Petanda Salji Arab berakhirnya kerajaan beraja sekarang dan akan diambil alih oleh tentera Al-Mahdi?

ismanusa
Sesuatu yang luarbiasa berlaku di Saudi apabila turunnya salji yang sangat lebat di Tabuk hingga padang pasir memutih diliputi salji. Tabuk merupakan tempat sejarah dimana berlakunya peperangan Tabuk yang terkenal di zaman Rasulullah s.a.w. Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan kawasan gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang jarang ditemui.

Dalam akhbar Alyaum, pemerintah kerajaan beraja Saudi Raja Abdullah menyuarakan simpatinya terhadap keadaan sejuk melampau yang dialami oleh penduduk didaerah tersebut. Manakala Gabenor wilayah Tabuk, Putera Fahd bin Sultan memberi jaminan akan menyediakan segala bantuan keperluan bagi menjamin keselamatan penduduk untuk menghadapi kesukaran cuaca sejuk melampau. Akhbar Al-Arabiya pula menyatakan suhu sejuk melampau yang mencengkam beberapa wilayah di Saudi mencecah -6 darjah celcius.
"Apabila kalian melihatnya, maka baiatlah dia walau harus merangkak diatas SALJI"
Apakah turunnya salji di tanah Arab ketika merupakan petanda berakhirnya kerajaan beraja sekarang dan akan diambil alih oleh tentera Al-Mahdi?

Perhatikan bagaimana keadaan cuaca ketika berlakunya peperangan yang di pimpin oleh Mahdi dalam keadaan bersalji, padahal tanah Arab berada dipadang pasir!

Dari Tsauban r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga orang anak Khalifah akan saling membunuh untuk memperebutkan harta kalian, namun kemudian tidak satupun dari ketiganya ada yang berhasil… kemudian muncul bendera-bendera hitam dari arah Timur, mereka menyerang kalian dengan pertempuran yang belum pernah terjadi sebelumnya". Tsauban berkata: kemudian Nabi s.a.w menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu beliau melanjutkan: "Apabila kalian melihatnya, maka baiatlah dia walau harus merangkak diatas SALJI" HR. Ibnu Majah

Berlaku perubahan waktu yang ketara semasa munculnya Dajjal yang juga merupakan petanda utama yang mengesahkankannya. Dimana pada ketika itu, hari pertamanya bagaikan setahun, hari kedua bagaikan sebulan. Sebahagian dari para sahabat ada bertanya kepada Nabi tentang panjangnya hari yang ada Dajjalnya tersebut: (Apakah cukup dalam satu hari yang panjang tersebut untuk melaksanakan shalat seperti hari biasanya?) Nabi s.a.w menjawab: "Tidak, akan tetapi perkirakanlah padanya waktu-waktu shalat".

Hadis tersebut disamping mengisahkan tentang waktu kedatangan Dajjal tetapi ia juga memberi alamat tentang bilakah waktu kedatangan tersebut. Pada waktu tersebut berlakunya perubahan cuaca yang amat ketara di bumi ini hingga bertukarnya masa sehari menjadi begitu panjang sehingga setahun dan beransur-ansur mengurang kepada sebulan seterusnya seminggu dan hinggalah kembali kepada waktu asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan