Beginikah caranya Umno ‘menguatkan’ Islam?

ZULKIFLI YAHAYA
BN sangat bergantung kepada pengundi yang malas berfikir atau kurang daya berfikir untuk mengekalkan sokongan. Golongan ini hampir tidak menyedari bahawa setiap isu yang disensasikan media Umno/BN sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan kepentingan Islam atau Melayu. Mereka memberi reaksi spontan terhadap isu rasis yang dimainkan BN serta terus hanyut dengan propagandanya.
Apabila media Umno/BN mendedahkan cerita propaganda kononnya 10 ribu Bible berbahasa Melayu menggunakan kalimah Allah sedang diedarkan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, golongan kurang daya fikir ini akan menelan bulat-bulat dan meyakininya macam orang beriman percayakan kitab Al-Quran. Rentetan itu muncullah reaksi pelbagai yang menggambarkan kerisauan tidak berasas terhadap isu ciptaan itu.

Kononnya juga baru-baru ini terdapat cubaan mengedar Bible kepada pelajar Islam di Pulau Pinang. Gambar dua lelaki sedang mengedarkan Bible disebarkan di alam maya. Orang kurang daya fikir akan segera berkata, “Betullah macam dihebahkan, puak Kristian ni memang kurang ajar, sengaja nak cabar kesabaran umat Islam.”

Manakala golongan berfikir sudah nampak itu adalah rentetan propaganda Umno BN untuk kononnya mengesahkan apa yang menjadi kekhuatiran mereka. Mereka percaya mengedar Bible itu cuma pelakon, di mana pengarahnya ialah pihak yang terdesak untuk mendapat undi Melayu/Islam melalui sentimen rasisme.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan perkara itu tidak masuk akal dan merupakan fitnah jahat yang dilakukan bagi mencetuskan kemarahan umat Islam selepas isu penggunaan Kalimah Allah. Ia merupakan hasutan perkauman terbaru bagi mengalihkan perhatian rakyat.

“Jika betul perkara itu (pengedaran Bible) berlaku, mengapa hanya mengambil video dan tidak menangkap perlaku itu?

“Tangkap saja sebab pelaku itu sudah menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Kenapa tidak serahkan kepada pihak polis? Kenapa hanya dimuat naik di Youtube dan Facebook?

“Sebagai rakyat, jangan mudah diperbodohkan Umno-BN. Mereka sudah terdesak dan tersempit oleh itu mereka lakukan pelbagai perkara,” katanya.

Isu pengedaran Bible itu mendapat ulasan dari para pemuka rasis Melayu dengan persembahan penuh emosi dan memualkan. Mereka marahkan pihak pendakyah Kristian kerana menyebarkan kepercayaan mereka kepada umat Islam. Memang terdapat dalam peruntukan undang-undang di negara ini, agama selain Islam tidak boleh didakyahkan kepada umat Islam.

Hari di mana langit sudah luas terbuka ini, wajar bagi umat Islam bertanya diri sendiri, sampai bila kita mahu menyelamatkan aqidah umat Islam dengan cara menyekat pengaruh atau maklumat dari bukan Islam berasaskan undang-undang? Hari ini, ajaran bukan Islam dari apa sahaja agama bukan hanya boleh didapati dari kitab yang bertulis. Hanya dengan sentuhan di keybord computer, segala jenis agama boleh dipelajari di internet. Apakah perlu pula bagi Umno, Jati dan Perkasa mendesak kerajaan mengharamkan internet di Malaysia demi menyekat dakyah Kristian?

Soalan menarik untuk difikirkan ialah, apakah Islam boleh berkembang pesat dan diagungkan dengan cara menyekat fahaman agama lain masuk ke pemikiran umat Islam semata-mata?

Kalangan pihak yang anti Kristian ini bukan main beremosi apabila mendengar cerita Bible diedarkan secara terbuka. Mereka marah jentera pendakyah agama bukan Islam menyebarkan agama mereka, tetapi puak yang kononnya terlalu kuat Islam itu sendiri tidak pula melakukan kerja dakwah terhadap umat manusia yang lain, khususnya bukan Muslim. Kerja mereka siang malam cuma memburukkan PAS dan Melayu KeADILan serta memaki hamun DAP. Agaknya melalui cara tersebut, semakin kuatlah Islam di Malaysia.

Di banyak negara di dunia ini, pertikaian berhubung fahaman agama diredakan melalui perdebatan antara agama secara ilmiah. Dalam banyak perdebatan, pihak Islam sentiasa menang berhujah. Menang atau kalah hujah adalah satu isu, tetapi Islam dianuti adalah kerana hidayah dari Allah. Ahmad Deedat menjadi tokoh lagenda Muslim yang semasa hayatnya sangat bijak berhujah dalam dialog Islam-Kristian. Beliau pernah diundang ke Malaysia dalam satu forum berhubung isu tersebut, malangnya kerajaan BN Malaysia tidak membenarkannya. Penghakiman salah betul sesuatu isu berdasarkan nilai keintelektualan nampaknya tidak laku di Malaysia. Lebih laku lagi cara perungus, bebal dan emosi yang mempamerkan wajah hodoh orang yag 'terlebih' Melayu dan Islam hingga sanggup membakar Bible... sedangkan ia langsung bukan dari ajaran Islam.

Cara menangani perbezaan antara agama di Malaysia, seperti yang dilakukan oleh Umno serta sekutunya ialah dengan memasak ego rasisme, menyemarak kebencian terpihak pihak lain dan yang paling utama bagi mereka ialah – menyalahkan DAP, KeADILan dan PAS! Kalimah Allah hakikatnya dijadikan barang dagangan politik oleh mereka untuk ditukar dengan undi Melayu dalam PRU13 nanti.

Anwar Ibrahim dituduh sembah mayat Teoh Beng Hock pula

MiLo SuaM
SALAH seorang sahabat pembaca mengirimkan risalah perang saraf yang disebarkan di Masjid Jamek Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas solat jumaat semalam.

Antara risalah yang disebarkan begitu melampau sampai ke tahap dilihat menuduh Anwar Ibrahim turut melakukan upacara menyembah mayat Teoh Beng Hock.

Risalah itu menuduh kononnya sebagai penganut pluralisme, Anwar Ibrahim biasa mengamalkan ajaran agama lain seperti menyembah mayat orang yang sudah meninggal dunia.

Kita faham, bila isu agama seperti ini dimainkan, ini bermakna risalah gerak saraf yang disebarkan adalah untuk menarik sokongan orang-orang Melayu agar mengundi Barisan Nasional pada Pilihanraya ke 13 nanti.

Tambahan pula risalah melampau ini disebarkan di masjid selepas solat jumaat, jelas menunjukkan usaha terdesak menarik sokongan Melayu Islam kepada Umno dan Barisan Nasional.

Namun kalau dilihat, berlaku kebodohan di situ. Taktik pembunuhan karakter ini sudah sampai ke tahap melampau, sehinggakan orang ramai sudah tidak mampu untuk percaya.

Ibarat mahu membunuh kumbang dengan menyembur racun serangga, kumbang tak mati-mati sembur semakin lama semakin banyak, akhirnya si penyembur pensan terhidu racun serangga yang disembur sendiri.

Pernah satu ketika di kawasan pedalaman Sabah, seorang imam masjid terkejut melihat Anwar Ibrahim mengimamkan solat berjamaah, membaca doa dan memberi tazkirah kepada kariah masjid tersebut.

Imam itu yang selama ini percaya dengan propaganda dan cerita bohong media arus perdana kawalan Barisan Nasional menyangka Anwar Ibrahim seorang yang kafir dan tidak mengenal Al-Quran.

Itu cerita di pedalaman Sabah, kita tak hairan. Tapi ini cerita di Masjid Jamek Kuala Pilah, bukan kawasan yang terlalu pedalaman. Orang Kuala Pilah ada akses internet, anak-anak mereka bijak pandai dan belajar di universiti.

Pembodohan seperti ini sudah tidak laku lagi. Pakatan Rakyat sibuk cerita tentang dasar, tawaran ekonomi, pendidikan percuma dan sebagainya, Umno masih lagi dengan sentimen agama, bangsa dan raja untuk menakut-nakutkan rakyat.

ReJaM© "Baik cakap sahaja Anwar Ibrahim sebenarnya seorang sami kah kah kah... "

Panas: Warga Asing 'Kerja Tetap' Di Yayasan Pahang, Kerajaan Negeri Di Harap Siasat Segera Laporan Ini !

KUANTAN, 25 Jan: Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat dakwaan terdapatnya seorang warga asing yang kini dikatakan bekerja secara tetap dan berpencen dengan anak syarikatnya di Yayasan Pahang.
Maklumat ini sudah pasti amat mengejutkan kerana ia jelas sekali telah mencabuli hak rakyat Malaysia terutamanya peluang pekerjaan untuk anak-anak Pahang. Jika benar dakwaan ini, maka ia adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak wajar berlaku. Kenapakah warga asing dibenarkan bekerja dengan sebuah anak syarikat kerajaan negeri?. Jika jawatan berkenaan hanyalah buruh kasar atau sebagainya, mungkin ia tidak menjadi isu.

Namun difahamkan pegawai terbabit diberikan jawatan sebagai pegawai kanan. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan anak-anak Pahang yang senantiasa menanti peluang untuk menjawat sebarang jawatan di agensi terbabit sebenarnya. Mana mungkin warga asing boleh diterima bekerja dengan sebuah anak syarikat kerajaan negeri?. Sedangkan ramai lagi anak-anak Pahang yang masih memerlukan pekerjaan terutamanya dalam bidang terbabit.

Berita ini sudah tersebar meluas cuma ramai dikalangan kakitangan Yayasan Pahang sendiri tidak berani untuk mendedahkannya. Pihak terbabit tidak sepatutnya mengambil bukan warganegara sebagai kakitangan awam di negara ini kerana sudah tentu ramai lagi anak-anak pahang yang berkelayakkan untuk menjawat jawatan itu.

Dipercayai warga asing terbabit kini menjawat jawatan penting di agensi itu dan ia sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat Pahang sebenarnya. Difahamkan juga, beliau pada asalnya hanyalah pensyarah kontrak di anak syarikat Yayasan Pahang sendiri iaitu Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) yang sekarang dikenali sebagai IKIP International College.

Persoalannya, bagaimana beliau boleh diserapkan ke jawatan tetap?. Apakah ada tangan-tangan ghaib yang telah khianat kepada peraturan dan perundangan hingga tergamak menawarkan jawatan itu kepada beliau?.

Sebelum ini kami telah beberapa kali mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Yayasan Pahang dan beberapa buah anak syarikatnya. Namun, isu warga asing ini dikira sesuatu yang cukup besar dan jelas sekali bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan untuk mengutamakan rakyat tempatan (warganegara) dalam mengisi peluang pekerjaan.
Apa yang dipersoalkan juga, apabila mereka menawarkan peluang pekerjaan selama ini maka tertera pada borang jawatan kosong terbabit kenyataan berikut " Yayasan Pahang dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Pahang bagi memenuhi misi, visi dan transformasi Yayasan Pahang". Manakala Syarat Lantikan Wajib pula ialah "Warganegara Malaysia; dan Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan". Justeru, jelas sekali pengambilan warga asing bekerja di agensi terbabit telah melanggar peraturan ini sebenarnya.

[Apa sudah jadi dengan anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang ini agaknya?. Mereka ternyata melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Siasatan lanjut perlu dijalankan segera jika tidak sudah pasti berita panas ini akan memalukan kerajaan sendiri sebenarnya. Di ketika rakyat mempertikaikan pemberian IC kepada warga asing untuk mengundi dalam pilihanraya umum akan datang, tiba-tiba ada warga asing yang bekerja dengan kerajaan negeri. Ini sesuatu yang amat musykil sama sekali. Yayasan Pahang begitu tegas dalam soal pemberian biasiswa kepada anak-anak Pahang, hingga menafikan hak mana-mana pelajar yang ibubapa mereka bukan anak pahang (IC 06) walau pun ada yang sudah bermastautin puluhan tahun di negeri ini. Kononnya mengikut prosedur, namun bila mengambil warga asing bekerja tetap di agensi terbabit mereka langgar prosedur. Jika tindakan tegas tidak diambil terhadap pegawai terbabit, perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan terhadap pegawai yang khianat itu. Laporan panas seterusnya menyusul].

Pencacai Umno yang jaga SPR tolong jawab ini

NUR FARHANA ABDUL MANAN
Hannah (dua, kanan)
Hannah (dua, kanan) menunjukkan 28 surat mengandungi mesej politik BN dengan nama penerima berlainan yang dihantar ke alamat seorang pengundi di Petaling Jaya, dua minggu lalu.
SUBANG JAYA: Seorang pemilik banglo terkejut apabila 28 pucuk surat berbeza nama penerima yang mengandungi mesej tahun baru dan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar ke rumahnya di Petaling Jaya.

Surat berkenaan didakwa mula diterima sejak dua minggu lalu tertera nama penerima yang langsung tidak dikenalinya.

Hairan dengan perkara itu, pemilik rumah berkenaan mengadukan perkara itu kepada Adun angkat Bukit Gasing, Hannah Yeoh Tseow Suan.

Hannah berkata, berikutan aduan berkenaan, pemeriksaan dilakukan menerusi senarai daftar pengundi suku tahun pertama 2012 dan hasil mengejutkan apabila mendapati 28 nama berkenaan didaftarkan di alamat pengadu.

Menurutnya, lebih mengejutkan ada sembilan lagi nama didaftarkan beralamat di rumah pengadu dan menjadikan 37 pengundi berdaftar di alamat sama.

“Daripada jumlah itu, dua adalah Melayu, seorang India dan lainnya adalah pengundi Cina dengan nama keluarga berlainan yang berumur antara 36 hingga 90 tahun.

“Inilah yang hendak kita persoalkan kepada Pengerusi BN Selangor, adakah semua mereka ini pengundi hantu mereka?," katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut menggesa pengundi yang dapat surat berkenaan tetapi tidak mengenali nama penerima supaya membawanya ke pejabat Adun atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk tindakan selanjutnya.

Laa..Ayah Mahathir Pendatang Asing Rupanya Ingatkan Melayu.. ha ha ha

Ayah Mahathir Pendatang Asing... Terimakasih Tunku!
Ustaz Saiful Bahri Mamat
Hari ini Umno-BN sentiasa mengungkitkan asal-usul pengundi cina dan India. Ini kerana dua kaum itu nampaknya tidak lagi cenderung untuk mengundi BN dalam PRU 13 nanti. Secara tidak langsung diharapkan majoriti melayu bersatu menyokong Umno. Tetapi pekung dan nanah kerja keji sepanjang lebih separuh abad Umno-BN di Negara ini sudah tidak mampu ditutup maupun dibendung lagi. Demi mengekalkan kuasa, Umno sanggup khianat kepada Negaranya sendiri.
Setelah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat pemberian IC dan kewarganegaraan di Sabah telah membocorkan pengkhianatan ini. Pengakuan Pengarah JPN Negeri Sabah yang mengeluarkan resit dan akhirnya layak mengundi untuk mengekalkan kuasa Umno-BN. Penglibatan pegawai JPN yang bekerja dirumah Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Megat Junid dan juga Aziz Syamsudin. Hari ini barulah Dr Mahathir mengaku melakukan kerja-kerja khianat itu. Selama ini sentiasa dinafikan. Sepatutnya ketiga penyamun Tarbus ini dihukum mati kerana mengkhianati Negara. Pegawai dan individu yang terlibat pernah menjalani hukuman ISA tetapi pemimpin yang mengarahkan bebas berkeliaran.
Nampaknya Mahathir sudah terkena doa bekas Presiden Pas yang mendoakan supaya Mahathir panjang umurnya untuk melihat kejatuhan Umno-BN. Inilah antara babak-babak terpecahnya kejahatan hasil tangan pemimpin Umno-BN. Nampaknya tipu-daya mereka kini makin membelit diri mereka sendiri. Untuk melepaskan dirinya beliau membangkitkan bahawa Tunku Abdul Rahman selaku bekas PM pertama dan bekas Presiden Umno juga memberikan 1 juta kewarganegaraan selepas merdeka termasuklah kepada Cina & India. Nampaknya Dasar Jus Soli yang menjadi syarat kemerdekaan British telah makan tuan. Tunku menerima syarat kemerdekaan iaitu menerima perlembagaan Lord Reid & Dasar Jus Soli. Inilah dahulunya ditentang kemerdekaan British yang terikat dengan syarat oleh pengasas Pas termasuk Dr Burhanuddin al-Helmi maupun beberapa pemimpin kiri lain. Umno & pemimpinnya ketika itu bersungguh-sungguh untuk menerima kemerdekaan dan menerima syarat Jus Soli yang kini dikutuk oleh Mahathir sendiri. Dendam beliau terhadap Tunku masih membara semacamana dendam beliau terhadap Abdullah Badawi. Tetapi bak meludah kelangit.. terpercik ke muka sendiri.

Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala. Ingat melayu aje mudah lupa tetapi mamak pun buat lupa juga. Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.

Apapun itu sudah menjadi sejarah. Hari ini masyarakat Malaysia dengan latar belakang berbilang kaum hidup untuk memajukan Negara ini. Tetapi amat malang apabila individu pemimpin demi kuasa dan pangkat serta kedudukan sanggup mengkhianati Negara dengan senang-senang memberi status kewarganegaraan.

Pemberian warganegara untuk kepentingan politik ini bukan hanya berlaku di Sabah bahkan di Terengganu dan juga Pahang sendiri. Bekas OCPD Slim River iaitu Tuan Haji Abdullah Omar yang mengaku terlibat mengurus kemasukan pendatang asing Burma yang diberi kewarganegaraan untuk mengundi di Seri Bandi Dun Kijal iaitu Dun Menteri Besar Terengganu sekarang. Kemenangan beliau adalah kerana undi orang Burma melebihi 3 ribu pengundi Burma. Begitu juga Najib Tun Razak di Pekan. Setelah menang tipis dan tipu daya akhirnya beribu pengundi Burma di bawa masuk ke Pekan untuk menjamin kemenangan parlimen PM. Hah! Yang ini bila nak buat RCI nya? Takkan untuk Sabah aje. Itu tak ambik kira sekarang ini pendaftaran pekerja asing untuk diberi IC biru bagi mengundi dalam PRU nanti melibatkan warga Indonesia, Bangla maupun Burma. Tentunya Hisyamuddin selaku Menteri Dalam Negeri sekarang mengetahuinya siapa pengkhianat mengikut undang-undang ini.

Sepatutnya mereka yang terlibat mengkhianati Negara ini dihukum mati sahaja. Tetapi kalau Umno-BN terus diberi kuasa nescaya para pengkhianat ini akan dikalung bunga sebagai hero Negara. Apapun keputusan itu berada ditangan Anda. Tepuk dada.. Ubahlah selera!

Akhirnya Mahathir juga akan mengkafankan Umno!

DR KHAIRUDDIN ABD MALIK
Negara akan menghadapi pilihanraya paling lewat menjelang pertengahan Jun 2013.Logik demokrasi negara-negara lain pilihanraya umum ke 13 sepatutnya telah berlaku jauh lebih awal. PRU 12 pada March 2008, UMNO/BN mendapat mandat pemerintahan melalui PM ketika itu, Dato Abdullah Badawi(Pak Lah).

