Ini yang terdedah: Askar AS mohon maaf

Askar  AS  mohon maaf
Ini yang terdedah. Bayangkan berapa banyak yang tak terdedah atau sengaja disembunyikan kekejaman tentera Amerika terhadap umat Islam di mana-mana.


Sarjan akui bunuh 16 penduduk Afghanistan perbuatan pengecut

Washington: Pegawai tentera Amerika Syarikat berpangkat sarjan, Robert Bales, yang mengaku bersalah membunuh 16 penduduk kampung di Afghanistan, semalam memohon maaf kepada keluarga mangsa dan berkata tindakannya adalah perbuatan pengecut.

Bales yang tidak dapat menahan sebak, bercakap ketika perbicaraan membabitkan tindakannya yang disifatkan jenayah paling dahsyat pernah dilakukan seorang askar Amerika Syarikat di Afghanistan. Antara yang terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak.
“Apa yang saya lakukan adalah perbuatan pengecut dan penakut,” kata Bales di mahkamah tentera, yang dipetik Seattle Times. Ini adalah kali pertama Bales memohon maaf di atas perbuatan pembunuhan beramai-ramai itu.


“Saya benar-benar memohon maaf atas apa yang saya lakukan. Saya membunuh keluarga mereka. Jika saya boleh mengembalikan semula nyawa mereka, saya akan lakukannya,” kata bapa kepada dua orang anak itu.

Penjara seumur hidup

Bales yang bersemuka dengan mangsa terselamat dalam serangannya itu minggu ini, berdepan hukuman penjara seumur hidup. Dia mengaku bersalah Jun lalu, bagi mengelak hukuman mati.

Pendakwa dan peguam bela menutup hujah masing-masing hari ini, manakala enam anggota juri tentera akan memutuskan sama ada Bales boleh membuat permohonan pengampunan selepas 20 tahun dipenjarakan.
Seattle Times melaporkan, Bales bercakap ketika memberi keterangan tidak bersumpah, bermaksud dia tidak boleh disoal balas. Dia bagaimanapun tidak memberi butiran terperinci dan alasan melakukan pembunuhan itu.

Minggu ini Bales diperintahkan mendengar keterangan menyayat hati mangsa terselamat dan bagaimana mereka terpaksa menjalani kehidupan penuh trauma selepas kejadian itu.

Tekanan melampau

Panel dianggota tiga pegawai tentera dan tiga askar kanan, dimaklumkan mengenai tekanan fizikal dan emosi melampau yang terpaksa mereka hadapi berikutan tindakan Bales.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Bales minum minuman keras dan menonton filem bersama askar lain sebelum serangan itu.

Peguam Bales, John Henry Browne berkata pasukannya bercadang memanggil hingga 10 saksi pakar untuk memberi keterangan mengenai kesan penghantaran askar ke pelbagai lokasi, masalah tekanan dan isu kesihatan lain.

Mereka akan mencadangkan Bales mengalami sindrom gangguan tekanan selepas trauma (PSTD) dan kecederaan otak akibat trauma.
- AFP

Anak dedah pembunuhan pegawai tertinggi Kastam berkait penyeludupan kereta di Langkawi

DIYANA IBRAHIM
Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.

Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.

"Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.

"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.

"Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.

Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.

Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.

Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.

"Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.

Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.

Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.

"Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.

"Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.

Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.

Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.

"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.

Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.

Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.

Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.

Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".

Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. - 24 Ogos, 2013.

Stancy (artis) masuk Islam??

Tranungkite

Jumaat lalu, penyanyi lagu 'Bosan' Stacy (bekas pelajar AF) telah memeluk Islam mengikut sumber yang rapat.

Kini namanya Nur Aisyah Rabiah. Beliau dipimpin syahadah oleh Nur Farhana Ambiang di Keningau.

Nur Aisyah tertarik memeluk Islam apabila sering melihat abangnya, Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu mengikut sumber.
Setakat ini masih belum ada maklum balas daripada Stacy sendiri di twitternya.

Jika benar alhamdulillah semoga Allah berkati kehidupannya yang akan mendatang.

