Pertembungan Uztaz Azhar Idrus dengan Mahathir di Putrajaya malam ini

Harakahdaily 
(Poster ceramah di Presint 19 malam ini)
PUTRAJAYA: Ke mana penduduk Putrajaya malam ini? Ke Presint 9 bersama Tun Dr Mahathir atau ke Presint 19 bersama Ustaz Azhar Idrus?

Inilah menjadi dilema penduduk Putrajaya hari ini berikutan kedua-dua program besar yang dianjurkan serentak itu.

Di Presint 9, Mahathir akan datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi.

Tindakan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai 'panggilan kecemasan' oleh War Room BN bagi menyelamatkan kerusi Putrajaya yang sedang karam.

Padahal sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah datang dan menegaskan calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa akan hilang wang deposit dalam pilihan raya kali ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, calon BN Putrajaya dengan bongkaknya berkata, Husam akan hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya ini.

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.

Di Presint 19 pula, Ustaz Azhar akan bersama dengan ustaz Nazmi Karim, Dr Kamaruzaman Yusof akan memberikan kuliah mereka.

Turut serta adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor, YM Raja Idris.

Kongsi coretan rasa seorang rakyat mengenai Tuan Guru Nik Aziz


Saya tak pernah tengok Tuan Guru Nik Aziz 'live', so bila tau dia turun Putrajaya hari ni, pergi susahkan diri beramai2 ke Masjid Besi. mula2 ingatkan oh TGNA bagi khutbah kot? pastu pikir balik, eh takkan la pulak. mane nak lepas kan.

so takpela, masa sampai tu dah penuh dengan orang, ada la nampak baju hijau probably one in 20 or 30 jemaah tu. ramai lah jugak. nampak jugak photographer chinese semua jenis ada duduk dekat dalam masjid. saya pun naik bhgn atas sebab sampai dah azan kedua.

sampai2 je, terus sunat tahiyyatul masjid, duduk dekat situ (boleh nampak jemaah kat bawah dgn mimbar etc), dok teropong teropong jugak mana TGNA ni. cari serban putih dia (sebab dia mesti pakai serban putih kan), dok langut langut, tak jumpa.

pastu dengar khatib baca khutbah, pasal kepimpinan and demokrasi etc, masa halfway khutbah 1st tu, tiba2 khatib jadi sebak bila sentuh bab perpaduan umat Islam, kesejahteraan rakyat dan negara.

anyway, bila dia start sebak, dia continue lagi tapi terberhenti sebab dia menangis sekejap (sambil cover2 la jugak), amik nafas, dia sambung semula. dia jadi sebak mungkin dia realize he was forced to read, or tak pun saya kira kira mungkin sebab dia terjeling TGNA kot, and probably te'rasa' dengan presence TGNA, and feel ada yg lebih layak berada kat tempat dia delivering the khutbah, I dunno really.
but since then, dia terus sambung khutbah 1st tu dengan keadaan sebak, dan bila dia recite ayat dari ali Imran,

"dan berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan jangan kamu berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah padamu ketika kamu dulu berpecah belah, lalu Allah satukan hati kamu, maka dgn nikmat itu kamu bersaudara, dan kamu dulu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu darinya, demikianlah Allah jelaskan ayat2 padamu, supaya kamu beroleh petunjuk."

terus panas basah pipi.

ada dengar esak sedikit dari tepi2 jugak. dan bila dia end khutbah 1st dia dengan 'fastaghfirullah, innallahaghafururrahim' khatib stress and ulang tiga kali 'fastaghfirullah' tu sebelum dia duduk.

selalu khatib area2 sini duduk skejap je, tapi dia duduk lama. taking his time nak recover, mungkin. dan seterusnya hingga lah ke habis solat where khatib baca ayat ali-imran tadi dgn syahdu dan disambung ayat 'umat pertengahan' pada rakaat kedua.

sampai lah ke habis solat sunat, saya dok tengok2 (bila luar solat la) mana la TGNA ni.

bila pakat dah habis solat sunat, baru nampak ramai berkerumun kat bhgn depan, and nampak flashes dari kamera. saya pi bahagian tepi sebab kat depan dah kerumun dah.

pastu saat dengar orang takbir, saya ternampak TGNA dari celah2 ramai2 manusia tu, kecik je tubuh, tapi influencenya mashaAllah superb.

saya struggle tukar tempat dari depan ke belakang (kat atas tu) tapi tak dapat nampak wajah TGNA.

masa semua dok ikut keluar iring sampai ke bawah naik kereta, saya pasang satu niat, yg kecik je, tak besar pun, saya nak jumpa dengan TGNA, nak peluk dia, dan bisik doa pada telinganya,

'semoga Allah kurniakan syurga buat TGNA dan keluarga'.

amin.

p/s: regardless of whatever political inclination you have, you cannot deny this man's influence kpd Malaysia and to Kelantan specifically.

p/s: boleh nangis kalau Anwar Ibrahim/TGNA bagi khutbah dekat putrajaya bila menang nanti. (kalau pakatan menanglah. huhu) terbayang hari 1st masuk putrajaya, betapa ramai rakyat yg turun putrajaya berhimpun. can't wait! :) tapi kalau in the end Najib stays (although I feel it's very unlikely now), xpelah kalau tu yg Allah takdirkan, terima je lah kan? Ma qaddarallah khair. Apa yg Allah takdirkan itu baik belaka.

via :Hisham Mahir

Kempen Busuk BN Pertahan Putrajaya

KUALA LUMPUR:Dato' Seri Najib Tun Razak bertindak melanggar prinsip demokrasi dengan menyalahgunakan dana, sumber dan harta awam bagi tujuan kempen Umno-BN.
Pengumuman sejumlah peruntukan untuk pelbagai projek dan sumbangan selepas pembubaran parlimen oleh Pengerusi BN itu sekaligus mencabul etika kuasa kerajaan sementara.

