Lebih 400 orang berhimpun di luar pekarangan IPD (Gambar)

Salmah Mat Husain

Isteri dan keluarga terdekat beserta orang ramai menunggu ketibaan Husam di IPD Pengkalan Chepa, malam tadi. 

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu kira-kira jam 9.00 pagi ini oleh pihak polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Mohd Hisyam Fauzi memberitahu, beliau yang bertindak sebagai peguam kepada Husam akan hadir untuk membantah penahanan itu.

Ini kerana, tegasnya alasan untuk mengambil tindakan tahanan reman tidak wajar memandangkan ucapan Husam sebelum ini belum dapat ditentukan adakah ia benar berkaitan dengan akta hasutan.

“Jadi kita akan membantah hasrat untuk tahanan reman itu apa lagi kes ini tidak begitu kompleks,” ujarnya.

Hisyam seterusnya memberitahu Husam sendiri memberi kerjasama yang baik berhubung siasatan yang dilakukan terhadapnya.

Peguambela itu juga mengakui Husam tidak begitu sihat kerana demam.

Malam tadi Husam ditahan di lokap IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.

Lebih 400 orang berhimpun di luar pekarangan IPD kira-kira jam 11.00 malam.

Hadir sama isteri Husam, Datin Rohana Ab Rahman serta keluarga terdekat.

Husam tiba di IPD Kota Bharu kira-kira jam 1.30 pagi dengan diiringi tidak kurang 13 buah kenderaan dari Balai Polis Ampang.

Beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok petang semalam.

Husam ditahan, dipercayai berkaitan hasutan (Gambar)

Harakahdaily
Husam ketika dibawa ke Balai Polis Ampang
KUALA LUMPUR: Naib Presiden, PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS menyatakan beliau ditahan di Desa Pandan dan dibawa ke Balai Polis Ampang.

Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.

Penganjur himpunan itu turut mengesahkan turut menerima laporan penahanan bekas Exco Kerajaan Kelantan itu.

Pengerusi majlis, Chegu Bard memberitahu AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohd Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sedang berurusan dengan polis berhubung penahanan itu.

Terkini di Padang merbok

Padang Merbok masih kosong, hanya tepi padang saja yang ada orang.
2.35 pm padang mula dipenuhi oleh peserta perhimpunan
YB Johari Abdul mula memberi ucapan aluan

Kecut perut Pengerusi SPR

MELAKA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada keperluan bagi Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas. 

Beliau berkata parti atau ahli politik yang tidak berpuas hati dengan perjalanan PRU13 seharusnya mengikut saluran yang betul dengan memfailkan petisyen di mahkamah.

“Rasa tidak puas hati mengatakan SPR itu dan ini elok dibawa ke mahkamah tetapi berhubung suruhanjaya penyiasatan berkenaan saya tidak pasti apa bendanya, adakah suruhanjaya ini boleh menyiasat SPR yang ditubuhkan di bawah perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil kepada petugas PRU13 di Melaka, malam tadi. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mahu menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan PRU13. Beliau berkata SPR tidak melakukan sebarang penipuan ketika menjalankan tugas sepanjang PRU13 sebaliknya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki SPR namun ia tidak menyebabkan proses pilihan raya lepas terbatal. 

Katanya PRU13 berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi merupakan yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 85 peratus. 

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata parti atau ahli politik juga seharusnya menerima keputusan PRU13 lepas dengan hati terbuka kerana ia adalah keputusan pengundi dan bukannya SPR. 

Beliau berkata perhimpunan haram bertujuan melahirkan perasaan tidak puas hati juga tidak seharusnya diadakan kerana ia tidak mengikut saluran yang ditetapkan. 

Katanya situasi itu hanya membuang masa, tenaga dan menyebabkan kemusnahan harta benda awam sekiranya berada dalam keadaan tidak terkawal. 
-Bernama- h

Honda Accord 2.4 Dan VolksWagen Passat Sudah DiKategorikanKan Kereta Nasional ?

Omak Kau!!
Honda, VW akan gantikan Proton Perdana sebagai limosin rasmi kerajaan
Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.
Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.

The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.

“Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter.

Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.

TERUS TERKEDU BISU TERTELAN KAPUR PARA PEMIMPIN UMNO/BN YANG DULU CUKUP KUAT DAN BISING KUTUK KERAJAAN PR PERAK SEBAB TUKAR KERETA RASMI DARI PERDANA V6 KE TOYOTA CAMRY... CAKAP TIDAK PATRIOTIK...

NAH!!! SEKARANG APA CERITA BEB!!!..ADAKAH UMNO/BN CUKUP PATRIOTIK SEBAB DIA TUKAR KE HONDA ACCORD DAN VOLKSWAGEN PASSAT DAN BUKANNYA TOYOTA CAMRY?

ATAU KERETA JENAMA HONDA ACCORD DAN VOLKSWAGEN PASSAT SUDAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI KERETA NASIONAL KOT!!!!!!

MANA PERGI SUARA GARANG GANAS PARA BLOGGER UMNO...MENGAPA KAMU KALIAN MACAM TIKUS KENA SIRAM DENGAN AIR PANAS SAJA LAGAKNYA.

SEBAB ITU UMNO JENIS CAKAP TAK SERUPA BIKIN MALAHAN BIKIN LAGI TERUK PADA CAKAP!!!!!

Daripada bercakap berbelit-belit ....

Steven Sim Chee Keong dan Zairil Khir Johari
Lebih seminggu sudah berlalu sejak pendedahan kami bahawa Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai penyiasat tunggal Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang juga ditugaskan untuk menyiasat kes-kes kematian dalam tahanan yang terbaru, merupakan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sama yang terlibat dalam kes Saudara Teoh Beng Hock.

Selain daripada kenyataan SPRM yang mengesahkan identiti pegawai tersebut, tidak ada sebarang tindakan susulan yang telah diambil oleh EAIC mahupun Menteri-menteri yang bertanggungjawab, iaitu Datuk Paul Low dan Perdana Menteri sendiri Dato’ Sri Najib Razak.

Baru-baru ini, beberapa orang menteri telah tampil memberi kenyataan mengenai EAIC. Menurut Menteri Belia dan Suka Khairy Jamaluddin, Kabinet telah bersetuju supaya EAIC diperkasakan, manakala Paul Low menyatakan bahawa EAIC mungkin akan diberi kuasa pendakwaan termasuk dalam kes salahlaku pegawai.

Kami berpendapat bahawa semua kenyataan berbelit-belit ini merupakan sandiwara semata-mata kerana mereka langsung tidak menjawab persoalan besar tentang status pegawai penyiasat tunggal EAIC, Mohd Nadzri Ibrahim, yakni mengapakah seorang pegawai yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan boleh dilantik menjadi pegawai penyiasat kanan untuk menyiasat kes-kes kematian dalam tahanan yang lain?

Jika soalan semudah ini tidak dapat dijawab, rakyat akan terus meragui keupayaan EAIC serta agensi-agensi penguatkuasa lain.

RM25 juta bakal dibazir?

Dalam kenyataan terbaru, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata bahawa kerajaan pusat akan membelanjakan RM25 juta untuk membina infrastruktur lokap khas bagi mengelakkan kes kematian dalam tahanan.

Perlu diingatkan bahawa EAIC telah membelanjakan RM14 juta selama dua tahun tetapi langsung tidak mendatangkan sebarang hasil selain daripada dua amaran dan satu tindakan disiplin dalam tempoh masa tersebut. Justeru, kami khuatir perbelanjaan besar yang diumumkan oleh Zahid Hamidi ini bakal menjadi lagi satu pembaziran kerajaan pusat.

Daripada bercakap berbelit-belit, menteri-menteri baru harus menggunakan pengaruh mereka untuk menunaikan tuntuan rakyat yang jelas, iaitu:

  1. Menggugurkan pegawai penyiasat tunggal Mohd Nadzri Ibrahim daripada EAIC seperti yang disaran oleh MACC sendiri;
  2. Mengambil tindakan siasatan lanjut terhadap pegawai-pegawai SPRM seperti yang disaran oleh laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja kes Teoh Beng Hock dan juga Majlis Peguam;
  3. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dengan bidang kuasa dan terma rujukan seperti yang dicadangkan oleh Laporan Dzaiddin 2005;
  4. Menubuhkan Mahkamah Koroner yang bebas dan profesional serta menggunakan tatacara antarabangsa untuk menyiasat kes-kes kematian luarbiasa termasuk kematian dalam tahanan.


Badan selia PDRM yang bebas dari politik – IPCMC bukan sahaja menghukum tetapi patut berkuasa dalam hal kenaikan pangkat.

Jelas, rakyat sudah menolak harimau tidak bertaring seperti EAIC serta perubahan-perubahan kosmetik yang hanya membazir wang rakyat. Sebaliknya, rakyat menuntut sebuah badan selia yang betul-betul bebas dan berkuasa seperti IPCMC.

Selain daripada kuasa pendakwaan dan kuasa menghukum, IPCMC juga harus diberi kuasa dalam hal kenaikan pangkat polis. Ini akan menjamin kenaikan pangkat dalam pasukan polis adalah berdasarkan prestasi dan bukan kerana campur tangan politik.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sendiri pernah mendakwa bahawa sering berlaku campur tangan politik, termasuk daripada Menteri Kabinet, dalam perjalanan tugas polis. Justeru, penubuhan IPCMC adalah satu-satunya cara untuk menjamin ketelusan dan seterusnya mengembalikan maruah Polis Diraja Malaysia.