Mesir: Dr Asri belasah ulama muda Umno

http://omakkau.blogspot.com
ISU MESIR .... MANTAN MUFTI PERLIS BELASAH "ULAMA" MUDA UMNO KERANA KHIANAT MENGGUNAKAN NAS-NAS ISLAM!!!!
Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohad Asri Zainul Abidin melalui twitternya hari ini telah belasah "ulama" muda UMNO yang dikatakan memutar belitkan nas dan hukum secara khianat terhadap nas-nas Islam mengenai pergolakan yang sedang berlaku di Mesir.

Inilah dia apabila ilmu agama dijual kerana kejarkan jawatan.

Senarai nama 35 mangsa korban Genting Highlands

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 35 daripada 37 mangsa yang terkorban dalam nahas bas di Genting Highlands Rabu lepas yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Forensik HKL Dr Mohd Shah Mahmood, mereka ialah:

1. Ng Ah Hen (lelaki), 70
2. San Chin Shin (lelaki), 22
3. Bhuiyan Rafique Ali (lelaki), warga Kanada bangsa Bangladesh
4. Kwan Chin Yii (perempuan), 21
5. Choo Peng Kwan (lelaki), 66
6. Ahmat Busairi (lelaki) warga Indonesia
7. Lee Lain Eng (wanita), 66
8. Prem Bahadur Budha Magar (lelaki), warga Nepal
9. Lee Chew Wah (wanita)
10. Kim Dongo (lelaki), warga Korea
11. Loh Kim Lam (lelaki), 78
12. Chan Ah Hua (lelaki), 62
13. Udamjist Singh A/L Jit Singh (lelaki), 41
14. Law Tian Meng (lelaki), 35
15. Yap Heng (lelaki), 61
16. Nagendra Rai (lelaki), warga Nepal
17. Shukhvir Singh (lelaki), warga India
18. Lee Fook Wah (lelaki), 62
19. Soon Ken Tea @ Soo Chin Chee (wanita), 65
20. Chan Lye Huat (lelaki), 54
21. Tan Chor Boon (lelaki), 55
22. Tan Kok Moon (lelaki), 47
23. Low See Kee (perempuan), 19
24. Tengku Khairul Anuar Tengku Alias (lelaki), 26
25. Leow Siew Min (lelaki), 56
26. Arthur Masih (lelaki), warga India
27. Chan Fook Choy (lelaki), 61
28. Yap Mui (wanita), 59
29. Kamothip Piamthananurak (wanita), warga Thailand
30. Low Kwai Hing (lelaki) (kewarganegaraan tidak dikenal pasti)
31. Mohamad Rasib Jantan (lelaki), 60
32. Kritravee Piamthananurak (wanita), warga Thailand
33. Lim Kok Hoe (pemandu bas) (lelaki), 43
34. Sub Moy @ Sak Moy (wanita), 65
35. Sek Swi Chan (wanita), 53

(NOTA: mangsa rakyat Malaysia tidak dinyatakan kewarganegaraan)

Bagaimanapun, Dr Mohd Shah berkata dua mayat masih belum dapat dikenal pasti, iaitu mayat seorang lelaki dan seorang wanita. 
-Bernama-

2 peti besi, barang kemas, jam Isa Samad dilarikan

amkns
2013/08/23 NILAI: Empat lelaki bersenjata parang memecah masuk rumah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan mengikat lima anggota keluarga ahli politik berkenaan dalam kejadian di Nilai Springs Villa, di sini awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, tiga lelaki terbabit memasuki banglo itu ketika anggota keluarga Mohd Isa iaitu dua anak perempuannya, seorang menantu lelaki, seorang cucu dan anak saudara selain seorang pembantu rumah sedang tidur.

"Kesemua mangsa termasuk seorang pembantu rumah yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an dikumpul dalam sebuah bilik dan diikat oleh penjenayah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit kemudian menggeladah kediaman itu dan melarikan empat telefon bimbit serta dua peti besi yang mengandungi barang kemas serta jam berjenama milik ahli politik itu yang dianggar bernilai ribuan ringgit.

Katanya siasatan awal mendapati penjenayah memecah masuk kediaman itu melalui pagar belakang dan bertindak mengacukan parang terhadap seorang anggota polis bantuan yang berada di pondok pengawal di hadapan rumah itu dan mengikatnya.
"Seorang daripada suspek mengawal anggota polis bantuan itu manakala tiga lagi suspek masuk ke rumah mangsa selepas mengumpil tingkap rumah di bahagian belakang," katanya.