Apabila Dato' Najib 'menyingkirkan' Pak Lah (melalui permainan politik kotor dalaman UMNO yang didalangi oleh Mahathir-Muhyiddin) dan kemudiannya menjadi PM, sepatutnya Najib perlu mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain. Kerajaan mahkamah Dr Zambry di Perak juga dibentuk tanpa mandat terus daripada rakyat. Ramai wakil-wakil rakyat lompat yang dulunya menang atas tiket parti tertentu dan telah menukar sokongan juga perlu diberikan kesempatan untuk mencari mandat baru daripada rakyat.Namun PRU 13 terpaksa dilewatkan dengan pelbagai alasan.

Apa alasannya? UMNO sebagai tunggak kekuatan BN sebenarnya sangat tidak demokratik dan sangat kuat mengamalkan 'demokrasi bomoh'.

Saya berkesempatan bertemu dengan seorang bergelar dato' yang pernah menjadi pimpinan UMNO dan kini mempunyai talian rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO.Beliau menceritakan khidmat bomoh tempatan dan Indonesia sangat-sangat laris menjelang PRU 13 ini.Diperingkat tertinggi mereka menemui bomoh untuk menelek peluang UMNO/BN mengekalkan kuasa dan mencari-cari tarikh sesuai PRU 13. Diperingkat lebih rendah, mereka melanggan bomoh untuk meminta bantuan agar terpilih menjadi calon PRU nanti.

Yang pasti lima bulan lagi PRU 13 pasti berlaku samada bomoh setuju atau tidak.Jadi kenapa PRU tetap dilewatkan sedangkan Najib dan Zambry sangat inginkan 'endorsement' bahawa mereka sebenarnya memang layak menerajui kerajaan yang ada.Inilah sebenarnya peranan doa mangsa-mangsa kezaliman UMNO/BN.Dimana sahaja, terlalu ramai yang menjadi mangsa kezaliman UMNO/BN.

Kezaliman peristiwa pembunuhan Memali, kezaliman pembunuhan warga Mongolia Altutuya, kezaliman merampas kerajaan PR Perak dengan rasuah dan culik wakil rakyat.Kezaliman merobohkan masjid dan surau, kezaliman merampas royalti minyak Kelantan, kezaliman merampas tanah dan kuburan penduduk Pengerang di Johor.

Kezaliman membiarkan kemiskinan melarat di Sabah,kezaliman ramai rakyat ditahan ISA, kezaliman rakyat yang mati semasa tahanan lokap polis dan lokap SPRM, kezaliman terhadap Dato' seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Jangan lupa kezaliman terhadap mahasiswa-mahasiswa universiti yang dibuang atau gantung daripada universiti atas alasan-alasan yang remeh.

Dengan segala kekuatan doa-doa mangsa kezaliman tersebut kini UMNO/BN seperti orang yang kena tangkap dalam serbuan sedang berkhalwat intim dibilik hotel.Bila para penguatkuasa serbu segala-galanya terdedah. Tutup atas bawah terdedah, tutup tengah dada terserlah..tetapi tetap tak mengaku salah.Kononnya dah nikah di Siam atau memang dah rancang nak kahwin!Segala buruk laku UMNO tidak mungkin dapat disorok lagi.

Kezaliman UMNO tiada tolok bandingnya.Lihat sahaja kes pembunuhan Altutuya. Tergamak mereka bunuh dan letupkan jasad seorang perempuan muda yang mengandung dan ada dua orang anak kecil.Untuk kes Royalti minyk Kelantan tergamak mereka ambil wang milik rakyat Kelantan melebehi 10 bilion dan gembira bersorak melihat kesesakan lalulintas dan banjir besar di Kelantan sambil menempelak Kerajaan PAS sebagai puncanya.

Kezaliman tak mungkin berterusan. Harganya mahal dan balasan terhadap kezaliman berterusan UMNO/BN sedang terpampang satu demi satu. Pendedahan demi pendedahan oleh pelbagai pihak tentang kerakusan dan salahguna kuasa Najib dan rakan-rakan assobiyahnya sangat mengejutkan.

Hari ini Deepak dan Musa Hassan. Besok ramai lagi. Saya difahamkan bekas pengarah beberapa agensi-agensi penting kerajaan akan tampil lagi.Mereka semua terganggu untuk terus bersubahat menyimpan rahsia kezaliman yang mereka pendam.

Tidur lena kah Najib, Rosmah, Mahathir, Musa Aman dan Taib Mahmud ?

Muhyidin pun tidak terkecuali kerana sikap baling batu sembunyi tangan beliau akhirnya akan makan tuan juga.

Nasihat saya bertaqwalah dan bergantung kepada takdir Allah, jangan sekali-kali percaya Mahathir mampu mencaturkan segala-galanya. Mahathir pernah mengharubirukan UMNO, tunggu sahaja episod terakhir Mahathir mengkafankan UMNO.Salam perjuangan...Selamatkan Malaysia.

MB Terengganu Kantoi? Mat Said gagal Tapisan SPRM?

Ustaz Saiful Bahri Mamat
SPRM mencadangkan antara senarai nama yang tidak layak dicalonkan dalam PRU 13 kerana tidak lulus dalam saringan dan tapisan SPRM yang bermasalah dengan undang-undang antaranya adalah seorang Menteri Besar, Seorang Ketua Menteri dan dua pemimpin utama parti yang bertaraf Menteri.

Persoalan kenapa SPRM tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka... kita semua tahu bahawa kekebalan mereka semasa mereka ditampuk kekuasaan. Apabila tiada kuasa maka jadilah macam Khir Toyo. Walaupun fail sudah ada atas meja tetapi demi maruah dan kuasa politik yang ada dan tidak mahu menjejaskan parti pemerintah maka fail itu dibekukan.

Tetapi kita sedia maklum bahawa dalam politik umno-BN ini sendiri sudah masyhur tentang politik dalaman mereka. Perbalahan dan perebutan kepimpinan dan kuasa sudah merupakan lumrah bahkan ianya tidak terubat lagi. Masing-masing sebenarnya tidak bersih dan ada salah laku masing-masing tetapi dahan manakah mereka berpaut? Sekarang ini dahan Najib maupun Mahathir mungkin akan naik tinggi.

Apatah lagi tarikh PRU semakin hampir. Bukan hanya ribut untuk merebut kuasa diperingat Majlis Tertinggi, Pemuda maupun Wanita, Negeri dan Ketua Bahagian bahkan kini siapakah bakal menjadi pilihan sebagai winnable candidate? Semua atas tangan Najib. Mana-mana yang tak sebulu... sekaranglah masanya untuk dicantas awal-awal. Mana-mana yang nak lekat... besar manakah cable yg sampai ke Najib akan diambil kira. Mereka terpaksa ikut membuntut punggung Najib & Rosmah sehingga ke Gaza & Palestine. Ibrahim Ali bukan sekadar menyalak saje bahkan mencium tangan Rosmah dalam satu majlis rasmi demi kerusi Pasir Mas!!! Boleh tak boleh itu belum tentu lagi.

Bagi Terengganu.. sejak Mat Said menunjukkan gedebe beliau merampas kuasa dari Derih Jusoh ianya amat menconteng arang ke muka Umno-BN. Umno Pusat terpaksa gigit jari dan terpaksa mengalah dengan kerenah Ahmad Said. Kejayaan Mat Said bersembunyi dan mengangkat sumpah menyebabkan BPR yang mencari beliau tidak boleh berbuat apa-apa. Meskipun fail rasuah dan penyelewengan sudah siap. Tetapi sebagai MB mereka terpaksa menahan diri dari mengambil tindakan.

Hari ini kuasa sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan kewangan yang dipegang oleh Mat Said sendiri menyebabkan seolah-olah Umno Pusat tidak boleh buat apa-apa. Bahkan boleh digertak dan diugut oleh Mat Said supaya mengekalkan beliau sebagai calon Kijal diperingkat Dun. Cubaan untuk mengalihkan beliau sebagai calon Parlimen nampaknya gagal. Bahkan jika kekal calon Mat said nescaya semua senarai calon-calon yang bersekongkol dengan beliau khususnya golongan lama dan veteran akan mendapat tempat. Tetapi jika sekiranya gugur nama Mat said daripada menjadi calon maka berguguranlah team Mat said dan tentera Idris Jusoh bakal membarisi calon-calon di Terengganu.


Penulis sendiri mendapat maklumat dari dalaman dan kepimpinan Umno sendiri bahawa cara yang terakhir yang akan dilakukan untuk menyekat Mat Said ini adalah dengan menimbulkan isu rasuah yang membabitkan beliau yang terbukti SPRM ada kes untuk menghalang beliau dicalonkan. Penulis sendiri tidak yakin dengan maklumat tersebut tetapi apabila hari ini pecah berita bahawa ada MB yang tidak lulus saringan SPRM... maka berita ini ada kebenarannya. Tersenyumlah Team derih nampaknya untuk membalas dendam terhadap Mat Said yang merupakan perancang strategi Umno Pusat. Sekarang kita bakal melihat bagaimana pula langkah tari dan silat Mat said pula.


Isu SPRM yang membelenggu Mat Said antaranya pernah diselongakr TV3 sendiri dikemuncak kemelut MB Terengganu pada 22 Mac 2008 dengan isu Projek Roler Coaster di kemaman pada tahun 1995, Projek pembinaan Dewan seri amar di kemaman pada tahun 2007, Projek mercu tanda Kemaman 2005 dan Projek menambun tanah Kijal. Itu belum cerita selepas belia memerintah yang banyak terdedah ketirisan dan kebocoran.

Kita tahu dalam Umno ni rasuah ibarat Kentut & Tahi aje dengan Umno. Tetapi inilah masanya. Inilah caranya untuk mencantas karier politik Mat Said. Apapun bagi penulis... takkan nak biar saje. Menda dalam tangan takkan nak serah saje. Kan Mat Said ni gedebe Umno-BN. Rasenya tak semudah itu untuk pereboh Mat Said. Kalau ada nasib sekali lagi jadi MB. Kalau tak pun boleh rase Ketua Pembangkang tapi tersalah buat... calon pun dok lekat.

untuk Ketua Menteri Sabah tu... Musa tu macam dah tak aman lagi dah...

Perebutan Kerusi Empuk MB Johor Sudah Bermula ?

Blog syed-othman.blogspot.com
Harapan peneroka kampung setinggan sekitar pasir gudang untuk mendapatkan hak milik tanah yang dijanjikan berpuluh tahun dulu hatta telah melalui masa hampir beberapa pilihanraya umum tetapi janji yang diungkap oleh pemimpin pujaan parti keramat melayu masih gagal ditunaikan.Yang sedih dan pilunya ada sebahagian yang menunggu sudahpun meninggal dunia gara-gara gagalnya janji dicapati.

Akhbar Sinar harian dalam beritanya hari ini melaporkan sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.
Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13,
Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,”

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.

“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian. Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

“Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

Kekecewaan yang digambarkan oleh pencacai kuat UMNO pasir gudang yang diwawacara akhbar sinar harian boleh diistilahkan dengan beberapa makna.Penulis amat arif dengan pael-pael dan tarbiat pencacai yang sudah berkurun mengunakan tipu helah yang sama bila hampirnya dengan PRU.

Masih subur dalam ingatan penulis semasa Pru12 yang lepas perkara seumpama ini pernah terjadi hingga beberapa pemimpin utama cawangan sanggup membubarkan cawangan mereka untuk menyokong PAS kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh kepimpinan bahagian dan akhirnya semua auta belaka.

Kenapa mereka bertindak sedemikian?Perkara paling besar ialah dana yakni wang ringgit,ahli umno serta penyokong tegarnya kalau tiada wang dijanjikan,kerja sudah tentu tidak akan dibuat.Mungkin wang yang dijanjikan tidak muncul dan satu lagi ada berbalahan sesama mereka.

Beberapa bulan lalu,sinar harian pernah melaporkan di muka depan Yb khalid Nordin ahli parlimen pasir gudang menuntut geran tanah yang dijanjikan oleh MB kepada penduduk setinggan.Tindakan Khalid ini kononnya menunjukkan simpati dan ikhlas berjuang untuk penduduk setinggan di pasir gudang yang merupakan pengundi teramai tetapi kenapa baru sekarang muncul membela nasib penduduk setinggan padahal masalah ini telah berkurun lamanya tiada jalan penyelesaian.Ini hanyalah sketsa lakon layar yang perlu dipersembahkan untuk di sajikan dikhalayak pengundi pasir gudang agar tidak tersepit ketika kempen PRU13 nanti.

Umum juga mengetahui Yb khalid Nordin adalah antara saingan calon untuk jawatan Mb baru.Jadi perebutan tahta kian sengit dan tindakan jelas salah satu faktornya untuk mengugat kedudukan Hj Ghani.

Penulis teringat satu majlis yang digembar-gemburkan oleh UMNO pasir gudang.Majlis penyampaian borang 5A yang diadakan di kampung sepakat kampung setinggan yang terletak ditengah bandar masai.Majlis penyampaian borang 5A yang disampaikan sendiri oleh khalid.Borang 5A itu hanyalah borang pemilikan sementara atas tanah kediaman tetapi bukan pemilikan kekal.Majlis yang dapat liputan media itu memaparkan sebilangan wargaemas yang ditemuramah menzahirkan kegembiraan mereka kepada kerajaan UMNO setelah menunggu sekian lama tanpa mengetahui apa sebenarnya mereka terima.

Hakikatnya mampukah Hj ghani menunaikan janji-janji yang telah ditaburkan kepada penduduk setinggan ini?Meminjam ayat-ayat ketua cawangan UMNO plentong...“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

Pengurniaan tanah itu bukan seluas sekangkang kera,ia melibatkan hampir 10 kampung tradisi setinggan dan melibatkan 10 ribu penduduk.Dalam jangka masa singkat untuk mendesak MB untuk mengurniakan tanah adalah satu perkara yang agak mustahil.Tapi hakikatnya isu bukan kerana janji dicapati tetapi ia adalah perebutan untuk duduk di kerusi empuk Menteri besar Johor.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Anwar tidak akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh ?

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan dirinya tidak akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pertemuannya bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian semalam, Anwar berkata kemungkinan besar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut yang sinonim dengannya sejak menceburi politik 30 tahun lalu.

“Insya-ALLAH, saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain,” katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Membayangkan hasrat itu, Anwar ketika ditanya sama ada beliau bakal bertanding di kerusi Lembah Pantai yang kini milik anaknya Nurul Izzah, Anwar dengan nada seloroh berkata, nanti Nurul Izzah marah.

“Kenapa pula Lembah Pantai? Tiada pula saya dimaklumkan,” katanya ketika ditanya hasrat Nurul Izzah yang memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar enggan menyatakan kerusi yang bakal dipertimbangkan itu.

Sebelum ini, Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar sejak 1982. Pada 1999, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan suaminya.

Dr Wan Azizah mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari Umno, Datuk Dr Ibrahim Saad yang hanya mendapat 14,743.

Lima tahun berikutnya Wan Azizah mempertahankan kerusi tersebut namun dengan majoriti yang kurang iaitu hanya 590. Beliau mendapat undi sebanyak 21,373 berbanding lawannya 21,147.

Pada 2008, beliau mengalahkan bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti yang tinggi iaitu sebanyak 13,388.

Wan Azizah mendapat 30,338 undi berbanding Pirdaus hanya mendapat 16,950.

Pada 2008, Wan Azizah bertindak melepaskan kerusi Permatang Pauh pada 2008. Melepaskan kerusi tersebut memberi laluan kepada, Anwar untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat (Akim).

Nurul Izzah ketika ditemui Sinar Harian Online di Ibu Pejabat PKR selepas wawancara bersama Anwar berkata, beliau akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai.

"Saya tanding di Lembah Pantai," kata beliau mengulangi pendirian sebelum ini.
-Sinar Harian-

Ustaz kazim, jangan auta pasal HUDUD

senik
Assalamualaikum,,..
Akhirnya penulis dapat juga mendengar ceramah auta Ustaz Kazim ketika dia mengulas mengenai penerimaan HUDUD antara UMNO dan PAS.Autanya menyerupai pencacai yang bercakap dengan auta bukan fakta.Ustaz Kazim, ke mana pergi seruan berdegar degar ketika bersama PAS dulu? Koleksi ceramahnya termasuk ceramah bersama UAI masih boleh didapati di youtube.Tak sama dengan ceramah yang auta ini!

Ustaz Kazim auta bila berkata sebab kenapa hudud tidak dapat dilaksanakan adalah sama antara UMNO dan PAS.Katanya bila ditanya Kelantan, Hudud masih diperingkat draf lagi, ini merupakan auta yang nyata dan tiada keraguan lagi mengenainya.Memang sah ini bahasa pencacai, kerana semua tahu malah Ustaz Kazim jauh lebih tahu bagaimana Mahathir yang menolak draf hudud Kelantan yang sudah siap sebelum hudud Terengganu dilulus dan ditandatangani oleh Sultannya.Ustaz Kazim juga memang tahu bahawa Mahathir ketika menolak hudud ini berkata, ianya bukan hudud Islam tetapi hudud PAS, sebab itu dia tolak.

Ustaz Kazim juga tahu, Najib sekali lagi menolak hudud Kelantan dan membuat kenyataan yang jelas bahawa hudud TIDAK AKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.

Ustaz Kazim perlu diperingatkan bahawa HUDUD bukan perkara main main seperti yang disebutnya, tetapi hudud adalah perintah ALLAH yang mesti dilaksanakan tanpa perlu ada tapi tapinya.Siapa yang memerintah mesti mengambil tanggungjawab ini sesuai dengan peranan ulilamri yang disebut oleh Quran.Ustaz Kazim juga perlu diperingatkan bahawa dalam kontek negara kita, kuasa pemerintahan yang dirujukkan itu adalah kuasa diperingkat persekutuan bukan negeri, jadi kalau Ustaz Kazim terus menerus cuba menunjukkan PAS hanya menjadikan hudud itu isu pilihanraya sama seperti lagu raya dengan menuding jari kepada kerajaan negeri, Ustaz Kazim hanya bercakap macam PENCACAI, menyembunyikan FAKTA tetapi MENYANYIKAN LAGU RAYA AUTA PENCACAI UMNO.

Ustaz Kazim juga tidak pernah menyebut bahawa undang undang hudud sudah ada di Terengganu tetapi masih tidak mahu dilaksanakan oleh kerajaan UMNO.Di mana Ustaz Kazim nak sembunyikan fakta ini kalau ustaz Kazim mahu mengatakan hudud dijadikan lagu raya oleh PAS?

Pertanyaan akhir penulis kepada Ustaz Kazim, di mana pengakuan ustaz ketika berceramah bersama UAI tentang tuduhan Ustaz masuk UMNO?"

Kronologi Pegawai HEP pukul pelajar Perak Mesir

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Pada 19 Januari lalu, para pelajar Perak di Mesir dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak di negara itu yang telah melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.
“Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci,” tulis Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013, Muhammad Hanif Abdullah di dalam blog http://kpipm64.blogspot.com.

Katanya, setelah gagal mendapat respons yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.

Menurutnya lagi, setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut.

Maklumat lanjut http://kpipm64.blogspot.com/ 

Dua menteri, satu MB, satu Ketua Menteri dinasihat tak tanding PRU13

OHAMMAD FAIRUZ JUMAIN DAN NORSHAHZURA MAT ZUKI
MUKA DEPAN
Muka depan Sinar Harian hari ini
SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

Minyak Pula Tersimpan Di Bawah Pasar Siti Khadijah?

Mohd Sayuti Omar
Kebergantugan negeri Kelantan kepada royalti petroleum untuk pembangunan Kelantan mungkin tidak akan wujud lagi sekiranya Kelantan didapati mempunyai rezeb minyak di daratan seperti mana yang dijelaskan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa hari ini.
Najib meninjau aktiviti peniagaan di pinggir pasar Khadijah.
Sudah parti nilai rezab di darat itu lebih senang untuk diuruskan daripada mengharap royaliti petroleum 5% yang terikat dengan perjanjian Petroleum 1975 yang sengaja telah disalah tafirkan oleh Petronas dan kerajaan Pusat bagi menafikan hak rakyat Kelantan.

Sekiranya apa yang dinyatakan Husam hari ini satu kebenaran ia merupakan satu lagi anugerah Allah kepada Kelantan yang tidak ada nilainya. Apakah ini juga termasuk dalam 'maunah' dan 'keramah' Tokguruku Nik Aziz sebagai pemimpin utama kerajaan Kelantan kini?

Sebelum ini Kelantan telah dianugerahkan Allah selain minyak, berbagai bahan mineral termasuk emas dan biji besi yang sedikit sebanyak kini menjana pendapatan kerajaan Kelantan.

Kemungkinan ada tersimpan rezeb minyak di bawah Pasar Siti Khadijah ini ini sudah dimaklumkan kepada mesyuarat Exco hari ini serta cadangan untuk membawa pakar mengenali pasti bahan berkenaan.

Adalah wajar untuk kerajaan Kelantan memastikan segera berhubung simpanan atau rezab minyak di daratan itu. Kerana sekiranya dalam kajian itu menunjukkan tanda-tanda kewujudan bahan itu, rakyat Kelantan tidak perlu bimbang dan cemas dengan peruntukan pembangunan ekonomi dan sosial di Kelantan untuk 20 atau 30 tahun akan datang.

Sudah pasti rezab itu akan dijadikan cagaran besar oleh kerajaan Kelatan untuk pembangunan masa depan Kelantan. Sudah pasti selepas ini Kelantan akan menjadi destinasi para pelombong minyak dari seluruh dunia. Mungkin juga Kota Bharu akan dikenali seagai Bandaraya Petroleum terunggul di rantau ini.

Seperti mana dijelaskan Husam kawasan yang dikatakan mempunyai simpanan atau rezab minyak itu di sekitar Pasar Siti Khadijah yang melibatkan keluasan 1km. Ini bermakna hampir 1/3 bandar Kota Bharu mempunyai rezab minyak.

Hendaknya cadangan untuk membawa pakar cari gali Petroleum itu dipercepatkan. Dalam pada itu saya difahamkan sebuah syarkat cari gali minyak yang bergabung dengan Pertamina di Indoensia telah menyatakan persetujuan untuk membuat penyelidikan berhubung perkara itu.

Katanya salah seorang jurutera syaikat berkenaan semasa lawatan tidak rasmi ke Kota Bharu pernah membayangkan dengan kata-kata negeri Kelantan adalah istimewaan kerana Allah membawa "emas hitam" (minyak) ke depan tanggan setiap orang dari penduduknya.

Sehubungan pengumuman Husam hari ini baru tertangkap kepada minda saya kenapa Anwar Ibrahim dan Najib Razak ketika berkunjung ke Kelantan kelmarin ikut sama menjejak kaki ke pasar Siti Khadijah dan beramah mesra dengan peniaga.

Apakah Najib telah menghidu simpanan minyak bawah tanah ini lebih awal. Tidak mustahil!

FIKIRKAN : Ada sesuatu yang tidak kena Najib di Gaza.

tokpepijat

Cuba anda perhatikan wajah dan gaya berpakaian PMNajib semasa lawatan ke Gaza.

Berbanding dengan lawatan PMNajib ke London, New York, Davos tentunya kita dapati ada perbezaan yang ketara.

Lihat cara berpakaian dan penampilan PMNajib semasa bertemu Ratu Elizabeth atau Obama.

Wajah Najib juga tidak begitu ceria. Barangkali dia terlalu fikirkan PRU 13 dan ancaman team Muhyiddin. Bertambah dengan rungutan Presiden Mahmud Abbas yang marah kerana tidak melawat Tebing Barat.

Jika di lihat pakaian PM Ismail Haniyeh, tidak menjadi hal. Ini kerana itulah pakaian beliau(tanpa tali leher) semasa acara rasmi, lawatan luar negara dan upacara rasmi.

Berbanding PMNajib. Mengapakah Najib tidak berpakaian seperti semasa berjumpa Obama atau program rasmi? Biasanya Najib akan memakai tali leher dan kot yang kemas.

Adakah bagi Najib ini sekadar program santai-santai sedang pihak Palestin menyediakan satu perbarisan hormat untuknya ?

Adakah pihak Wisma Putra menganggap ini satu lawatan seperti NGO kerana takutkan kemurkaan Amerika yang menganggp HAMAS sebagai pengganas?

Untuk politik dalaman pula, Najib gunakan lawatan ini untuk menunjukkan betapa UMNO amat prihatin dengan nasib Palestin berbanding PAS. Pada hal, tangan kanan Najib bersalam dengan Palestin manakala tangan kirinya menjual sawit kepada Zionis !

Atau adakah lawatan PMNajib ini untuk selesaikan satu "skandal " besar yang melibatkan orang besar Putera UMNO yang dikatakan cuba pikul guni lebihan derma Palestin?

PRU13: Pakatan bernasib malang di Kedah?

Ahmad Lutfi Othman 
Semasa banyak pihak bercakap tentang kemungkinan besar Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya dalam PRU13, seorang veteran politik yang berpengalaman luas sejak 50 tahun lalu mengingatkan saya agar tidak terlalu "overconfident".

"Tak takut ke Lutfi?" tanyanya. "Takut apa pula?" balas saya, memang tidak dapat memahami maksud sebenar pertanyaannya.

Sebelum itu kami bersembang panjang tentang peluang, potensi dan cabaran Pakatan, khususnya PAS, berdepan dengan bermacam-macam taktik jahat Umno-BN. Jelas dia risau dengan persiapan pembangkang; baginya, masih longgar.

Kebetulan, jalur pemikirannya agak selari dengan tema yang selalu saya bangkitkan dalam tulisan, agar aktivis Pakatan lebih berhati-hati dan tidak "syok sendiri. AJK PAS Pusat, Khalid Samad semasa wacana buku "Detik Utopia" juga menyebut kekhuatiran saya terhadap kesepaduan dan kemantapan Pakatan, terutama di peringkat atas.

