Panas!! Tiga menteri letak jawatan, anak mereka didakwa terlibat dengan rasuah

ANKARA: Tiga orang menteri Turki dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), memaklumkan perletakan jawatan mereka kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Keputusan ini diambil berikutan dakwaan kes rasuah yang dituduhkan kepada anak-anak mereka.

Pegawai tinggi Turki menyatakan yang meletak jawatan adalah Menteri Dalam Negeri Muammer Guler, Menteri Alam Sekitar dan Tata Ruang Erdogan Bayraktar, dan Menteri Ekonomi Zafer Caglayan. "Mereka telah menyatakan perletakan jawatan secara lisan kepada Erdogan", seperti yang dilaporkan oleh World Bulletin, Khamis (19/12).

Selasa (17/12), ketiga-tiga anak menteri itu ditangkap oleh pihak polis Turki di Istanbul atas dakwaan rasuah berkaitan sejumlah tender projek di negara tersebut. Namun, beberapa penganalisis politik Turki mendakwa, penangkapan tersebut boleh jadi berkaitan dengan perselisihan antara kerajaan Erdogan dan ulama Islam terkemuka Turki, Fethullah Gulen.

Pernah suatu ketika, konflik antara kedua-dua pihak menjadi perbincangan hangat di Turki. Erdogan saat ini tengah mempersiapkan rombakan kabinet yang bakal diumumkan pada hujung minggu. Dianggarkan, tujuh hingga 12 menteri bakal terlibat dalam rombakan tersebut.
-republika.co.id/-

sorry bro ni kat Turki bukan kat 1Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan