Melati Pusaka
Dahulunya Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu yang diberi nama “Band Boy”. Beliau dan Band Boy sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium dan jemputan event kecil-kecil.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz Azhar Idrus akhirnya menarik diri dari kumpulan tersebut kerana tujuanya hanyalah suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada era 80-an. Menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan sehobi dengannya.
Ustaz Azhar Idrus dikatakan pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas seminggu mendirikan rumahtangga iaitu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan beliau bekerja sebagai pencanting batik.
Pada ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh dan mendalam. Tiada alasan baginya sama ada hujan mahupun ribut. Beliau beranikan diri dan gagahkan kudrat untuk pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Dikatakan juga, perubahan diri Ustaz Azhar Idrus ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama adalah didorong oleh kawan baiknya seorang “Otai Punk” yang telah menghilangkan diri selama lima tahun. Setelah lima tahun berpisah, kawan kepada Ustaz Azhar Idrus muncul dengan perwatakan dan peribadi yang sangat berbeza daripada 5 tahun yang lepas dari segi pemakaiannya dan juga tingkah lakunya.
Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) mendapat sambutan golongan muda di seluruh negara. Menyedari hakikat ini usaha Peirre Andre mengarah filem “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” adalah usaha menarik golongan muda menonton filem dakwah itu.
Sekali lagi David Teo menerbitkan filem dakwah, “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” lakonan Shiro yang memenangi Raja Lawak dahulu. Semalam (28 November) filem itu mula ditayangkan ke seluruh negara. Saya yang menontonnya di Midvalley tak tahan ketawa berdekahdekah melihat gelagat Shiro.
Dari awal penyertaan Shiro dalam Raja Lawak, saya sudah ramal mereka akan menjadi Raja Lawak. Terbukti ramalan saya itu apabila mereka dinobatkan Raja Lawak 2012. Ini adalah filem pertama mereka.
Filem arahan Pierre Andre ini adalah yang terbaru selepas Highland Towers yang mengutip sebanyak RM3 juta. Saya yakin filem “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” akan mengutip lebih dari RM2 juta kerana ramai anak-anak muda yang meminati UAI akan menonton filem ini.
Ustaz Azhar hanya muncul sekejap sahaja dalam filem ini tetapi dengan gaya bersahaja Ustaz Azhar kelakar macam Shiro juga.
“Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.
Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.
Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.
Pada keseluruhannya, filem komidi arahan Pierre Andre ini boleh tahan mengajak golongan muda kembali kepada agama. Dengan kemunculan UAI sudah parti ramai peminatnya akan mengunjungi pawagam. Tahniah Pierre Andre.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan