menaikkan kadar bayaran tol lebuh raya.
Dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian hari ini, Ridhuan berkata parti Umno sepatutnya membentuk strategi untuk memastikan pengundi Melayu tidak terpengaruh dengan kempen Pakatan.
“Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini.
“Saya bimbang PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah!,” katanya.
Mutu lebuhraya itu tetap tidak meningkat walau dengan kenaikan kadar harga tol, kata Ridhuan lagi.
“Adakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Adakah benar BN bermaksud barang naik?,” katanya lagi.
Tambahnya, kerajaan sepatutnya menyemak semula perjanjian antara syarikat pemegang konsesi lebuhraya untuk mengelakkan perjanjian berat sebelah.
“Peliknya kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura,” katanya lagi.
Katanya lagi, syarikat berkenaan sepatutnya lebih berhati perut kerana sudahpun meraih banyak keuntungan, termasuk dari hasil iklan papan tanda di lebuh raya.
“Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga, Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari,” katanya lagi.
Apa nak peliknya, pemimpin cerdik tak akan menandatangani perjanjian yang merugikan rakyat dan negara. Tapi yang patut kita pelik kenapa ramai ahli akademik yang bergelar profesor menyokong dan mempertahankan pemimipin-pemimpin bodoh ini.
DSAI telah berkali2 mengumumkan akan menyemak semula TOL supaya lebih rendah sekiranya PR menang. Tetapi sebaliknya telah berlaku selepas BN menang. Nampak sangat BN ini bangsat dan pengkhianat rakyat. DSAI juga telah memaklumkan akan turunkan harga minyak dan mansukhkan PTPTN. Tapi ramai orang hanya ketawakan dia. Nah sekarang apa telah terjadi. Padan muka balaci2 UMNO semua. Dah kena main. Sekarang semua barang2 nak naik. Orang melayu memang bodoh dulu kini dan selamanya. Baru saja umum BRIM RM1000. Semua dah lompat macam beruk. Pada hal geng2 Najib sudah songlap berbillion sehingga negara terpaksa berhutang sampai 3/4 Trillion. Padan muka kita semua. Celaka puak2 ni.
BalasPadam