Malah, Najib gagal mematuhi Akujanji Pilihanraya yang ditandatanganinya sendiri dengan badan Transparency International sebelum ini.
Antara pengumuman yang tidak menghormati prinsip demokrasi itu ialah pelaksanaan tiga projek tama di Cyberjaya bernilai RM8 bilion pada 5 April lalu.

Tiga hari selepas itu Najib juga mengumumkan perluasan penerima kad diskaun ataupun 1Malaysia Privilege Card kepada 725,000 pesara kerajaan.

Pada 9 April pula, Najib mengumumkan cadangan pembinaan kompleks bernilai RM400 juta yang membabitkan syarikat dari China iaitu CSR Zhu Zhou Electric Locomotive Company di Perak.

Seterusnya, Najib menyempurnakan majlis pecah tanah dan melancarkan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk fasa pertama membabitkan pembinaan sebanyak 1,512 unit kediaman di Putrajaya pada 18 April lalu.

Setiap unit rumah yang berkeluasan 1,000 hingga 1,500 kaki persegi itu akan dijual dengan harga antara RM150,000 dan RM300,000.

Najib juga dilihat makin terdesak untuk meraih undi daripada kaum wanita apabila turut mempertimbangkan pemberian Skim Insurans Ibu Tunggal Berdaftar kepada ibu tunggal selain memperluas Kad Diskaun 1Malaysia (KD1M) kepada golongan itu.

Hanya selepas parlimen dibubarkan, Sekretariat Jalinan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) diumumkan pada 18 April lalu sebagai tempat bernaung hampir 900,000 ibu tunggal di seluruh negara.

Ya Allah.. Mengalir air mata saya - Ustaz Azhar Idrus

Facebook Ustaz Azhar Idrus
Ya Allah.. Mengalir air mata saya mencari gambar Tok Guru Nik Aziz di internet..

Macam mana tidak mengalir.. Yang saya baca, Nik Aziz bapa kafir di akhbar Malaysia, bapa syaitan, mata duitan, malah ada gambar Nik Aziz yang di edit dimasukkan duit-duit di serban beliau. berimamkan DAP. Nik Aziz sesat. ada mufti kata hati Nik Aziz terlampau hitam. Berharta 10 Juta. Banyak lagi.. Banyak sangat.. Tak terkata saya di sini...

Dia yang menghafal banyak hadith2.. Dia yang tiap-tiap paginya menjadi imam subuh dan memberi tazkirah.. Makan makanan rakyat biasa-biasa.. Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal. Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.

Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau. Dia seorang yang warak dan zuhud. Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil. Sehingga hujung nyawanya masih begitu, berusaha menegakkan Islam di bumi Kelantan. Tetapi dalam keadaan sakit, dalam keadaan sihat beliau terus dan terus.. Bagaimana anda boleh begitu berat sekali menjatuhkan fitnah kepadanya?

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). ( An-Nur : 19 )

Letakkan kami di jalan Mu yang lurus dan thabatkan kami di jalan Mu ya Allah s.w.t..

Putrajaya Sudah Ditakluk...

Mohd Sayuti Omar
Dalam tempoh 12 jam semalam dan malam tadi Putrajaya diserang dan ditakluki oleh Pakatan Rakyat apabila belasan ribuan rakyat bermukim di situ untuk mengikuti ceramah perdana Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekaligus menzahirkan sokongan dan simpati kepada calon Pakatan Rakyat, Husam Musa.
Tokguru mendoakan untuk Husam dan PR.
Ledakan orang ramai malam tadi adalah kesenimbungan keghairahan komuniti Putrajaya termasuk kakitangan kerajaan untuk bersolat Jumaat bersama Tokguru Nik Aziz di Masjid Sultan Mizan yang juga dikenali dengan nama masjid Besi belah tengah harinya.

Sebaran gambar dan video kehangatan sambutan kepada Tokguru di masjid itu di wall Fb telah menarik perhatian dan minat orang ramai untuk mengikuti ceramahnya di sebalah malam. Sejak awal-awal sebaik lepas Maghrib lagi orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke lokasi ceramah di Prinsit 3, di belakang kompleks bangunan mahkamah. Seluurh kawasan melimpah dengan orang ramai yang kebanyakannya kaum remaja.

Kebetulan semalam adalah hujung minggu, memberi masa dan ruang kepada warga kota untuk bersantai sambil mengikut aktiviti kempen pilihan raya. Menyaksikan belasan ribuan yang hadir ia menandakan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari sehari ke sehari. Malam ini seleberiti dakwah Azhar Idrus pula akan turun ke Putrajaya.

