Mereka-mereka yang dipecat sebagai ahli PAS 25 Ogos 2013 lalu dan video kesalahan yang dilakukan

Tranungkite
Pemecatan Dr Hassan Ali sebagai Ali PAS mendapat liputan media, tapi pada mesyuarat Jawatankuasa PAS 25 Ogos 2013 telah memecat beberapa orang ahli iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri dan bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha dan Ustaz Kazim Elias, ahli biasa.

Kenapa mereka di pecat?

1. Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin aktif berceramah mengutuk PAS dalam banyak pentas kerana tak setuju dalam beberapa perkara.

2. Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang ni dah rosak terus apabila berceramah di pentas UMNO mengutuk PAS.

3. Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha dalam ceramah pentas pembela agama tajaan UMNO secara hidden.

4. Ustaz Kazim Elias, ahli biasa dan penceramah bebas lantang mengkritik PAS. Tak payah cerita banyak hal..

Jangan kita rendahkan PAS atas keputusan yang dibuat, sedangkan kamu tidak membantu PAS malah menjadi beban seperti mendongkong biawak hidup.

# Dinasihatkan tak payah dengar habis video yang disertakan.

2 ulasan:

  1. pengikut2 dajjal yang merosakkan ummat demi memenuhi nafsu dunia dan dendam kesumat.....sial sungguh mereka2 ini...MUHIDDIN KEDAH

    BalasPadam
  2. Ye lahhhhh, betapa sempitnya pemikiran kebanyakkan pemimpin & ahli2nya. Gunakan agama hanya untuk kepenting diri.

    Cubalah pro-aktif sedikit. Teliti balik kritikan dari mereka semua & belajarlah cermin-cermin diri akan kebenaran kata2 mereka.

    Yang kritik dan cuba membetulkan parti dipecat. Yang terang-terang pemimpinnya buat maksiat ... senyap aja, setidak-tidaknya, buatlah siasatan.

    Adoooooh, PAS ke UMNO ke PKR ke .... semua sama aja. Hipokrit. Sama-sama kebanyakannya kaki buat fitnah, memburukkan antara sesama sendiri dan seagama. Mencarut ... entah apa-apa lagi.

    Yang jadi mangsa rakyat, terutama orang-orang ISLAM & MELAYU.

    BalasPadam