Cerita Jerebu di Johor

FB Aminolhuda Bin Hassan
Jerebu yang agak tebal melanda negeri Johor. Saya berhenti di lampu isyarat Pekan Pt. Yaani. Saya tidak nampak dengan jelas pasar awam pekan pt. Yaani yang terletak sejauh 100 meter dari simpang tersebut. Keadaan yg merbahayakan orang ramai dari sudut kesihatan dan keselamatan pengguna jalan raya.
(pemandangan di Parit Yaani)
(Pemandangan di Benut)

FB Dr ungku Mohd Noor Mahmood

Jerebu di Batu Pahat lebih buruk dari semalam.Habuk halus melekat di sana sini.Ia mengandungi bahan karbon aktif merangsang sistem tubuh terutama pernafasan.Tubuh bertindak balas mengeluar simptom.Himpunan simptom tercipta pelbagai jenama penyakit . Apa yg perlu di rawat ?, sistem atau simptom ?

Minta Izin Untuk Berzina (pesanan peguam)

hishamahmad
Pernahkah anak lelaki remaja atau anak perempuan remaja anda meminta izin untuk melakukan dosa? Ya, saya setuju, ini soalan gila. Apahal pulalah saya tiba-tiba utarakan persoalan sebegini. Kalau ditanya langsung depan seorang bapa, peluangnya agak cerah untuk saya… ‘makan’ penampar, jawabnya.

Bagi soalan yang lebih lembut, kurang bersifat ‘personal attack’, bagaimana kalau kita sebagai guru, ustaz, penghulu atau ADUN, tiba-tiba didatangi seorang anak muda meminta izin untuk melakukan zina? Jawabnya, yang bertanya itu pula yang berpeluang ‘makan’ penampar.

Tentu kita tidak terbayang soalan sebegini akan keluar dari mulut generasi muda Islam kita. Tetapi bagaimana 10, 20 30 tahun akan datang sekiranya generasi muda masih dialpa kan dengan segala macam bentuk godaan berunsur seksual. Di suatu zaman akan datang ktika mana generasi muda cetek ilmu dalam gelodak nafsu. Di suatu zaman futuristik di mana gejala keruntuhan akhlak golongan muda berada pada tahap paling kritikal.

Baiklah saya tidak memanjang perkara yang kita rasa amat tidak logick tidak rasional dan tidak masuk akal, so to speak.

Namun ketahuilah, percayalah, terdapat suatu kisah di zaman nabi mengenai seorang pemuda yang meminta izin untuk melakukan dosa. Dosa bukan sebarangan dosa. Dosa zina. Dosa yang sangat hina. Serasa saya, kisah ini mungkin berlaku di peringkat awal perkembangan Islam.

Mungkinkah pemuda ini telah terbiasa dan seronok melakukan zina semasa jahiliyah sebelum memeluk Islam? Mungkinkah, apabila turun ayat al-Quran memerintahkan zina diharamkan, pemuda ini menjadi resah dan gelisah, lalu mencuba nasib berjumpa nabi meminta kebenaran. Manalah tahu, kalau-kalau dapat kelonggaran dan pengecualian.

Kisah ini bukan nukilan dalam kitab hikayat tetapi bersumberkan hadis di Musnad Imam Ahmad [No Hadith 21185]

Maksudnya: “…dari Abu Umamah berkata: Sesungguhnya seorang pemuda menemui Nabi s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah s.a.w.! Izinkan aku untuk berzina. Orang ramai menghampiri lalu melarangnya, mereka berkata: “Jangan, jangan.” Rasulullah s.a.w. bersabda: "Marilah." Dia mendekati Baginda s.a.w. lalu duduk, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai orang berzina dengan ibumu?" pemuda itu menjawab: Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah S.A.W., semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda lagi: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan ibu-ibu mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai orang berzina dengan anak perempuanmu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda: “Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan anak-anak perempuan mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukai untuk orang berzina dengan emak-emak saudara dari sebelah ayahmu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w. bersabda: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan emak-emak saudara mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apa kau menyukainya orang berzina dengan emak-emak saudaramu dari sebelah ibumu?" Tidak, demi Allah s.w.t. wahai Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi s.a.w bersabda: Orang lain juga tidak menyukai penzinaan dengan emak-emak saudara mereka." Kemudian Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan Baginda s.a.w pada pemuda itu dan berdoa: "Ya Allah! Ampunilah dosanya, bersihkan hatinya, jagalah kemaluannya." Setelah itu pemuda itu tidak pernah mengerling mana-mana wanita pun.”

Sejak itu juga, zina adalah dosa yang paling dibencinya.

Wahai anak-anak muda lelaki dan perempuan sekelian,

Wahai bapa-bapa, ibu-ibu, kakak-kakak, abang-abang… kepada anak-anak muda ini. Ketahuilah!

Nasihat nabi s.a.w. kepada pemuda ini, meresap jauh ke dalam hati. Pada zaman ini disebut pendekatan psikologi. Sebahagian manusia moden menganggap ia idea dan kaedah baru. Padahal, nabi sudah laksanakan lebih 1400 tahun yang lalu.

Oleh itu, setiap ibu, kakak, adik perempuan atau setiap wanita bagi setiap keluarga, berilah pesanan dan peringatan kepada setiap lelaki di dalam rumahmu, dari kalangan ahli keluargamu, katakanlah;

“wahai anak lelakiku!”

“Wahai abangku!”

“Wahai adik lelakiku”

“Janganlah dikau lakukan zina dengan mana-mana wanita.

Sekalipun kau suka, dia pun suka!”

“Jangan kau tergamak merosakkan kesucian,

mana-mana perempuan,

sekalipun dirimu diberi keizinan,

secara rela atau dalam keterpaksaan.”

“Sanggupkah engkau, jikalau...

ibumu ini dirosakkan orang,

kakak mu dipermainkan,

adik perempuan mu dilarikan.”

“Sanggupkah dirimu, kiranya....

orang tersayang dari keluargamu diperdayakan,

direnggut kesucian,

dihancurkan kegembiraan,

masa depan kabur dan kelam,

dibayangi hukum dan pembalasan dosa,

di dunia dan di akhirat sana”

“Demi keredaan illahi

demi kasih kami selama ini

jauhilah dosa zina, jangan ia didekati

“wahai anak lelakiku!”

“Wahai abangku!”

“Wahai adik lelakiku”

Justeru…

tundukkan pandangan,

Jangan dilihat, disentuh dan diimaginasikan

yang tidak halal dan larangan

Nafsu, syahwatmu dan keinginan ...

jangan sampai luar kawalan,

hadith sahih ini jadikan ingatan;

“…dari Abu Hurairah dari Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: "… Zina kedua mata adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lidah adalah berbicara, zina kedua tangan adalah menyentuh, zina kedua kaki adalah melangkah dan zina hati adalah berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan semua itu akan ditindak lanjuti (berkesudahan) atau ditolak (tidak berkesudahan) oleh kemaluan." [Muslim, Sahih Muslim. Kitab Takdir. No Hadith 4802]

Untuk artikel lengkap, ziarahilah :-

SPR memang 'bangang' guna dakwat PRU-12 lalu untuk PRU-13?

nordinali

SPR tubuh pasukan siasatan dalaman

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj daripada petugas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membabitkan penggunaan dakwat kekal.

Siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar selepas dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi tidak mampu bertahan lama seperti dimaklumkan badan bebas itu sebelum ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pasukan siasatan yang dianggotai tiga ahli SPR diberi masa selama sebulan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Siasat secara terperinci

“Petugas SPR ini ada macam-macam, kita tidak tahu niat mereka, jadi ia memerlukan kepada siasatan dalaman secara terperinci bagi mencari kebenaran terhadap perkara itu.

“Kita tidak tahu apakah dakwat ini tidak kekal lama kerana kualitinya ataupun kesilapan pegawai SPR ataupun ada unsur sabotaj, malah kami sendiri terkejut kerana perjanjian dengan pembekal ia mestilah kekal lama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu menjadi polemik apabila pembangkang tidak berpuas hati dengan penggunaannya dan mendakwa ia satu penipuan oleh badan bebas itu.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata penubuhan pasukan siasatan dalaman itu adalah langkah tepat bagi mencari kebenaran terhadap penggunaan dakwat kekal yang tidak mampu bertahan.

Soal kewibawaan

Bagaimanapun katanya, isu dakwat kekal tidak boleh dijadikan alasan ataupun sandaran untuk tindak mengiktiraf keputusan pilihan raya umum lalu, sebaliknya penggunaan dakwat itu mampu meningkatkan lagi kebolehpercayaan perjalanan pilihan raya di negara ini.

“Ia adalah satu langkah wajar kerana ia membabitkan soal kewibawaan dan integriti badan bebas itu selaku pengendali pilihan raya. Malah ia sebahagian daripada cadangan dikemukakan MBM dengan menyentuh isu dakwat kekal membabitkan aspek kualiti serta ketahanannya,” katanya.

Bagi bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, berkata SPR kini sudah dijadikan ‘kambing hitam’ oleh pembangkang bagi menutup kelemahan mereka dan usaha dilakukan suruhanjaya itu bagi mencari kebenaran adalah langkah tepat.

“Petugas SPR ramai, kita tidak tahu arah sokongan mereka, semestinya siasatan terperinci perlu dibuat terutamanya membabitkan pihak yang membuat dan menerima tempahan dakwat kekal ini.

“Tidak mustahil ada yang mensabotaj penggunaan dakwat kekal bagi memburukkan imej SPR serta menimbulkan keraguan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu,” katanya.

Kalau silap kenapa tak mengaku. Itu tanda bangang. Kalau silap tak perlu masa letak aje jawatan, bagi yang lebih berwibawa! Ni tubuh jawatankuasa nak kambing hitamkan siapa pula atas masalah ini. PRU-12 sebelum ini kata ada orang beli dakwat yang sama, itu pun dah banyak juta hilang kerana dakwat berkenaan.

Entah-entah dakwat PRU-12 lalu diguna dan ada yang kebas duit kononnya yang beli baru sedangkan dakwat PRU-12 tidak dihapus pun!

Teori bagaimana mayat Lim Chin Aik hilang

laniismaa
Lim_Chin_Aik_Menara Umno

Kalau sebelum ini, arkitek dari Singapura menyebut [di sini] bagaimana kereta dipandu Lim Chin Aik berkecai seumpama tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak.

Kali ini bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (cawangan utara) Lim Kok Khong berpendapat mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang-kurangnya sedalam 40 meter atau setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit bertetulang dengan kepanjangan 30m.

Panjang konkrit penebat kilat ialah 38m dan ia telah memberi impak secara langsung terhadap bahagian tempat duduk pemandu, Kok Khong.
“Ia betul-betul mengenai bahagian pemandu dan menyebabkan mangsa terbenam jauh ke dalam tanah,” kata Kok Khong.

“Dia akan terbunuh serta-merta.”

“Bayangkan sebatang pensil gergasi jatuh terbenam ke dalam tanah, suku di bahagian atas pecah dan memecahkan permukaan sekitarnya, manakala selebihnya tertanam di bawah tanah.

“Bahagian-bahagian kereta itu diseret turun pada kedalaman lapan hingga sembilan meter.”Hanya 10 meter bahagian konkrit yang jatuh boleh dikenal pasti,” katanya.”Selebihnya masih tertanam bersama mangsa.” – mStar
Kerja-kerja penggalian juga tidak dapat diteruskan melebihi 9 meter kerana struktur tanah yang lemah dan ini boleh menjejaskan integriti struktur bangunan berdekatan, kata Khok Khong. – Rujuk mStarOnline

Inilah hebatnya aura Tok Guru Nik Aziz - MB

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak akan meminggirkan anak muda di negeri itu termasuk mereka yang berada di luar Kelantan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata memandangkan PRU13 lalu sumbangan besar kemenangan di negeri dibantu pengundi muda, kerajaan negeri tidak akan melupakan pengorbanan golongan itu.

Bagaimanapun usaha untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat keseluruhan di negeri itu juga antara sebahagian dari agenda kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada krew Harakahdaily Kuala Lumpur dalam sesi pertemuan dengannya yang diketuai Ketua Pengarang, Zulkifli Sulong, hari ini. (Gambar atas)

Menurut Ahmad lagi, antara tumpuan utama yang bakal diberikan selepas beliau diamanahkan memegang jawatan itu dengan memberi penekanan khusus kepada golongan muda.

“Pada masa yang sama kita akan mempertingkatkan program pertanian yang sehingga kini ianya telah berjaya mencapai tahap sara diri,” ujarnya.

Dalam pertemuan ringkas itu, beliau memberitahu program pertanian dan kebajikan yang menjadi asas pentadbiran kerajaan negeri akan diteruskan.

Beliau tidak menafikan pelantikannya sebagai Menteri Besar begitu mengejutkannya.

“Memang saya masih tersasul, kadang-kadang bila tekan lif, saya tekan untuk ke tingkat dua, iaitu pejabat saya sebelum ini.

“Inilah hebatnya aura Tok Guru Nik Aziz, tidak mampu dicapai oleh saya,” ujarnya sambil tersenyum.

Beliau berkata, ianya begitu berbeza sekiranya Ketua Umum PKR menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Kalau Datuk Seri Anwar sebagai menteri, insya Allah baik,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun akan melaksanakan tanggungjawabnya itu sebaik mungkin dengan kerjasama semua pihak demi untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Ni jawapan TG Nik Aziz kepada Prof kangkung pencacai umno

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua.

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini?

Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini.

Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan UMNO, apa lebihnya UMNO berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam?

Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat UMNO di Johor yang mencadangkan hudud dengan label 'hilang akal', di mana pemimpin UMNO menyembunyikan diri? Jika lebihnya UMNO ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN UMNO di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi UMNO!

Jika UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa UMNO memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat?

Pada saya, Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan UMNO ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku UMNO sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Di zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar.

Kerana itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama UMNO selagi UMNO tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising!

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh: 11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013M

Banglasia mengganas di Malaysia

amkns
20 Jun 2013 - Kuala Lumpur: Enam pelajar sebuah kolej berdepan detik mencemaskan apabila rumah sewa mereka di Jalan Genting Klang, di sini, dipecah masuk empat lelaki warga Bangladesh bersenjatakan pisau pemotong daging, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, semua mereka turut dipukul selain diugut akan dicederakan sebelum kumpulan penjenayah itu melarikan komputer riba, telefon, barang kemas dan wang tunai dianggarkan berjumlah RM36,000.

Menurut sumber, ketika kejadian, semua mangsa berusia awal 20-an itu sedang bersarapan di ruang tamu rumah berkenaan.

"Semua mangsa terkejut apabila empat lelaki bersenjatakan pisau itu meluru masuk ke rumah mereka selepas mengumpil jeriji pintu hadapan.

"Dua daripada enam mangsa dilaporkan dipukul empat penjenayah itu sebelum barangan berharga milik mereka seperti telefon bimbit, komputer riba, wang tunai dan barang kemas dilarikan,” katanya memberitahu, semua mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius.

Sumber itu berkata, biarpun dapat melihat wajah empat suspek terbabit tetapi semua mangsa gagal membuat pengecaman kerana terlalu panik.

Mat Said 'mengamuk' isu Pasar Payang

Hazayani Zakaria
KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.

Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.

"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.

Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.

Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.

Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.

"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.

Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'

"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.

Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.

"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.

"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad.

Gila babi: Pukul dan samun abang kembar sendiri

Adik pukul, samun abang kembarDisebabkan wang, seorang adik tergamak memukul dan menyamun abang kembarnya sendiri.
Suspek bersama tiga lagi rakannya melakukan jenayah tersebut di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Baru di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk menjemput isterinya yang bekerja di sebuah hotel berdekatan sebelum didatangi keempat-empat suspek terbabit termasuk adik kembarnya.

Mereka menghalang kereta yang dipandu mangsa, kemudian menarik keluar dan membelasah sebelum meninggalkannya beberapa meter dari lokasi kejadian.

Mangsa, Abdul Jabar Mohd. Ali, 37, bagaimanapun sempat memandu keretanya ke tempat kerja isterinya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Mangsa cedera di bahagian muka serta kepala dan kini dirawat di Hospital Balik Pulau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, mangsa mengalami kerugian lebih RM10,000 selepas semua barang berharga serta wang tunai sebanyak RM5,000 disamun kesemua suspek.

"Kita sedang memburu kesemua suspek dan kes ini di siasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," ujarnya.
-Utusan-

Maaf, kurang sihat sikit – TG Nik Aziz

Harakahdaily
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berbual dengan Tamrin.
KOTA BHARU: Walaupun sudah tidak menjadi Menteri Besar lagi namun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah terputus dengan orang ramai.

Setiap pagi selesai sahaja solat Subuh berduyun-duyun orang ramai menemui beliau.

Kalau sebelum ini hanya hari cuti sahaja mereka datang tetapi selepas Tok Guru tidak lagi menjadi MB, mereka datang pada setiap hari.

Kerja rutin Tok Guru di pagi hari ini adalah upacara tahnik atau 'belah mulut' dan bercukur kepala bayi yang baru lahir.
Pagi ini, kira-kira 20 bayi ditahnikkan oleh Tok Guru. Ia dilakukan dalam keadaan beliau sendiri tidak berapa sihat.

Ini kerana sebelum melakukan upacara itu beliau terpaksa diurut oleh tukang urutnya kerana sakit pinggang.

Namun keletihan yang jelas kelihatan pada wajah beliau hilang apabila Datuk Tamrin Abdul Ghafar yang datang bertemu beliau di pagi hari ini.

Turut serta krew Harakahdaily dari Kuala Lumpur yang datang membuat kunjungan hormat kepada Mursyidul Am PAS itu.

"Maaf kurang sihat sikit," kata beliau kepada krew Harakahdaily.

Tok Guru nampak sangat bangga dengan ahli-ahli parlimen yang menang dalam PRU13 lepas.

Beliau yakin mereka akan memainkan peranan yang baik dalam setiap kali sidang parlimen selepas ini.
Tuan Guru mentahnik bayi dalam keadaan pinggang beliau terpaksa diurut.

Black 505 dan realiti menarik di selatan

Ahmad Lutfi Othman
Tumpuan saya -- sekurang-kurangnya sehingga Sabtu ini -- masih terfokus kepada Himpunan Black 505, di Padang Merbok, agar ia dapat mencatat sejarah, terutajma dari segi jumlah kehadiran, dan dengan itu memberikan tekanan semaksimum mungkin kepada elit pemerintah untuk segera melakukan perubahan menyeluruh ke atas sistem dan proses pilihan raya di negara ini.

Sepatah kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0, A Samad Said: "Kita merayu supaya ahli-ahli (penyokong Pakatan Rakyat) lebih banyak untuk menyertainya." Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga memutuskan menyokong perhimpunan tersebut. "Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat," kata Naib Presiden PAS, Husam Musa, yang menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS turun ke lokasi.

Ya, ini bukan kali pertama perhimpunan seumpama itu dianjurkan. Agak saya kali kelima; membawa mesej dan tuntutan yang sama tapi seperti tidak dipedulikan walaupun penguasa cuba menunjukkan sikap proaktif dengan menampilkan, misalnya penggunaan dakwat kekal yang kemudiannnya terbukti mudah ditanggalkan, dan akhirnya diakui sendiri oleh Pengerusi SPR. (Dan Pak Samad mencadangkan, Abdul Aziz Mohd Yusuf secara terhormat meletakkan jawatan atas pengakuannya itu).

Apa pun perbedaan tanggapan terhadap reaksi keputusan PRU13, acara 22 Jun itu harus diusahakan sebaik mungkin supaya dapat mencapai sasaran, iaitu bukan hanya berkumpul santai atau berarak di sekitar Padang Merbok dan Tasik Perdana, tetapi perlu membayangkan impak positif terhadap amalan demokrasi yang selama ini berjalan penuh ketempangan. Target utama: Hitamkan seluruh ibu kota petang Sabtu ini.

II.

Sabtu lalu, saya ke Melaka, memulakan kunjungan ke negeri-negeri, melihat realiti politik selepas PRU13. Saya memilih arah selatan tanahair, disebabkan, antara lain, perubahan landskap politik Malaysia empat atau lima tahun akan datang banyak bergantung kepada keupayaan Pakatan mempengaruhi mood pengundi di wilayah yang selama ini dikuasai Umno-BN, selain Sabah dan Sarawak.

PAS mencipta sejarah apabila calonnya, Dr Khalid Kassim, bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, menang di kerusi Dun Bukit Baru, yang dahulunya disandang Mohd Ali Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka.

Kelahiran sulung yang ditunggu begitu lama itu disifatkan Dr Khalid sebagai "legenda yang masih hidup" dan "pembuka mata kepada seluruh rakyat Melaka".

Di Pejabat Perhubungan PAS Negeri, kami berbicara hampir dua jam dan Dr Khalid kelihatan begitu ceria dan bertenaga semasa bercerita, bukan saja tentang pengalaman berkacanya semasa berkempen, tetapi juga sempat meluahkan pandangan (dan kritikan) bernas untuk PAS terus melakar sejarah lebih gemilang di Melaka.

Misi dan visinya untuk mengisi kemenangan diungkapkan dengan penuh yakin, lebih tertumpu kepada kerja-kerja sosial kemasyarakatan, terutama berkaitan penjagaan kesihatan, bidang yang diceburinya sejak sekian lama sehingga bersara awal tahun ini. Banyak ideanya melekat dalam kotak fikiran saya, mungkin difaktorkan oleh laluan hidup saya sendiri yang menempuh pelbagai penyakit kronik!

Saya turut tertarik dengan analisis ringkasnya mengenai "watak politik" masyarakat Tionghua, lelaki dan wanita. Baginya, komitmen orang Cina untuk berubah begitu tinggi, serius dan terfokus. Justeru, sukar diganggu-gugat oleh apa jua usaha kerajaan, walaupun atas nama transformasi.


Kami bergegas ke Batu Pahat selepas terpaksa menamatkan sesi wawancara itu lebih awal. Rakan-rakan saya, Wan Nordin Wan Yaacob, Zaili Muhammad dan Wan Zahari Wan Salleh mengakui teruja, terutama dengan idea-idea baru Dr Khalid, yang banyak memetik ungkapan motivasi yang memberangsangkan.

Pagi Ahad, di Pejabat Perhubungan PAS Johor, kami tidak sempat membuat kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya, Dr Mahfodz Mohamad kerana terleka berbual dengan dua Adun baru PAS, Ustaz Abdullah Husin (Puteri Wangsa), yang juga Ketua Dewan Ulamak Negeri dan Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Timbalan Pesuruhjaya. (Dr Mahfodz mempengerusikan mesyuarat perhubungan negeri pagi itu).

Ustaz Abdullah yang kaya dengan senyuman seronok bercerita tentang pengalaman awalnya berdepan reaksi dan sambutan pengundi dan masyarakat di Puteri Wangsa, termasuk detik-detik indah, juga melucukan, semasa beliau mengunjungi beberapa sekolah pada Hari Guru. Kesimpulannya, masyarakat pendidik mengalu-alukan keprihatinan tinggi yang ditunjukkan Ustaz Abdullah kepada guru-guru.

"Saya mula bertanding pada 1986 di Dun Tanjong Puteri, Johor Bahru dan hilang pertaruhan, disebabkan penolakan masyarakat Cina. Menariknya, pada PRU13 lalu, saya menang di Puteri Wangsa, dengan majoriti hampir 3,500 undi, disebabkan sokongan besar pengundi Tionghua," katanya sambil ketawa kecil.

Beliau kerap menyebut tentang kepatuhan terhadap keputusan jamaah sebagai prinsip dalam perjuangan khususnya apabila diminta bertanding dalam pilihan raya. "Di mana pun kerusi yang diarahkan jamaah, saya akur," katanya, menjelaskan bagaimana beliau dipilih bertanding di Puteri Wangsa.

Ustaz Abdullah berpuas hati dengan prestasi PAS Johor walaupun harapan awal lebih besar untuk digalas. "Tahun 2004 kita dapat satu kerusi, meningkat dua kali ganda pada 2008 menjadi dua, dan bertambah 100 peratus lagi pada 2013 dengan 4 kerusi, tambah menarik kerusi dahulu, Sungai Abong di Bakri dan Maharani di Muar, bertahan dengan majoriti bertambah," tambahnya.

Aminolhuda selesa menggambarkan keazamannya untuk memberi tumpuan meningkatkan kualiti pendidikan di Parit Yaani. "Keluarga yang terkepung dengan masalah kemiskinan hanya dapat bebas dengan pendidikan," ujarnya. Beliau yakin ramai tenaga pengajar bersedia membantu pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM, dengan penekanan kepada subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

Berbicara soal PRU13, Aminolhuda merumuskan: "Walaupun kita mensasarkan 17 kerusi Dun, dan hanya dapat 4 tetapi kita ada 8 kerusi dengan undi lebih 40% dan 5 lagi melebihi undi 37%. Maknanya, prestasi PAS Johor pada 17 kerusi yang menjadi target, tentulah termasuk empat yang sudah menang, begitu berpotensi sekali. Pada 2008 di Parit Yaani, kita juga perolehi 37% undi. Untuk PRU14, kita mesti sasarkan pengundi Melayu, jika pendekatan betul, insya-Allah saya yakin Pakatan berjaya ke Nusa Jaya."

Gempak Saga SV, RM250 sebulan, tipu pembeli!!

laniismaa
Proton-Saga-SV Proton Saga SV. Proton melancarkan siri terbaru Saga SV – Saga Super Value (SV) mereka dengan harga RM33, 888.00. Harganya agak berpatutan dan berkurangan dari harga model sebelumnya. Ia dilancarkan Sabtu lalu oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara.
Proton-Saga-SV-1
Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock. Ia dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.
Proton buat gempak dengan baner mereka dengan kadar bayaran RM250 sebulan. Itulah yang cuba dipertikaikan. Adakah RM250 sebulan yang benar-benar RM250 sebulan sepanjang tempoh pinjaman. Pembeli diminta tanya apakah maksud tanda bintang pada harga tersebut dan cuba darab RM250 x 9 tahun=??

Cuba kita kirakan….
Proton-Saga-SV
Harga kereta, RM33, 888.00. Bayaran deposit untuk pembelian kereta biasanya 10% iaitu RM3388.00. Baki adalah sebanyak RM30 500.

RM30 500 akan dipinjam dengan kadar faedah sebanyak 2.85 setahun [anggaran - maklumat salesman]. Faedah untuk 9 tahun [jumlah tahun paling lama dibenarkan Bank Negara] adalah sebanyak RM7823.25 dan bayaran bulanan untuk 9 tahun [pinjaman + faedah] ialah sebanyak RM354.85

Jadi Proton dah bagi gempak dengan RM250 sebulan. Gempak Proton menjadi untuk mengelirukan pembeli. Betullah RM250 tetapi mungkin hanya untuk tahun pertama atau hingga tahun kedua, selepas itu bayaran bertambah lagi banyak.

Jadi bakal pembeli janganlah teruja sangat!! Adat orang berniaga, bohong tu..bohonglah juga. -  Lagi....

Pelatih PLKN lahir bayi lelaki di tandas kem

MUAR: Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.

Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.

Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.

"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. 
-Bernama-