Boleh dikatakan separuh yang hadir malam tadi adalah anak-anak Kelantan yang berada di Lembah Kelang. Kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan memberi petunjuk, semangat anak Kelantan untuk membela negerinya menerusi PAS begitu tinggi sekali. Mereka hadir juga atas dasar semangat Kelantanis, untuk menyatakan sokongan dan mendorong calon PAS di Putrajaya Husam Musa agar tidak gugah berdepan dengan Teuku Adnan Teuku Mansor.

Suasana semalam memberi gambaran rakyat Kelantan yang berada di luar akan kembali mengundi di Kelantan. Keadaan ini sudah tentu lebih 80% dari 160,000 pengundi luar akan berpihak kepada PAS. Seharusnya Umno merasa cemas dengan apa yang berlaku semalam. Sambutan diberikan itu sudah dapat dibayangkan setiap mereka yang hadir semalam akan mengundi bulan.

Kandati Umno Kelantan kini dikata mendapat sokongan, tetapi kepulangan perantau dengan niat membela Kelantan akan meranapkan harapan Umno untuk memerintah. Sekali lagi fenomena tahun 1999 dan 2008 akan berulang. Seandainya fenomena ini benar-benar berulang besar kemungkinan Umno akan gagal untuk meraih satu kerusi dan enam kerusi Negeri dan dua parlimen yang dimiliki sekarang juga akan terlepas.

Apakah sejarah 1990 akan berulang?

Berikut dipaparkan beberapa keping gambar yang dirakam wakil saya, MEMS malam tadi;
Lautan manusia.
Berhimpit mendekati skrin untuk melihat wajah Tokguru.
Semua sudut sendak.
Laksana di Padang Arafah.
Putrajaya penuh sesak dengan kereta.
Hampir separuh yang hadir rakyat Kelantan.
Semua jalan penuh dengan kenderaan.

100 ahli Umno sambut TGNA di Putrajaya

http://wasukalu.blogspot.com
100 ahli umno sambut TGNA di Putrajaya dengan borang keahlian PAS
Seratus orang ahli umno menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz di majlis ceramah pilihanraya di Precint 3 Putrajaya malam tadi.

Peristiwa manis itu memberi gambaran lebih buruk kepada umno bn yang selama ini telah ditunjukkan jalan keluar dari Putrajaya melalui sambutan puluhan ribu pengundi di setiap ceramah Husam Musa di sana.

Husam 'the perfect stranger' berjaya menawan sekurang-kurangnya 70% warga Putrajaya yang terdiri daripada para penjawat awam.

Kehadiran TGNA sejak solat Jumaat semalam mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk. Ketika di Masjid Besi orang ramai mengerumuni TGNA yang belum pun selesai solat sunat selepas Jumaat.

Peristiwa itu menyebabkan ramai terpaksa melindungi TGNA yang masih bersolat agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selesai solat TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung.

saksikan video menarik hari ini

video - ceramah Husam dan TGNA di Putrajaya 26.4.2013

Selesai solat sunat, TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung.
DI bawah pula adalah suasana ceramah Pakatan Rakyat yang menampilkan TGNA bersama Husam Musa di Putrajaya malam tadi.
Majlis ceramah malam tadi diakhiri dengan doa yang dibaca oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Alhamdulillah. Ia bermula dengan baik, ia berakhir dengan baik. Subhanallah...Ampunilah dosa kami. Kurniakanlah kemenangan kepada kami

Gred 41 ke bawah tak perlu bayar cukai - Husam

Harakahdaily
PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa memberi jaminan bahawa kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Katanya, ianya sesuai dengan tuntutan agama Islam yang mengajar bahawa cukai hanya dikutip dari golongan kaya sahaja.

"Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja," katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.

Turut hadir malam tadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta calon PKR Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga kata Husam akan menurunkan cukai bandar di Putrajaya yang sekarang ini sangat membebankan masyarakat di sini.

"Di Putrajaya ini cukai bandarnya adalah paling tinggi di Malaysia. Orang-orang kaya datang mengadu minta turunkan, orang yang berpendapatan rendah pun minta diturunkan.

"Saya kata insya Allah kita akan turunkan cukai bandar di Putrajaya ini," kata beliau lagi.

Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan caj 4 peratus pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam.

Katanya perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu pada tahun 1990.

"Kalau Pakatan Rakyat menang memerintah Malaysia, dasar Tok Guru Nik Aziz di Kelantan akan kita gunakan di seluruh negara.

"Caj 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan, Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun" ujarnya.

Seperkara lagi yang turut ditawarkan Husam adalah penurunan harga sewa kedai di Putrajaya.

Katanya, ramai di kalangan peniaga di Putrajaya merungut ekoran harga sewa kedai yang terlalu mahal.

"Kita boleh turunkan harga sewa kedai ini kerana bangunan disini dibina oleh Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holding menggunakan wang negara wang Petronas.

"Kita hapuskan peranan orang tengah," katanya.
Puluhan ribu hadirin berdoa di Presint 3, malam tadi.

Husam menunggu di gerbang Putrajaya

Abd Shukur Harun
Putrajaya, adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, lambang kuasa kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia lebih setengah abad. Dengan itu Umno yang menjadi tulang belakang BN selama ini diasosiasikan dengan kekuasaan di Putrajaya.
Namun Putrajaya terlalu kecil jika dibandingkan dengan empayar Rom dan Parsi di zaman klasik yang berkuasa ratusan tahun lamanya. ia lebih kecil lagi Constantinople dibandingkan dengan empayar Rom di sebelah timur, iaitu empayar Byzantine/Constantinople Istanbul/Turki.

Dalam sejarahnya Empayar Byzantine/Constantinople dapat ditakluki dan dibebaskan oleh seorang pemuda, berumur 21 tahun – Sultan Muhamad atau bergelar Muhamad Al-Fateh, perwira muda yang luar biasa, anak Sultan Murad sekitar abad ke-15.

Saya mengingat semuanya ini ketika berdiri di depan Datuk Husam Musa, calon PAS/Pakatan Rakyat untuk parlimen Putrajaya. Lawannya, Tengku Adnan Tengku Mansor dari BN.

Husam adalah pemimpin politik heavyweight, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai ‘tokoh politik yang suka berdepan dengan cabaran besar’ sesuai dengan sifatnya yang sangat dinamik, lincah terbuka, suka membaca dan berstrategi.

Husam adalah produk dari kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, justeru selama puluhan tahun beliau bukan saja belajar mengenal tasawuur Islam seluas-luasnya, bahkan belajar kaedah kepimpinan Islam seperti yang diserlahkan oleh Mursyidul Am PAS itu.

Oleh itu melihat watak Husam yang luar biasa itu, Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, ‘melepaskannya’ bertanding di luar Kelantan – Parlimen Putrajaya, suatu langkah yang disafatkan oleh beberapa kalangan sebagai ‘berani dan berisiko tinggi’ - memandangkan kawasan Parlimen Putrajaya ini kononnya adalah sebagai ‘kubu kuat’ Umno/BN yang tidak akan terkalahkan, justeru di sana pusat pentadbiran kerajaan di mana ada persepsi umum mengatakan bahawa kakitangan kerajaan biasanya akan mengundi BN atas sebab-sebab yang diketahui umum.

Husam bercita-cita untuk membawa Tuan Guru Nik Abd Aziz menjadi imam solat Jumaat di Masjid Putrajaya kiranya Putrajaya dapat dikuasai Pakatan Rakyat selepas PRU ke-13 ini. Bagaimanapun pada pendapat saya, semangat perjuangan Tuan Guru sudahpun berada di lubuk hati penghuni Putrajaya.

Memang pelbagai tekanan dilakukan kepada penjawat awam di Putrajaya supaya tidak menghadiri ceramah dan program Husam yang lain, tetapi beliau mempunyai strategi sendiri menemui pengundi yang lebih 10,000 orang itu.

Setiap ada kesempatan, beliau dan petugasnya menemui pengundi Putrajaya di mana saja – di kantin, di kafetaria, pasar mini, hentian teksi dan bas, orang-orang perseorangan yang bersiar-siar di tepi tasik dan di mana saja.

Puluhan ribu orang telah menghadiri beberapa majlis ceramahnya bersama pemimpin Pakatan yang lain di Putrajaya minggu lalu dan ini sangat membimbangkan pihak lawannya. Bagi pemerhati politik, ini tanda pengundi di situ, dari golongan manapun, sudah mahukan perubahan.

Saya menemui Husam di pejabatnya di Putrajaya dalam keadaan cuaca dingin dengan hujan di luar berterusan.

Beliau kelihatan tenang saja, ceria dan yakin. Beliau mengatur strategi dengan formula mengetahui sedalam-dalamnya kekuatan dan kelemahan musuh, membaca suasana persekitaran, bila masa bertahan dan bila masa menyerang, di samping menyediakan secukupnya peralatan lojistik.

Semua langkah Husam ini mengingatkan saya mengenai teori dan strategi peperangan panglima perang termasyhur China Sun Tzu atau Sunzi di zaman klasik China, Dinasti Zhou. Mungkin juga Husam telah membaca buku Sun Tzu ini.

Baru-baru ini, Husam melahirkan rasa kecewa berhubung peristiwa di mana ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam supaya berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Husam bercita-cita, jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara, beliau akan mengesyorkan supaya dibina satu sekolah Maahad Tahfiz Sains di Putrajaya seperti di Kelantan yang telah berjaya melahirkan tenaga profesional dan pada masa yang sama hafiz al-Quran. Dengan kata lain, golongan profesional dapat menguasai Al-Quran.

Husam juga turut menyatakan harapannya jika Pakatan Rakyat berkuasa nanti, untuk mengatasi masalah perumahan di Putrajaya termasuklah masalah harga rumah yang tinggi, bilangan rumah yang tidak cukup dan keluasan rumah yang tidak selesa yang sangat mendesak kepada masyarakat di sini.

Saya yakin, tokoh pemimpin seperti Husam ini juga bercita-cita untuk menjadikan Putrajaya ini sebuah kota pentadbiran yang benar-benar menjunjung amanah rakyat dan menjadi kota ilmu yang menyinarkan cahayanya ke mana-mana.

Memanglah harapan kepada Husam sangat tinggi dan jika Pakatan Rakyat berkuasa, saya kira, Husam antara orangnya, yang mampu membawa perubahan di Putrajaya ini.

Akhirnya, saya menyimpulkan, jika Allah s.w.t. menghendakinya, kemenangan Pakatan Rakyat akan tercapai dan Putrajaya akan dapat dibebaskan seperti Muhamad Al-Fateh membebaskan Constantinople, walaupun Husam tidaklah semuda Muhamad Al-Fateh.

Kini Husam menunggu di gerbang Putrajaya.

Semangat 1990 seperti berulang di Kelantan

Yusri Amin & Salmah Mat Husain
Suasana pada satu majlis ceramah di Jeli.
KOTA BHARU: Biar pun sesetengah tempat di bandar Kota Bharu tenggelam dengan poster dacing, namun lonjakkan semangat 1990 dilihat seperti berulang semula di Kelantan.

Kehadiran orang ramai pada setiap ceramah yang diadakan di seluruh Kelantan begitu mengujakan sekali. Malah ceramah di kawasan kubu Umno iaitu Jeli dan Gua Musang juga memberi petunjuk luar biasa.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasar kepada perkembangan sekarang, situasi yang berlaku pada 1990 seperti mahu berulang kembali.

“Ketika itu rakyat Kelantan mencatat satu sejarah dalam politik negara yang tidak pernah dipecah rekod di negeri-negeri lain.

“PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai Berjasa, HAMIM dan Semangat 46 memberi pukulan hebat kepada Umno-BN di Kelantan di mana tiada satu pun dimenangi mereka ketika itu,” katanya pada ceramah di UPU Telipot, Dun Bunut Payong malam tadi.

Beliau yang juga calon parlimen Kota Bharu berkata, pada pilihan raya umum kali ini rakyat Malaysia di seluruh negara juga memperlihatkan semangat yang luar biasa.

Menurutnya di Segamat, Johor semalam dilaporkan tidak kurang 25,000 datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat.

“Di Gelang Patah yang mana Lim Kit Siang berdepan Datuk Ghani Othman lebih 30,000 orang keluar memberikan sokongan kepada calon Pakatan,” ujarnya.

Kata beliau situasi serupa juga berlaku di Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan boleh dikatakan di seluruh negara. Kita yakin sejarah politik Malaysia akan tercipta lagi.

Hadir sama calon PAS Dun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Presiden Kekal, Zulkapli Yaacob.

Sementara itu dalam perkembangan lain Takiyuddin yang anggota Exco kerajaan negeri menolak dakwaan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Salleh yang mendakwa kerajaan negeri hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan 1Malaysia di Wakaf Mek Zainab.

Sebelum ini Fatmi yang juga calon BN di Kota Bharu mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan berkenaan.

“Sehingga ke hari ini belum ada apa-apa permohonan daripada pihak berkenaan diajukan kepada MPKB BRI. Jadi bagaimana beliau boleh dakwa hanya 300 unit yang dilulus,” katanya.

Projek perumahan itu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru raja Udang, Wakaf Mek Zainab pada Mac lalu.
Takiyuddin juga berkata, sejak 1990 sehingga sekarang kerajaan pusat langsung tidak membantu Kelantan membina projek awam kos rendah sebagaimana diberi kepada negeri-negeri lain.

TV Thailand siar apa yang tak gamak TV3 siarkan!!

http://www.ekeleh.com,
TVThai
Berita ini tentu tak gamak disiarkan oleh TV3 dan RTM, namun TV Thailand boleh menyiarkan untuk santapan berita dan pengetahuan rakyat Thailand. TV3 dan RTM hanya pandai membekukan otak rakyat Malaysia dan meremehkan rakyat seolah-olah rakyat tidak mendapat sumber berita lain.
Semalam kajian Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mengumunkan kajian mereka yang 43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak [Rujuk]. Berdasarkan kajian ini TV Thai menyiarkannya.

Tujuannya juga adalah untuk santapan berita rakyat utara Semenanjung – Kedah, Kelantan, Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka juga mendapat siaran TV Siam.

Selepas pilihanraya, TV3 dan RTM akan berebut-rebut untuk mendapatkan berita kemenangan PR, Insyaallah…ini kalilah.

Saksikan video laungan takbir kerana kehadiran TG Nik Aziz di Masjid Putrajaya


Harakahdaily
(TG Nik Aziz solat Jumaat di Masjid Besi hari ini)
PUTRAJAYA: Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya bergema dengan teriakan takbir 'Allahuakbar' apabila jamaah solat Jumaat masjid itu merlihat Tuan Guru Datuk Nik Aziz di sana.

Kehadiran Tg Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu disedari apabila beliau keluar dari masjid selepas selesai solat Jumaat.

TG Nik Aziz yang menunaikan solat di situ hari ini selepas tiba pagi tadi untuk menyertai kempen menuju Putrajaya sepanjang hari ini.

Sepanjang berada di Ibu Negara, Menteri Besar Kelantan itu mempunyai jadual yang padat hari ini.

Petang ini, beliau dijangka ke Lembah Pantai bagi memberikan sokongan moral kepada Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar.

Malam ini pula beliau akan berceramah membantu calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa di Presint 3 iaitu di belakang komplek Mahkamah Persekutuan.

Dalam pilihan raya kali ini, TG Nik Aziz mempertahankan kerusinya di Chempaka, Pengkalan Chepa.

Patutlah Umno makin bengang dengan Ustaz Azhar Idrus

http://www.ekeleh.com 
Cina_PAS
INI KALILAH. Panduan Ustaz Azhar Idrus tentang apa yang perlu dibuat semasa pengundian. Undi untuk meruntuh kezaliman yang sedang berlaku. Sensitif dengan apa yang berlaku walaupun tidak terkena batang hidung sendiri. Sedih dengan kezaliman di sekeliling kita.
Ustaz Azhar juga berkata tak salah kerjasama dengan bukan Islam untuk menyelamat negara ini. Bantuan daripada bukan Islam amat diperlukan di saat negara kita sedang ‘terbakar’.
Saksikan…lawak, lawak juga, kena ambil perhatianlah!!

Demi maruah bendera

DUKUNPASIR
Mulanya penulis tak perasan ,tapi apabila dah selalu terserempak.......barulah perasan kegiatan setiap petang dan tengah malam seorang anak muda ini........

Setiap petang semasa penulis minum bersama teman, anak muda ini akan lalu......

Setiap malam pula apabila penulis pulang kerumah dalam pukul 2 atau 3 pagi........akan terserempak dengan pemuda ini.......

Akibat terharu dengan usaha pemuda ini,penulis memberanikan diri untuk berkenal dengannya......

" Saya buat ikhlas bang..." Katanya membuatkan penulis tersenyum.

" Tak takut ke meronda seorang diri ni..."

" Allah sentiasa ada bang...Insha Allah"

" Tapi kena hati hati...takut disalahtafsir pula ..." Kata penulis sambil melihat raga motornya yang ada tali, pita pelekat dan player yang digunakan oleh beliau untuk membetulkan bendera bendera yang rosak disebabkan oleh angin dan disebabkan oleh "MANUSIA BERANGIN".

" Tahu bang...dulu ada juga saya betulkan bendera mereka...tapi MEREKA TUDUH saya nak rosakkan bendera mereka...nasib baik ada orang kita lalu...kalau tidak teruk saya kena pukul bang.."

"Iyelah!! Hati hati ,tak semua orang boleh baca NIAT IKHLAS KITA..." Pesan penulis sambil hulurkan RM10 untuk duit minyak dan upah beliau.......walaupun dia menolak...tapi penulis tetap tolak duit tersebut kedalam kocek bajunya......kerana pada penulis.....

DEMI MARUAH SEBUAH BENDERA.......

Ramai Bangla dikesan di Klia - Lihat kaitan mereka dengan berita-berita tahun lalu

Blog Gendang Perang

Bangla sudah mari. Dikesan di KLIA. Siapa boleh jelaskan bangla bangla ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai?

Kemungkinan untuk mereka ini menjadi penghuni hantu adalah tinggi. Sewa khas terhadap kapalterbang MAS seperti dalam gambar dibawah amat meragukan. Kilang apa yang perlukan begitu ramai pekerja?

Ini adalah berita tahaun lalu yang gua fikir ada kaitan dengan kehadiran bangla di KLIA

Oleh Jahabar Sadiq

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Satu delegasi Malaysia akan melawat Dhaka esok untuk membincangkan membawa kembali rakyat Bangladesh untuk bekerja di pelbagai industri, terutamanya sektor perladangan kelapa sawit yang menghadapi kekurangan pekerja dengan cabaran persaingan dari Indonesia yang boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara, kata pegawai-pegawai.

Putrajaya menghentikan kemasukan tenaga kerja Bangladesh hampir lima tahun lalu, akan tetapi, sekarang terdesak memerlukan pekerja asing, termasuk 40,000 hanya untuk sektor perladangan kelapa sawit untuk menuai tandan buah sawit dalam usaha untuk mencapai sasaran pengeluaran 19.3 juta tan minyak tahun ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S. Subramaniam akan mengetuai delegasi Malaysia untuk mengadakan perbincangan esok di Dhaka dengan membawa bersama majikan dan pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri bagi membincangkan pembukaan semula pasaran buruh kepada pekerja Bangladesh.

Ketua Pengarah Biro Pekerjaan,Tenaga Manusia dan Latihan Bangladesh Shamsun Nahar memberitahu bdnews24.com minggu lalu bahawa delegasi Malaysia mahu melihat prosedur pengambilan sebelum membuat keputusan muktamad dan menandatangani satu perjanjian untuk pekerja. Malaysia kini merekrut tenaga kerja dari 13 buah negara.

Pegawai Bangladesh berharap untuk menghantar 500,000 pekerja ke Malaysia selepas perjanjian itu ditandatangani. TMI

Selain itu pengakuan PM Bangladesh ini juga perlu diambil kira..sini

Bas untuk mengangkut peserta sukan Koman wei ... wakaka

Kredit gambar kepada KingJason

adios

Sumber: wasukalu.com

Kantoi...lepas naik bendera BN, turun bendera PAS

Omak Kau!!!
Seorang petugas pasang bendera BN yang memakai Baju T BN sedang membawa lari bendera-bendera PAS setelah diturunkan selepas memasang bendera BN di Johor Bahru telah berjaya dirakamkan.

