Kisah muntah BIRU di DUN Kijal, DUN Mat Said.

senik

Assalamualaikum,, Alkisah diceritakan oleh petugas PAS di peti undi Sri Bandi, di DUN Kijal. Ketika hari mengundi wanita wanita UMNO yang bertugas melaungkan muntah BIRUlah hari ini lalu dijawab oleh Muslimah PAS, dok muntah BIRU bakpanya, wat masuk hantu! Inilah gambaran mengenai sikap wanita UMNO warga Malaysia yang sah bersubahat dengan Mat Said membawa ribuan warga asing yang sepatutnya tiada hak mengundi. Barangkali kalau Mat Said mahu jual Malaysiapun dia orang sokong, patutlah dibawa dengan lori macam lembu! Mungkin ada orang kata PAS dok rok cetong kerana gagal menahan warga asing mengundi tetapi hakikatnya bukan kerja PAS untuk menghalau hantu.

Sepatutnya sebagai warga yang bertanggungjawab dan sayangkan negara, UMNO tidak sepatutnya membawa masuk warga asing yang tidak berhak. Tetapi oleh kerana UMNO dah buat kerja itu, maka semcam menjadi tugas PAS untuk menghalang walaupun undang undang yang dibuat UMNO tidak mengizinkannya. Untuk rekod pada tahun 2008 ada petugas PAS DUN Kijal ditangkap polis dan dimasukan dalam lokap di malam hari mengundi kerana menahan hantu yang masuk ke DUNnya.

Ini menjadikan kerja petugas PAS semakin sukar dan di kawasan seperti Sri Bandi di mana sukarelawan PAS kebanyakannya terdiri dari Muslimah, apa yang dapat mereka lakukan? Di sinilah lubuk Mat Said untuk menang sejak PRU 11 lagi. Kali ini Mat Said benar benar muntah BIRU apabila memperolehi majoriti 4k lebih. Malah Mat Said diberitakan berkampung di sana sepanjang hari mengundi untuk memastikan semua hantunya dapat mengundi, hantu hantu yang cuma tahu cakap BN sahaja kepada semua soalan yang diajukan kepada mereka. Bijak Mat Said menjadi MB kerana hantu belaannya.

Cerita di atas bukan cerita dongeng tapi cerita benar yang dceritakan sendiri oleh petugas PAS di peti undi tersebut. Wanita UMNO yang sudah dilembukan hilang harga diri dan rasa sayang kepada negara semata mata untuk melihat Mat Said menang dan terus jadi MB walaupun MB hantu. Muntah BIRU jadi kenyataan dan Mat Said terus mengkianati pilihan pengundi Kijal yang pernah menolak dia pada tahun 1999 ketika daftar undi masih bersih.

Tolak jawatan kabinet cetus perbalahan besar dalam MCA?

Lee Way Loon
NONE
ANALISIS Walaupun ketiadaan wakil MCA dalam kabinet baru sudahpun dijangka, tetapi pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu, boleh menjadi permulaan tercetusnya kemelut baru dalam MCA.

Parti komponen BN yang berasaskan kaum Cina itu bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, tetapi hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN.

Ekoran kekalahan teruk itu, MCA mengumumkan ia akan berpegang kepada keputusannya untuk tidak menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan, selaras dengan resolusi parti itu dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 2011 dan 2012.

NONEBagaimanapun, ramai percaya bahawa MCA akan kembali menyertai kabinet jika Datuk Seri Chua Soi Lek (kanan dalam gambar) disingkirkan oleh pesaingnya, yang meletakkan punca kekalahan parti itu serta resolusi AGM tersebut di bahu presiden MCA itu.

Malah Najib sudah menjangka perkara itu dengan 'menyimpan' jawatan menteri pengangkutan untuk MCA. Buat masa ini jawatan itu dipangku Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehingga MCA menyelesaikan isu tersebut.

Ini dilihat sebagai tanda-tanda yang menunjukkan bahawa MCA akan mengubah resolusi AGM itu.

MCA akan mengadakan pemilihan parti akhir tahun ini. Dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Ong Ka Chuan menang dalam PRU13, maka ketiga-tiga Ahli Parlimen boleh bergabung untuk mencabar kedudukan Chua.

llg chinese forum 110511 phoon wing keong
Dalam temu bual dengan , ahli sains politik Phoon Wing Keong  berkata, jika Chua tetap bertegas supaya pemimpin parti itu menolak jawatan kerajaan, ia akan meningkatkan kemelut dalam parti itu.


"Saya percaya ahli Parlimen MCA yang lain tidak akan menerima ini. Jika Chua tetap bertegas, maka agenda utama bagi pemilihan parti itu ialah sama ada MCA perlu kembali kepada kabinet," katanya.

llg chinese forum 110511 phoon wing keongBagaimanapun, walaupun jika MCA kembali menyertai kabinet, tetapi ia tidak mungkin dapat mengekalkan jawatan empat menteri dan tujuh jawatan menteri dalam kabinet sebelumnya.

Dalam senarai kabinet baru yang diumumkan oleh Najib minggu ini, hanya satu jawatan menteri telah disimpan untuk MCA.

Cakap-cakap terbaru menunjukkan bahawa BN juga telah menyimpan satu atau dua jawatan timbalan menteri untuk parti berasaskan kaum Cina itu.

Siapa yang peduli?

Apa pun keputusannya, sama ada MCA menyertai semula kabinet atau tidak, ia tidak lagi menjadi perkara yang merisaukan orang ramai, khususnya masyarakat Cina.

Phoon berkata kecuali bagi sesetengah persatuan atau syarikat
Cina, masyarakat Cina tidak gelisah dengan ketiadaan menteri MCA dalam kabinet.

"Orang ramai merasakan bahawa (jika ada) menteri Cina pun, (mereka) tidak akan dapat mengubah dasar-dasar kerajaan yang tidak adil.

NONE
"Tetapi bagi banyak persatuan dan syarikat Cina, mereka masih boleh mendapatkan beberapa sumber dari kementerian, seperti dana atau kemudahan lain," kata Phoon.


Seorang lagi pengulas, Tang Ah Chai (kanan) pula berkata, Najib mungkin mahu menyampaikan mesej - bahawa kerajaan BN boleh terus berfungsi walaupun tanpa MCA menjadi sebahagian daripada kerajaan.

"Jika kabinet baru dan kerajaan dapat fungsi dengan baik, maka masa depan MCA akan menjadi lebih tidak menentu kerana ia tidak lagi dilihat sebagai penting dalam parti pemerintah," kata Tang, yang juga ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala.

Noh Omar dijadikan kambing hitam oleh Najib kerana kekalahan besar di Selangor

Muda Mohd. Noor
ANALYSIS

PETALING JAYA: Malang datang bertimpa buat Umno Selangor, setelah kalah besar dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, kini tidak ada seorang pun menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pengguguran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar di luar jangkaan kerana ahli parlimen Tanjong Karang itu merupakan orang kuat Umno di negeri itu yang diharap merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat.

Kabinet Najib itu hanya memilih seorang wakil dari Selangor – Datuk Noriah Kasnon yang diberi jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komuniti.

Buat kali pertama dalam sejarah, Selangor tidak ada menteri sesuatu yang sukar untuk dipercayai kerana negeri ini begitu ramai melahirkan tokoh Umno, antaranya Datuk Harun Idris yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno yang sangat berpengaruh.

Manakala tokoh-tokoh lain termasuk Datuk Seri Ahmad Razali yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang terakhir Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Dengan perhimpunan agung Umno November ini sengit kerana beberapa jawatan utama parti dijangka dicabar, Najib hanya memilih dua wakil Umno dari Johor, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Hantar isyarat

Najib seolah-olah menghantar isyarat kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negeri terkuat Umno itu tidak semestinya mendapat ramai menteri. Seperti wujud khabar angin orang Umno negeri itu mahu Muhyiddin bersuara lantang dalam perhimpunan itu seperti yang dilakukan sehingga bersarannya Tun Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun 2008.

Prestasi Najib dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu juga buruk kerana hanya menang 133 kerusi parlimen, sekalgus gagal mendapat 2/3 majoriti.

Mengejutkan kerana negeri kelahiran Umno itu hanya mempunyai dua menteri iaitu Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi, manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan.

Pada kabinet Abdullah dalam pilihan raya umum tahun 2008, Johor mempunyai enam menteri – Muhyiddin, Hishamuddin, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Tan Sri Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan).

Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.

Begitupun dua negeri lagi iaitu Melaka dan Pulau Pinang juga mengalami nasib sama seperti Selangor, tidak ada seorang pun wakil rakyat berjawatan menteri.

Melaka paling malang

Namun, Melaka yang paling malang kerana tidak ada menteri dan timbalan yang dilantik menganggotai kebinet baru Najib ini.

Pulau Pinang mempunyai seorang timbalan menteri iaitu Datuk Seri Dr Hilmi Yahya yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Bagaimanapun, berdasarkan prestasi `hitam’ Umno negeri dalam pilihan raya umum lalu, keputusan Najib itu dianggap adil dan munasabah.

Seolah Umno Pulau Pinang tidak ada lagi tokoh yang berkaliber seperti mereka memiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi ancaman terbesar kerajaan.

Pada pilihan raya umum tahun 2008, Pulau Pinang mempunyai seorang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Nor Yackob Mohamed, Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan tidak mengejutkan atas kapasitinya menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, namun pengguguran bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor di luar dugaan memandangkan beliau masih sepenggal menjadi anggota kabinet dan usianya masih muda.

Sabah, Perak pintas Johor

Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.

Terengganu mempunyai dua menteri iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek; Negeri Sembilan (dua); Pahang (tiga), Kelantan (satu), Perlis (satu) dan Wilayah Persekutuan (seorang).

Dalam kabinet Najib ini juga dua menteri boleh dianggap sebagai kitar semula. Datuk Seri Tengku Adnan sebelum ini pun pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri, Tengku Adnan merupakan Menteri Pelancongan.

Manakala Idris Jusoh juga selain pernah menjadi Menteri Besar Terengganu (2004 hingga 2008), menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan pada tahun 1999.

Beban!!! Cukai (GST) 7% untuk melaksanakan Manifesto Kerajaan minoriti BN

Blog darisungaiderhaka.blogspot.com
Malaysia akan dapat meraih pendapatan tambahan sehingga RM27 bilion jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dicadangkan dilaksanakan pada tujuh peratus, sama dengan negara jiran Singapura.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata mekanisme cukai yang baru boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion kepada RM27 bilion, pada tempoh matang.

"Pada tempoh matang, apabila, setiap rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia mesti dilaksanakan secepat mungkin apabila rakyat Malaysia bersedia untuk menerima mekanisme tersebut," katanya.

Bercakap dalam forum, "GE13 - Apakah ia bermakna untuk perniagaan?" di sini hari ini, Idris Jala berkata pendidikan atau penerangan mengenai apa itu GST dan bagaimana ia memberi manfaat kepada ekonomi negara adalah sangat penting, bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk memahami dan menerima mekanisme cukai serta maju kehadapan..

Beliau juga berkata GST akan menyediakan dana tambahan bagi kerajaan untuk berbelanja pada kesejahteraan rakyat Malaysia, menurut apa yang telah dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Nampak tak dari mana datangnya dana untuk menjayakan Manifesto Barisan Nasional itu??.. 7% GST..

Apa yang akan dikenakan GST itu?...
Pada dasarnya, GST akan dikenakan ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara termasuk yang diimport.

Walaupun begitu, beberapa makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sayuran, ikan dan daging ternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian adalah tidak dikenakan GST.

Pengecualian ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan GST ~ MOF
Oleh itu bersedialah untuk membayarnya…walaupun kita tidak redha, namun kerana pengkhianatan teman-teman seperjuangan kita yang berfikiran sempit dan mengutamakan kepentingan diri serta beberapa individu hingga tergamak sabotaj teman seperjuangan yang bertanding seterusnya mengagalkan usaha Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.. bayar sajalah…

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

kamal_hasan
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e) Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

b) Bersin

i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

Samb:

Ahli Parlimen Serawak tak puas hati, Kabinet Najib Bakal Tersungkur?

Shahbudin Husin
Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat terus memperhebatkan tekanan menolak keputusan piliharaya lalu dengan siri perhimpunan aman diteruskan lagi ke beberapa negeri, kabinet yang dibentuk Najib turut mulai bergelora. Bermula dengan Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak atau PRS menolak perlantikannya sebagai timbalan menteri, majlis tertinggi parti itu juga membuat keputusan terbaru iaitu menolak sebarang jawatan yang ditawarkan Najib.

Ini bermakna, seorang lagi Ahli Parlimen PRS, Joseph Entulu yang sebelum ini dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, turut dianggap menolak perlantikan itu berasaskan keputusan yang dibuat oleh PRS itu.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Presiden PRS James Masing berkata, majoriti pimpinan tertinggi parti menolak perlantikan yang dibuat oleh Najib kerana berasa dianaktirikan dari segi pembahagian kerusi kabinet berasaskan sumbangan enam kerusi Parlimen yang disumbangkan daripada 133 yang dimenangi oleh BN.

Berbanding MIC misalnya yang menang empat kerusi Parlimen tetapi diberikan dua jawatan menteri dan tiga timbalan menteri, pimpinan PRS merasakan pembahagian yang dilakukan oleh Najib sebagai tidak adil dan mereka berhak mendapat lebih daripada satu menteri dan satu timbalan menteri sepertimana yang diberikan oleh Najib.

Hanya bermula dengan tindakan Joseph Salang Gandum yang tidak puas hati kerana hanya diberikan jawatan timbalan sedangkan beliau mengharapkan diberi jawatan menteri, tindakan PRS ini bakal menimbulkan gelora yang lebih besar kepada Najib dan BN.

Walaupun bakal mengemukakan permintaan kepada Najib supaya diberikan keadilan, James Masing masih enggan memberitahu tindakan yang bakal diambil oleh PRS jika permintaan mereka gagal dipenuhi oleh Najib. Hakikatnya PRS sudah mula mengemukakan ugutan kepada Najib dan pilihan yang boleh diambilnya selepas itu tidaklah sukar difahami.

Dengan enam kerusi Parlimen yang dimilikinya, kuasa tawar-menawar yang dimiliki PRS bolehlah dikira bernilai tinggi.

Dalam masa yang sama sebuah lagi parti di Sarawak iaitu Parti Progresif Demokratik Sarawak atau SPDP turut meluahkan rasa tidak puas hati dalam pengagihan kerusi kabinet kali ini. Parti itu yang menang empat kerusi Parlimen dalam pilihanraya lalu, langsung tidak diberikan apa-apa jawatan oleh Najib.

Sumbangan empat kerusi Parlimen seolah-olah langsung tidak dihargai oleh Najib dan kini sudah timbul desakan agar parti itu menimbangkan kedudukannya dalam BN. Ia diakui oleh Setiausaha Agung parti itu sendiri. Ini kerana parti itu sebelum ini menjangkakan mereka sekurang-kurangnya akan ditawarkan satu jawatan menteri dan satu timbalan menteri atau dua jawatan timbalan menteri, lebih-lebih lagi salah seorang Ahli Parlimennya dari Bintulu, Tiong King Sing adalah juga Pengerusi BNBBC dan tokoh yang agak dikenali umum.

Sehingga ini dua parti dari Sarawak iaitu PRS dan SPDP dengan jumlah 10 kerusi Parlimen sudah secara terbuka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Najib berikutan perlantikan jawatan kabinet yang baru berusia tiga hari. Apakah selepas ini ada pihak-pihak lain lagi yang meluahkan perasaan yang sama? Atau mungkinkah kedudukan kabinet Najib terus bergoncang lagi?

Di Semenanjung pula, rasa tidak puas hati daripada kalangan UMNO terhadap kabinet Najib memang banyak kedengaran di mana-mana. Selain Kedah yang menyumbang 10 kerusi Parlimen tetapi hanya diberikan satu jawatan menteri dan dua timbalan menteri, di Selangor juga kedengaran nada yang sama berikutan ketiadaan langsung menteri daripada negeri itu, sebaliknya hanya seorang timbalan menteri saja iaitu Noriah Kasnon.

Beberapa perlantikan menteri dan timbalan menteri turut menjadi persoalan di kalangan rakyat dan ahli UMNO sendiri berikutan terdapat perlantikan yang dibuat Najib dilihat bukan berasaskan merit dan mahu melakukan peremajaan dalam parti sebaliknya lebih berasaskan balas budi semata-mata.

Perlantikan Shahidan Kassim dan Idris Jusoh sebagai menteri nyata menghalang proses peremajaan dan hasrat ingin memberi peluang kepada tokoh-tokoh muda kerana keduanya dianggap sebagai pemimpin kitar semula dan sudah berusia. Begitu juga Tajuddin Rahman sebagai timbalan menteri turut tidak memberi makna kepada peremajaan parti kerana jawatan itu sewajarnya diperuntukkan kepada tokoh-tokoh lain yang lebih muda.

Paul Low dari Transperancy International Malaysia pula dilantik sebagai menteri semata-mata kerana balas budi berikutan tindakannya membawa Najib menandatangi Ikrar Intergriti dipercayai telah melonjakkan keyakinan rakyat dan memberi kelebihan kepada Najib memenangi pilihanraya. Kerana beliau dianggap berbudi, maka ia dibalas dengan jawatan menteri walaupun seharusnya Najib membawa tokoh korporat atau profesional Cina yang lebih muda jika ingin memenangi hati pengundi Cina.

Begitu juga dengan perlantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy, sebuah NGO mirip Perkasa, sebagai timbalan menteri adalah juga kerana membalas budi berikutan sokongan terbukanya kepada BN menjelang pilihanraya lalu sambil menandatangi perjanjian bersama Najib mengenai kepentingan kaum India yang seharusnya mendapat pembelaan daripada kerajaan. Kerana Najib percaya sokongan Hindraf itu membukan laluan kepada sokongan pengundi India yang lebih ramai, maka beliau diberikan ganjaran timbalan menteri.

Perlantikan pemimpin Hindraf itu bukan saja mendapat bantahan daripada Pemuda MIC yang merasakan IPF lebih baik jika ingin diberikan jawatan itu, malah ia juga menyebabkan imej Najib dengan dasar 1Malaysianya telah ditenggelamkan oleh perbuatannya sendiri.

Belum pun seminggu usia kabinet yang dibentuk Najib, unsur-unsur penolakan sudah pun mula kelihatan. Bermula dengan PRS dan SPDP yang merangkumi 10 kerusi Parlimen, jika ia gagal ditangani dan ditambah pula dengan beberapa Ahli Parlimen UMNO sendiri yang jelas rasa tidak puas hatinya di sana-sini, andai ia juga gagal dibendung, kebarangkalian untuk BN terus goyah dan tersungkur, tidak boleh dipandang mudah.

Jika ada diantara mereka ini memulakan langkah meninggalkan BN, yang lain hanya menunggu masa saja menuruti langkah yang sama.

Dengan PR mempunyai 89 kerusi Parlimen dan hanya kekurangan 23 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru, mereka yang tidak berpuas hati ini barangkali hanya menunggu lamaran dan jika hantarannya bersesuaian, mengapa tidak! Lagi pula, politik adalah seni yang serba mungkin.
http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Tak malu ke mereka berdua ni?

tokpepijat
Tak malu dan tiada maruah ke mereka berdua menipu rakyat dalam PRU 13. Sebelum PRU 13, ke sana ke sani canang tentang dakwat kekal.

Beli dakwat pakai duit rakyat
kemudian menipu.
Dakwat tidak kekal,
duit rakyat dibuang begitu sahaja,
hak rakyat dirampas,
kemudian bagi 1001 alasan bodoh
untuk menjawab penipuan dakwat
mereka berdua ingin memperbodohkan rakyat
tanpa menyedari diri sendiri bodoh jadi barua UMNO.

Sessi soal jawab wacana kecoh, Zairil tenang menjawab

Roketkini
SHAH ALAM, 16 MEI: Gara-gara tidak dapat mengawal emosi dan semangat perkauman yang tinggi, sessi soal jawab Wacana Sinar Harian semalam kecoh seketika.
Presiden Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bingkas bangun pada sessi pertanyaan audien wacana ‘Pasca PRU13: Ke mana haluan politik Melayu’ dan menuduh kononnya tidak wujud kebebasan akhbar di Pulau Pinang kerana wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan sidang media Kerajaan Negeri.

“Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,” soalnya, di samping mendakwa terdapat diskriminasi kaum di Universiti Malaya yang kononnya melebihkan pensyarah berketurunan Cina.

Soalan beliau disambut gelak ketawa berdekah-dekah daripada hadirin yang lantas menyuruhnya duduk sambil menyifatkan soalan itu sebagai dangkal.

Seorang lagi audien turut beremosi ketika bertanya mengenai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sambil meluahkan kebimbangan mengenai penguasaan orang Cina pada masa hadapan.

Beliau berkata, kononnya setelah Lim Guan Eng mengambil alih pentadbiran, Ketua Menteri itu mengumum untuk memansuhkan DEB di Pulau Pinang; yang kemudiannya disambut gelak ketawa hadirin yang menyuruhnya berhenti sambil bertanya, ‘Ini cadangan ke soalan?’

Kedua-dua penyoal terpaksa ditenangkan oleh pihak penganjur.

Keadaan yang tegang seketika kembali seperti sedia kala apabila Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan tenang menjawab soalan kedua-duanya.

“Kebebasan media tidak bermakna ada kebebasan untuk memfitnah,” ujarnya menerangkan kenapa Utusan Malaysia tidak dijemput membuat liputan sidang akhbar Kerajaan Negeri terutamanya oleh Ketua Menteri.

“Sudah cukup fitnah yang disiarkan Utusan Malaysia,” katanya sambil memberitahu bahawa akhbar milik UMNO itu terlalu kerap disaman fitnah oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

“Lim Guan Eng saman Utusan, Lim Guan Eng menang. Karpal Singh saman Utusan, Karpal Singh menang, Azan Ismail pun saman Utusan, Azan menang. Malah apabila dibuat rayuan pun Utusan kalah dalam rayuan itu,” katanya, disambut sorak sorai penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke wacana itu, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Malah, menurutnya lagi, fitnah pemansuhan DEB seperti yang dibangkitkan penyoal kedua itu pun adalah antara saman terhadap Utusan Malaysia yang dimenangi Guan Eng.

“Saya rasa penyumbang dana terbesar untuk Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini ialah Utusan Malaysia,” ujarnya berseloroh. – Roketkini.com

Khairy tunjuk belang di hari pertama jadi menteri

Harakahdaily 
(Khairy ketika mula masuk ke pejabatnya hari ini - pic Malaysiakini)
KUALA LUMPUR: Setelah menjadi menteri, Khairy Jamaludin membuat dua kenyataan penting. Pertama, pandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya pandangan peribadi, kedua beliau akan menjadi menteri untuk semua belia.

"Itu adalah pandangan peribadinya. Tidak mencerminkan pendirian kerajaan," kata Khairy dalam sidang medianya mengulas pandangan Zahid dalam tulisannya di akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Zahid semalam menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Menteri dalam negeri itu menulis di Utusan Malaysia, merujuk kepada siri perhimpunan besar pembangkang di seluruh negeri yang mempertikaikan keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Khairy juga hari ini berkata, Kementerian Belia dan Sukan akan menjadi kementerian kepada semua dan beliau akan berbincang dengan semua pihak bagi mencapai hasrat ini.

"Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation.

"Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya dalam sidang media pertamanya hari ini selepas mengangkat sumpah sebagai menteri.

Sejak lima tahun dahulu Khairy disisihkan oleh pentadbiran Najib kerana bimbangkan tentangan dari musuh peribadinya, Tun Dr Mahathir.

Namun, Najib mengambil Khairy dalam kabinetnya kali ini.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan perlantikan Khairy sebagai pertahanan Najib untuk melawan kritikan Tun Dr Mahathir.

Kenapa Ahmad Maslan pilih perkataan ‘meliwat’?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Orang berkata penggunaan bahasa melambang watak dan keperibadian seseorang.

Mungkin itulah yang ingin dicerminkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno hari ini dalam tulisannya di Utusan Malaysia yang bertajuk: “Jangan ‘meliwat’ fikiran rakyat”.

Dalam artikelnya, Ahmad menekankan bahawa himpunan aman dan demonstrasi jalanan tidak wajar disalahgunakan, sebaliknya bantahan terhadap proses pilihan raya hendaklah dibuat menerusi petisyen pilihan raya.

Sambil mengakui bahawa BN tewas undi popular di tangan Pakatan Rakyat, Ahmad berkata sistem pilihanraya negara mementingkan jumlah kerusi yang dimenangi.

“Oleh itu, pembangkang yang sering mendakwa mereka pandai dan layak memerintah sepatutnya faham undang-undang negara ini dan jangan memalukan diri sendiri. Jangan 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri. Malulah dan hormatilah rakyat.

“Setiausaha SPR, Datuk Kamarudin Baria menjelaskan, BN berjaya meraih 47% undi popular, manakala PKR 20.0%, DAP 15.4% dan Pas 14.5% (jika dijumlahkan hanya 49.9%),” kata beliau.

Namun bagaimana pengetahuan dan akal boleh ‘diliwat’ hanyalah Ahmad yang mengetahuinya.

Sebelum ini, Ahmad turut menimbulkan kontroversi apabila mengaku menonton video lucah yang diledakkan oleh Datuk T bersama isterinya.

“Apa yang telah disahkan oleh (Datuk Shazryl) Eskay adalah benar dan siapa yang melihat video itu mengaku ia adalah benar. Ya, saya tonton dengan isteri saya,” kata beliau.

Mengenai dakwat kekal yang tidak kekal, Ahmad berkata BN memberikan sokongan penuh kepada nasihat profesional pakar-pakar di Kementerian Kesihatan dan keputusan SPR untuk mengutamakan dan melindungi pengundi daripada bahaya kanser dan penyakit buah pinggang akibat kandungan bahan silver nitrat yang tinggi.

“Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih tinggi,” kata beliau.

Namun begitu, Maslan tidak mengulas mengapa SPR sendiri memberi jaminan dakwat kekal akan tahan tujuh hari, terutamanya untuk para pengundi awal.

Dan lebih teruk lagi, mengapa alasan sedemikian tidak dimaklumkan kepada rakyat sebelum tarikh mengundi bagi pengundi awal dan hari mengundi?

Tepuk dada tanya iman sendiri.

Kabinet Najib tersembunyi seribu satu rahsia?

Zainal Abidin Nor 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengumumkan barisan kabinet barunya semalam, menyifatkannya sebagai ‘kabinet berimbang’ merangkumi mereka yang berpengalaman, ahli teknokrat dan generasi muda.

Beliau yakin barisan itu mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Begitu pun, tersingkap mesej yang lain yang hendak ditekankan Najib jika dilihat dari tokoh dan keperibadian senarai menteri dan timbalan menteri yang dipilih menganggotai kabinetnya, seolah-olah tersembunyi seribu satu rahsia.

Walaupun kabinet ini nampak berimbang tetapi ia juga merupakan satu barisan kabinet bersifat ‘pertahanan,’ jika diteliti beberapa watak yang terdapat di dalamnya (kabinet).

Najib yang dipilih untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini berusaha untuk menjauhkan diri dan membebaskan dirinya dari bayangan pengaruh Dr Mahathir.

Pertama, beliau melantik Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Belia dan Sukan, menantu Pak Lah yang dilihat berpengaruh ketika Pak Lah menerajui pentadbiran Putrajaya pada suatu ketika dulu.

Walaupun Khairy pernah terpalit dengan rasuah ketika Perhimpunan Agung Umno dahulu dan hanya diberi amaran oleh Lembaga Tatatertib Umno, pelantikannya dilihat sebagai usaha Najib untuk mempertahankan dirinya (Najib).

Satu aset

Dalam usia muda 37 tahun, beliau merupakan seorang tokoh Umno yang lantang bersuara dan berani mengkritik Dr Mahathir dan kini Najib menganggap Khairy sebagai satu aset untuk menepis ‘serangan’ Dr Mahathir terhadap corak kepimpinannya.

Begitu juga dengan pelantikan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahalan yang berani mengkritik Dr Mahathir. Sebab itu, beliau memberinya jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Nampaknya Najib benar-benar memanfaatkan pengalamannya ketika menjadi Menteri Pertahanan suatu ketika dahulu di mana beliau banyak mempelajari selok belok pasukan keselamatan menyusun strategi pertahanan.

Najib masih ingat lagi bagaimana Pak Lah diturunkan dari takhta atau posisi nombor satu kerajaan pada tahun 2009. Ingatannya masih segar bugar bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin mula melancarkan serangan terhadap Pak Lah.

Sebab itu untuk lebih berhati-hati Najib mengekalkan Muhyiddin di tokok lama, Menteri Pelajaran sahaja dan beliau tidak diberi jawatan yang lebih senior dalam kabinet baru ini, melainkan dengan menokok tambah tugas dan dicantumkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Nasib baik dua tokoh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kecundang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), kalau tidak Dr Mahathir lagilah naik ‘tocang’.

Kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin, yang dianggap mempunyai pandangan yang extreme dan rasis itu dapat ditewaskan. Seorang kecundang di Pasir Mas dan seorang lagi tersungkur di Shah Alam.

Kabinet bermasalah

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, kabinet Najib ini juga terdapat di dalamnya tokoh yang bermasalah seperti Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Anak Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir pula menempelak Tajuddin menerusi tulisannya dalam laman Twitter “Six million dollar man Umno mendapat jawatan timbalan menteri”.

Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dilaporkan telah dipecat dari Umno pada tahun 1995 kerana dituduh membayar RM6 juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.

Tajuddin juga baru-baru ini menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan tidak mempunyai rekod prestasi yang baik dalam bidang pembinaan.

Dengan melantik mereka yang pernah terlibat dengan rasuah, apa yang Senator Datuk Paul Low Seng Kuan boleh lakukan. Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) itu dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membanteras gejala rasuah.

Kita lihat nanti apa yang Paul Low boleh lakukan supaya kabinet Najib dilihat sebagai sebuah kabinet yang telus dan bersih serta bebas dari rasuah.

BN S’gor kecundang

Melihat dari senarai kabinet baru ini, Sabah dan Sarawak serta Labuan dianggap paling beruntung kerana seramai 10 menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan 11 menteri dan timbalan menteri dari Sarawak dilantik Najib.

Ini bermakna lebih satu pertiga dari anggota kabinet datang dari Malaysia Timur dan menurut Najib, sepatutnyalah mereka diberi representasi yang lebih kerana kedua-dua negeri itu termasuk Labuan menyumbang sebanyak 57 kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka yang rugi pula ialah MCA kerana kalah teruk di mana calon mereka hanya berjaya memenangi tujuh kerusi Parlimen dari sejumlah 15 kerusi yang dipertandingkan.

Umno Selangor turut mengalami kerugian yang besar kerana bukan sahaja gagal merampas Selangor tetapi mengalami kekalahan yang lebih teruk berbanding pada PRU-12 tahun 2008.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed tersungkur melawan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin di Parlimen Sepang.

Begitu juga dengan nasib, Datuk Seri Noh Omar walaupun menang di Parlimen Tanjung Karang, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, disingkirkan dari kabinet Najib gara-gara gagal menawan Selangor.

Disebalik Solat Hajat & Bacaan Yasin Mukhriz

TKOOffline
Semalam di masjid Zahir Alor Setar, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin berjemaah bersama jemaah memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mukhriz anak Mahathir ini kadang kala mengimami solat. Ada kala bersama dengan jamaah masjid. Ada sikit kelainan dengan bapak dia!!
Saya bukan nak puji Mukhriz, pasal dia pun ada kaitan dengan syarikat arak. Saya tunjukkan beberapa gambar daripada banyak gambar di atas ada dua sebab:-

1. PAS - UMNO 'bergaduh' untuk berebut memerintah bukan kerana nak tunjukkan siapa boleh bagi air subsidi paling banyak. Atau siapa yang boleh bagi rakyat senang. Tapi soal Islam dan negara Islam. kalau PAS memerintah sama dengan UMNO, arak di Langkawi pun macam biasa aje... rasanya kalau Mukhriz tukar songkok hitam tinggi kepada lebai (kupiah) UMNO akan lebih disenangi oleh rakyat!!

2. Mukhriz boleh doakan kesejahteraan Ustaz Azizan.. Mukhriz tu siapa.. anak "bapak firaun". Ada syarikat terbabit dengan arak... Tapi ada kepimpinan PAS yang sama-sama makan setalam.. qiamullail dan solat hajat bersama. Tamrin dan Usrah... tak payah cakap nak kata 1000 x saya rasa lebih..

Tapi bila 'bergaduh' pasal uslud, kaedah dan cara pentadbiran sampai sekarang TAK ada hajat nak jenguk si Ustaz Azizan. Kalau mati pun saya rasa nak lalu sebelah kubur pun tak mahu!!

Kalau macam ni sikap kepimpinan.. PAS mungkin 10 atau 20 tahun lagi baru boleh ambil alih. Itu pun belum tentu kerana mungkin belum mati lagi spesis yang 'menanam titik hitam' dalam perjuangan Islam.

Ketua Polis Negara: Bakri Zinin Lebih Layak?

Mohd Sayuti Omar

Seberakhirnya pilihan raya umum ke-13 khidmat Ismail Omar selaku Ketua Polis Negara (KPN) juga akan berakhir. Beliau akan bersara wajib Jumaat ini. Ekoran itu siapa pengganti beliau sudah menjadi sebutan dan spekulasi.

Kalau mengikut tradisi timbalannya Khalid Abu Bakar akan automatik diangkat menjadi penggantinya. Namun itu bukan kemestian, perlantikan KPN perlu mendapat restu dan perkenan Yang diPertua Agong

Selain Khalid antara yang layak dan boleh dipertimbangkan ialah Mohd Bakri Zinin yang kini memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohamad Fuzi Harun yang merupakan pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) dan Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.

Selalunya ketiga-ketiga penjawat inilah yang dipertimbangkan untuk mengisi jawatan teratas PDRM.

Memandangkan keadaan negera kini dalam pascra pilihan raya di mana suasananya belum tenang dan aman serta sangat memerlukan seorang pendamai, sudah tentu pasukan polis perlu diketuhui oleh seorang individu yang bukan saja berpengalaman untuk menjadi ketua, tetapi tidak dianggap mencampuri urusan politik. Seorang anggota yang adil dan saksama sangat diperlukan. Seorang pegawai berwibawa dan dihormati ramai adalah tepat dan sesuai untuk dilantik menjadi KPN.

Dalam hal ini Khalid Abu Bakar walaupun dalam menjalankan tugas dan bidang kuasa yang ada kepadanya, beliau berhak melakukan sesuatu, tetapi ada kalanya dia bercakap melebihi dari keperluan sepatutnya. Nadanya persis nada ketua MT Umno. Dia ada kalanya terlajak jauh dalam membela parti pemerintah. Cakap-cakapnya mirit berpihak kepada sesebelah pihak yang menimbulkan kejengkilan pihak lain.

Misalnya dalam kes lembu gemuk (NFC) melibatkan laki Sharizat Jalil belum apa-apa lagi Khalid telah membuat kenyataan mendahului siasatan dengan menyatakan tiada penipuan dalam kes tersebut. Kenyataan begitu boleh mempengaruhi persepsi umum dan menganggu penyiasatan. Kenyataan itu dianggap cuba membayangi keadaan kerana ia masih belum disiasat. Tindakan beliau itu tidak disenangi dan nampak sangat cuba membela sesuatu pihak yang disukainya. Seorang anggota polis yang diharap menjadi pengaman yang bijak tidak sewajarnya bersikap bias.

Berbeza dengan Mohd Bakri Zinin bertindak lebih profesional dan tidak menunjukkan kecenderongan memihak kepada mana-mana. Langkahnya menubuh Operasi Cantas, untuk membenteras dan mencantas apa-apa maklumat palsu dan provokasi di dalam media baru semasa pilihan raya baru-baru ini menunjukkan kewibawaan dan sikap tidak memilih bulu oleh beliau. Idea beliau itu juga dinamik dan selangkah ke depan untuk keamanan negara.

Keperluan untuk Bakri dilantik menjadi Ketua Polis Negara juga memandangkan kepentingan keselamatan di Sabah ekoran serangan penceroboh Sulu di Lahad Datu. Kebetulan Bakri anak Sabah jadi beliau lebih arif memahami situasi di Sabah dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Rasanya juga sudah sampai anak Sabah diberi kepercayaan untuk memimpin PDRM apa lagi zaman sekarang ini zaman tranformasi dan peralihan stail kepimpinan. [wm.kl.12:46 pm 14/05/13]

Yang Mengecewakan Dan Yang Menggembirakan Dalam Kabinet Najib

Shahbudin Husin

Sepertimana yang diduga, tidak ada lantikan yang begitu memeranjatkan dalam susunan kabinet baru yang diumumkan Najib semalam. Selain masih mengekalkan orang-orang lama dalam kabinetnya, perlantikan baru yang dibuatnya seperti Shahidan Kassim, Tengku Adnan Tengku Mansor, Idris Jusoh dan Wahid Omar juga tidaklah begitu mengejutkan banyak pihak.

Namun terdapat beberapa perkara yang mengecewakan dan menggembirakan dalam perlantikan yant diumumkan Najib kali ini.

Sebelum ini ramai yang mengharapkan, lebih-lagi dengan keputusan piliharaya yang tidak begitu memberangsangkan, Najib hanya menumpukan kepada jawatan Perdana Menteri saja dan tidak memegang jawatan menteri dalam masa yang sama. Dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Najib diharapkan memberi tumpuan memantau keberkesanan menteri-menterinya saja. Daim Zainuddin juga turut pernah memberi pandangan yang sama, atas alasan tugas sebagai Perdana Menteri sudah cukup berat buat Najib.

Malangnya Najib nampaknya tidak menghiraukan semua pandangan tersebut dengan terus mengekalkan dirinya sebagai Menteri Kewangan.

Sebelum ini juga, ramai yang kecewa dengan prestasi Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan yang dianggap tidak menunjukkan pretasi membanggakan dalam mengendalikan kementerian masing-masing, terutama apabila berdepan dengan aspek keselamatan dan pertahanan negara. Ramai yang mengharapkan kedua-dua menteri itu ditukarkan ke kementerian lain yang sesuai dengan watak keduanya yang suka tersenyum dan kuat ketawa itu.

Malangnya, Najib hanya menukarkan kerusi antara kedua menteri itu. Zahid bertukar ke Kementerian Dalam Negeri manakala Hishammuddin ke Kementerian Pertahanan. Ini benar-benar mengecewakan ramai orang.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum yang mana keharmonian dan perpaduan sentiasa menjadi teras penting, kabinet Najib kali ini agak mengecewakan kerana tidak terdapatnya wakil MCA dan Gerakan, sesuai dengan permintaan kedua-dua parti itu yang malu untuk menerima jawatan kabinet sedangkan tidak disokong oleh kaum Cina. Keputusan ini seakan menghukum masyarakat Cina berikutan sokongan hampir 90 peratus pengundinya kepada calon-calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu.

Sampai bila keadaan ini akan berlarutan, tentunya menarik untuk terus diperhatian dan apakah ketiadaan wakil Cina dalam kabinet ini akan menjadikan MCA dan Gerakan mendapat sokongan semula daripada pengundi Cina atau sebaliknya akan menjadikan MCA dan Gerakan terus lumpuh dalam PRU 14 nanti?

Rakyat dan UMNO Selangor juga tentunya kecewa kerana tiada wakil mereka dalam kabinet kali ini. Satu-satunya menterinya, Noh Omar turut digugurkan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani. Terlihat di sini bahawa Najib begitu kecewa dengan prestasi UMNO Selangor, bukan saja gagal menawan semula negeri itu bahkan juga menambah kerusi Parlimennya, lalu Najib seakan menghukum UMNO Selangor dan Noh Omar kali ini.

Yang agak menggembirakan, Najib nampaknya memberi pengiktirafan kepada golongan muda. Selain KJ dijadikan Menteri Belia dan Sukan dan Naibnya, Razali Ibrahim dikekalkan sebagai timbalan menteri, Ketua Puteri, Rosnah Abdul Sirin juga turut dikekalkan sebagai timbalan menteri.

Perlantikan paling disambut baik oleh semua golongan, bukan saja atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO tetapi juga kerana wibawa, ketokohan dan keberaniannya sebagai pemimpin. Ramai orang bercakap mengenai perlantikannya dan begitu juga yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Dalam masa yang sama, seorang lagi tokoh muda, Abdul Rahman Dahlan turut dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turut dilihat sebagai usaha untuk menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan orang-orang muda, terutamanya generasi muda di bandar.

Orang Sabah dan Sarawak juga tentunya gembira dengan kabinet kali ini kerana banyak wakil daripada kedua negeri itu berbanding sebelumnya. Ini bukan saja sesuai dengan Sabah dan Sarawak yang menyumbang 47 kerusi daripada 133 kerusi yang dimenangi BN tetapi penambahan ini tentunya bermaksud untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya episod 16 September dan kejadian lompat parti.

Dengan ramai menteri dan timbalan menteri dari Borneo ini, harapan untuk melihat kemungkinan wakilnya yang kecewa lalu melompat parti bagi menyokong Pakatan Rakyat menggulingkan BN, hampir pasti tidak akan berlaku.

Bagi Kedah,pagi tadi ramai yang kecewa apabila mendapati nama Ahmad Bashah tidak tersenarai sebagai EXCO negeri itu dan merasakan seolah-olah perjuangannya menawan kembali negeri itu tidak dihargai tetapi dengan perlantikannya sebagai timbalan menteri mewakili Kedah bersama Mahathir Khalid, sekurang-kurangnya ia merupakan berita yang menggembirakan juga. Kekecewaan tidak dapat jadi Menteri Besar Kedah juga sudah terubat rasanya.

Apa pun, di sebalik semua perlantikan ini, baik sebagai menteri atau timbalan menteri, harapan rakyat berikutan keputusan PRU 13, tetap tinggi agar semua mereka ini lebih mengutamakan kepentingan negara berbanding keutamaan-keutamaan lain.

Guan Eng Terus Malukan BN??

matuse68

Guan Eng Terus Malukan BN- Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk KG Buah Pala Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

“Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu... Mana TV3?? Mana utusan?? Mana Umno???