"Saya risau bila melihat ada rakan-rakan kita yang nampaknya bersikap terlalu yakin menang," jawab veteran politik itu. "Bagi saya, lebih elok kita menjangkakan situasi terburuk, worst scenario, dan dari situ kita merancang strategi bagi mengatasinya," tambahnya. Saya perhati ada kerutan di dahinya, petanda beliau serius dengan pandangannya.

"Benar, saya bersetuju," pintas saya. Bukankah selama ini banyak catatan saya menekankan agar pemimpin Pakatan dan aktivis oposisi tidak memandang rendah keupayaan pemimpin Umno untuk meraih kembali sokongan, khususnya melalui manipulasi 3M (media, wang dan jentera kerajaan)?

Memang banyak kaji selidik dan tinjauan di lapangan turut mengesahkan bahawa populariti BN dan Perdana Menteri Najib Razak sendiri semakin merosot, namun langkah berhati-hati dan berwaspada, serta mengurangkan seminimum mungkin kesilapan dan kesalahan -- walaupun kecil -- tidak boleh dipandang ringan.

Ini termasuk persepsi masyarakat terhadap persefahaman di antara parti-parti dalam Pakatan. Keyakinan dan kepercayaan rakyat pelbagai kaum terhadap barisan pemimpin peneraju perubahan tidak boleh disangsikan dengan beberapa "pertikaian" berterusan yang mereka saksikan melalui media.

"Malah ramai di antara kita turut meremehkan kekuatan pengaruh Utusan Malaysia dan TV3," saya cuba memancing pandangannya memandangkan beliau pernah menerajui media di bawah kawalan Umno.

"Ya, saya suka dengan istilah 'meremehkan' itu. Bahaya memandang rendah keupayaan lawan. Walaupun minda masyarakat sudah berubah, lebih progresif, serta makin ramai kelas menengah dan mudah akses dengan maklumat, tetapi masih terdapat mereka yang senang dipengaruhi, termasuk dengan hujah-hujah rasis yang tak masuk akal," tambahnya.

"Ada rakan saya, mempunyai kelulusan tinggi, profesional yang berjaya, tapi mengakui kepada saya baru-baru ini, dia akan menyokong BN dalam PRU13.

"Sdr tahu apa puncanya? Dia marah kerana kerajaan Pakatan di Pulai Pinang menindas orang Melayu. Jelas, dia termakan dengan dakyah Utusan dan TV3. Dia tidak pernah pun turun melihat sendiri keadaan di sana, dan saya rasa mungkin ramai lagi bertanggapan sepertinya." katanya sambil menjelaskan pertarungan merebut undi Melayu begitu kritikal sekali.

Dapat dikesan dengan jelas daripada intonasi suaranya bahawa veteran politik ini benar-benar mahu mengingatkan seluruh pendokong Pakatan agar segera "perketatkan apa yang longgar" dan "perkemaskan apa yang berserabut" serta tidak membiarkan salah faham masyarakat menganggu keputusan mereka semasa hari mengundi nanti.

"Bayangkan, ketika kita nampak overconfident menang Putrajaya dan menguasai banyak negeri-negeri lain, termasuk Johor dan Negeri Sembilan, tiba-tiba kita boleh kalah di Kedah," tegasnya dengan wajah serius.

Beliau menyebut Kedah kerana mengetahui saya berasal dari negeri Jelapang Padi itu. Malah veteran politik ini sendiri pernah aktif lama dalam politik di Kedah. Saya agak terkejut bagaimana dia boleh membuat kesimpulan atau jangkaan seperti itu.

(Apa pun, menurut seorang teman, bekas pemimpin belia, yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno Kedah, isu-isu yang ditimbulkan untuk menjejaskan imej kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan Abd Razak, sengaja diperbesarkan dan mudah disanggah. "Semua isu itu dapat dijawab dengan baik, cuma saya kurang jelas dengan sikap politik masyarakat Cina, adakah mereka terpengaruh dengan beberapa kontroversi, saya dengar mereka kurang puas hati," katanya).

"Ingat, kita pernah menang hanya sepenggal di Terengganu. Saya malu jika rekod itu diulangi di Kedah, ramai kenalan lama saya dari 'sebelah sana' tunggu untuk bersorak saja," katanya sambil ketawa. Meskipun gelaknya besar dan kedengaran menyenangkan sekali, tetapi saya kira beliau hanya mahu menutup rasa bimbangnya.


"Saya mahu melihat PAS menjadi parti teras dalam Pakatan dan menang besar dalam PRU13," sambungnya. "Tapi janganlah terlalu ghairah mengejar undi Melayu hinggakan sokongan sedia ada daripada bukan Melayu terlepas pula. Asas sokongan tradisi PAS mesti diperteguh, tetapi penyokong baru jangan dibiar kecewa."

"Masalahnya," kata saya, "PAS sekarang berdepan Umno selaku parti tunjang dalam BN, yang menguasai segala sumber kekuatan. Tidak mudah tugas ini. Berbeda dengan DAP yang menghadapi komponen BN paling lemah."

"Sebab itu," pintasnya cepat, "persiapan PAS mesti juga luar biasa, termasuk mengemukakan calon-calon hebat dan berwibawa, bukan sahaja "winnable candidite" tapi selepas memang nanti mampu memberikan servis terbaik dan berketrampilan semasa berbahas dan berdebat dalam sidang Dun atau Parlimen."


Segera saya teringat cadangan seorang pembentang dalam program permukiman (retreat) Jabatan Pengarang Harakah Ahad lalu: "Selalunya kita buat post-mortem selepas pilihan raya, dengan mencari punca-punca kekalahan, tapi kaedah ini tidak banyak manfaatnya sebab selepas empat atau lima tahun, situasi sudah banyak berubah.

"Lebih praktikal jika letakkan posisi kita sekarang sebagai pihak yang bakal kalah dengan mengandaikan punca kekalahan dan berusaha mengelaknya atau mencari formula penyelesaian lain."

Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli, yang turut diundang, turut mengingatkan: "Nampak dari mood dan sambutan rakyat, kita seperti boleh menang tetapi saya bimbang jika kita boleh kalah disebabkan faktor-faktor teknikal. Oleh itu, saya cukup tertarik dengan inisiatif Bersih untuk merekrut puluhan ribu pemantau PRU13. Dalam waktu singkat, berupayakah kita menyediakan pemantau terlatih itu, dalam jumlah yang cukup besar?"