Haprak punya petugas UMNO!!!!!!!!!!... Sudah pasti menerima arahan dari pihak tertentu untuk melakukan kerja yang langsung tidak bertamadun ini..Ini dinamakan politik primitif zaman purba. politik guna otot bukan otak.
HELO BRO!!! NAK BAWA MANA PERGI BENDERA-BENDERA PAS TU!!!!!!

INGAT!!!!.. Kamu turunkan bendera PAS nanti rakyat balas dengan turunkan UMNO pada PRU ini.

Itu janji ikrar keramat rakyat.

Dr Maza nafi sokong calon BN Permatang Pauh

Omak Kau
Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ MAZA dengan secara tegasnya menafikan kononnya beliau menyokong calon UMNO/BN Parlimen P44 Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail.

Ia ekoran dari beberapa media yang cuba buat spin kehadiran calon BN itu kerumahnya dan dilihat cuba terus buat satu sidang media demi bantuan politik (political milage).

Kebangkitan rakyat Johor menggila2

Facebook Jebat Ibrahim
Kebangkitan rakyat Johor semangkin mengila2 dan dah tak sabar2 untuk menghukum regim kuno UMNO-BN ; ceramah DSAI di Senggarang , Batu Pahat dihadiri hampir 10K sementara di Segamat hampir 30K sedang menunggu DSAI ...Ini kali lah!!!

Tawan Nusajaya !!
Tawan Putrajaya !!
Undilah Pakatan Rakyat...Suara Rakyat Suara Keramat !!!!
Sambutan luarbiasa lebih 30 ribu rakyat Johor di ceramah kempen PRU13 di Kg. Abdullah, Batu Pahat.

Bekas Naib Canselor, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail pula sertai PAS

KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh masyarakat mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS hari ini sebagai penyataan sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.
Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail, berkata lonjakan ini akan memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera untuk tampil berani bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat.
(Datuk Ismail menyerahkan borang kepada Datuk Mustafa hari ini)
"Bukan sahaja bekas tentera, malah anggota tentera yang masih berkhidmat pun perlu bersama-sama berani membuat perubahan. Sehubungan itu, saya menyeru yang lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah Datuk Ismail ini," kata beliau kepada wartawan.

Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan.

"Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau.

Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.

Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.
Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.

Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia.

Beliau juga sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010).

Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award.

Beliau pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012).

Mempunyai seorang isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954. Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak.

Penyertaannya ke dalam PAS hari ini melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik dan mendapat sokongan dari teknokrat negara.

Antara Kadir Sheikh Fadzir dan Juanda Jaya

Penarik Beca
Ramai orang tahu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berminat nak lawan Umno di kerusi parlimen Baling. Dia hendak bertanding pinjam lambang mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat (PR).
Malang bagi Abdul Kadir, “holier than thou” dalam PAS sah-sah la tak gamak nak tawarkan lambang parti depa kat Abdul Kadir. Maklumlah.
PKR pun tak tawarkan. Apa hak PKR nak tawarkan, kerusi Parlimen Baling panggu PAS.

Bila akhirnya dia tak dapat apa yang dia idamkan, ramai yang jangkakan Abdul Kadir akan merajuk, marah dan masuk Umno balik — atau kurang-kurang pun buat hal untuk susahkan PR. aku pun dok rasa lagu tu jugak.

Setakat saya tulis ni, dia tak buat hal lagi. Perlu diingatkan, Abdul Kadir bukan ulama. Dan, macam-macam hal dia orang kincah.

PAS diketahui umum telah memujuk Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjadi calonnya di Kangar. Sumber-sumber memberitahu, dia keberatan. Kononnya, kerana dia tak gemarkan “ulama-ulama Melayu” dalam PAS dan Umno.

Khabarnya, dia lebih berminat bertanding di Kangar sebagai calon PKR. Bila dia tak nak bertanding sebagai calon PAS, parti itu akhirnya meletakkan Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Perlis, Baharuddin Ahmad, bertanding di situ.

Menambahkan parah, bila nama-nama calon PKR diumumkan, tak ada pun nama Juanda bertanding di mana-mana. Hari ini, akhbar yang aku tak sanggah bila dituduh lidah syaitan melaporkan berita bertajuk “PRU-13: Dr Juanda undi BN kerana konsisten tegakkan Islam”. Lihat juga laporan NST “Perlis mufti Dr Juanda says will vote for BN”.

Dari cerita Abdul Kadir yang bukan ulama dan Dr Juanda yang bergelar ulama, banyaklah kesimpulan boleh buat dan buatlah kesimpulan sendiri.

Sambil itu, kalau ada masa, harap baca berita The Star hari ni bertajuk “Hadi urged to reveal PKR candidate alleged to be drug peddler”, “Ini kisah pil kuda cap Hadi” dan “Hoi bakaq, perasan “holier than thou” bukan dari ajaran Islam”.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis

Dr Mohamnad Agus yakin Pakatan menang PRU13

Ahmad Lutfi Othman
Petang Isnin lalu, selepas beberapa kali temujanji dengan penganalisis politik, Dr Mohamnad Agus Yusoff tertangguh, dalam curahan hujan lebat saya gagahi juga ke rumahnya, di Bandar Baru Bangi. Saya ditemani pengendali kolum sastera-budaya Harakah, Ali Bukhari Amir.

Tentulah topik utama tertumpu kepada perkembangan mutakhir kempen PRU13. Semasa seronok bersembang, Dr Agus menjawab panggilan telefon. Dari nada dan butir percakapannya, pensyarah kanan sains politik UKM ini seperti berbicara dengan wartawan.

"Banyak pertanyaan saya terima mengenai ramainya calon Bebas kali ini," katanya mengesahkan andaian saya panggilan itu daripada wartawan yang memburu berita. "Bagi saya, ia biasa saja. Yang hendak saya tekankan, kali ini rakyat tidak mahu bazirkan undi mereka, terutama kepada calon-calon Bebas."

"Ya, saya suka istilah itu, tidak berlaku lagi pembaziran undi walaupun ramai juga nama-nama besar yang bertanding sebagai calon Bebas," pintas saya.

PRU13, kata Dr Agus, adalah peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan, dan ia bukan lagi persoalan mengenai calon-calon. "Maknanya, kali ini pengundi lebih mementingkan parti berbanding personaliti calon?" tanya saya. "Ya."

"Pilihan raya kali ini di antara dua parti besar, kedua-duanya, BN dan Pakatan, mempunyai potensi dan sumber yang tidak jauh berbeda, dengan aras padang permainan hampir sama rata," tambah Dr Agus. "Dan saya dapat rasa wujud kesedaran besar yang agak menyeluruh bagi mengubah kerajaan di peringkat persekutuan."

Ditanya pandangan profesor politik tertentu yang meramalkan BN mampu menang besar, termasuk memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen, Dr Agus segera membidas: "Usah berselindung di sebalik kedudukan sebagai ahli akademik, isytihar saja sebagai jurucakap parti, 'kan senang."

Beliau menyifatkan ada di kalangan mereka seperti ayam daging yang sudah dibiasakan dengan dedak. "Ayam ini, jika terlepas dari kurungan, tidak akan melarikan diri kerana ia menunggu dedak seterusnya walaupun tahu akan disembelih akhirnya," ujarnya.

Saya sejak lama menghormati pandangan Dr Agus dan seringkali merujuk kepadanya terutama sebagai panduan untuk menulis komentar politik. Ada kelainan dalam ulasannya, tentunya disebabkan setiap analisisnya tidak dibuat sembrono, malah lebih penting, boleh dipertanggungjawabkan.

Saya perhatikan, walaupun beliau menyedari Pakatan Rakyat juga mempunyai kelemahan -- termasuk dalam pemilihan calon di negeri tertentu -- tetapi peluang mesti diberikan agar kepemimpinan negara dapat "disegarkan" dengan idea-idea dan dasar-dasar baru, yang akhirnya membawa keuntungan dan manfaat buat rakyat.

Agak kerap Dr Agus menegur laporan pemberitaan Harakah. Selain mahu melihat Harakah lebih berwibawa dan dipercayai pembaca, beliau prihatin dengan kesilapan-kesilapan kecil seperti ejaan dan tanda baca.

"Saya mahu Harakah selami masalah dan penderitaan rakyat, dekati golongan terpinggir yang tertekan dengan kenaikan kos hidup. Kita mahu formula penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap begitu banyak problem besar negara, bukannya ditangani melalui bantuan one-off," katanya sambil merujuk bermacam-macam insentif yang dihamburkan Najib. "Risda pun nak bagi bantuan."

Sebelum saya pulang, saya tanyakan sekali lagi 'soalan cepumas': "Dr yakin Pakatan boleh menang dan menguasai Putrajaya kali ini?" Segera beliau menjawab: "Ya."

III. Mat Taib: "Umno bukan tiada jasa tapi sudah jadi OKU"

Penyertaan bekas Menteri Selangor, Muhammad Muhd Taib diharap dapat melonjakkan pengaruh PAS, terutama di kalangan orang Melayu di negeri termaju itu. Saya lebih tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno ini yang kelihatan selesa menyandarkan hujahnya kepada tuntutan agama.

Muhammad ternyata bersikap terbuka, tenang dan mengambil pendekatan sederhana. Beliau sengaja memilih masa selepas hari penamaan calon bagi mengelak tohmahan mengejar jawatan, atau lebih tepat menjadi calon PRU13.

Apabila desas-desus tersebar seorang bekas menteri besar Umno akan menyertai PAS, Dr Haron Din menghubungi saya mengesahkan tokoh itu ialah Muhammad. Mungkin hubungan rapatnya dengan Dr Haron Din turut memudahkan beliau membuat keputusan bijak.

Meneliti responsnya terhadap soalan media, saya kira Muhammad tidak mahu sengaja mencipta pertembungan dengan Umno.

“Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya,” kata Muhammad. “Mereka dah jadi kurang upaya."

Sebuah akhbar memetik kenyataannya: Saya tidak mahu serang Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya fikir Pas perlu diberi peluang. Bagi dia peluang."

Ya, satu lagi kunci kata yang saya minat, "bagi PAS peluang."