Mohd Yusoff berkata semua mangsa berjaya melepaskan diri dengan bantuan seorang anggota polis bantuan lain yang tiba selepas semua suspek beredar.

Jumlah kerugian sedang ditafsir oleh mangsa dan pihak polis sedang memburu semua suspek terlibat, katanya yang meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Mohd Isa dan anggota keluarganya enggan ditemui pemberita kerana masih trauma dengan kejadian itu. - BERNAMA

Sumber :link

Miss France VS Muslimah berniqab

TKO

The Miss France told a Muslim Woman in Niqab: " What is the interest cover your body and face that’s absurd ! "

Niqab in the Muslim replied : " And you , what is the interest you undress in front of the whole France , is not that absurd ? "

Miss France berkata kepada Muslimah berniqab : "Apakah faedahnya kamu menutupi semua tubuh dan wajahmu, itu adalah hal yang tidak masuk akal !"
Muslimah berniqab menjawab : "Dan kamu, apa manfaatnya kamu membuka pakaianmu di depan seluruh rakyat Francis, bukan kah itu sebenarnya yang tidak masuk akal ?"

Jawaban yang sangat tepat ditengah perang pemikiran yang melanda generasi muda umat Islam saat ini.

Telanjang di depan umum koq bangga... ckckckckckkk....

----------
Sumber : gvlben.tumblr.com
Artikel : My Diary

Erdogan menangis mendengar surat dr Biltaji yg ditujukan kpd anak perempuannya yg syahid


Rajeb Toyyib Erdogan PM Turki menangis di tv Turki secara langsung bila mengenangkan kematian ribuan penyokong dr Morsi yg dibunuh oleh Sisi.

Beliau menangis lagi bila mendengar surat dr Biltaji yg ditujukan kpd anak perempuannya yg syahid.

Sumber: Ikhwan online

Sebelum ini Prihatin Mesir telah menyiarkan surat Dr. Beltaji itu.

NUKILAN DR BILTAJI:
ANAK DAN GURU KESAYANGANKU.

'Anakku, bukan selamat tinggal ucapanku tapi esok kita bertemu kembali'.
Anakku, detik terakhir pertemuan kita,kamu merungut "Wahai ayah, hatta saat kita bersama pun kamu masih sibuk" aku membalas: "nampaknya kehidupan ini tidak mampu memberikan kepuasan kepada kita, semoga Allah memberi kebahgian kepada kita untuk bersama sama di syurga".

Aku merasa cukup sedih tidak dapat mengiring jenazahmu, tidak mampu memberi penghormatan terakhir kepadamu, tidak sempat memberi kucupan terakhir di dahimu, tidak mampu mengimamkan jenazahmu,
demi Allah wahai anakku, bukan kerana takutkan mati, bukan kerana takutkan penjara tetapi semata-mata ingin menyempurnakan revolusi ini hingga tercapai kejayaan dan semua matlamatnya.

Sekali lagi anakku, bukan selamat tinggal tetapi selamat berjumpa kembali, pertemuan dalam masa terdekat di kolam bersama Nabi saw. dan sahabat-sahabatnya.. Di Syurga di sisi tuhan maha perkasa...

Sumber dr FB Prihatin Mesir

FJP NEWSPAPER.

'Tak sangka ALLAH balas cepat'

Sinar Harian
SedekahKETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.

Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.

“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.

“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.

Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.

Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.

“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.

Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

Ini bukan Giler tapi Giler Babi: Lelaki rela isteri kahwin kontrak

Sudah diketahui umum bahawa kahwin kontrak marak terjadi di kawasan Cisarua, Bogor, Jawa Barat. Pelaku kahwin kontrak kebanyakan warga negara asing asal Arab (Timur Tengah).

Yang membuat siapapun mengurut dada, faktanya kebanyakan perempuan yang rela dinikahi secara kontrak itu telah bersuami. Sebelum dinikahi, pelaku harus terlebih dulu meminta izin kepada suami dari perempuan itu.
Tempat Kawin Kontrak Di Puncak,Bogor
Tempat Kawin Kontrak Di Bogor
Tempat-tempat yang menerima "klien asing" untuk kahwin kontrak
"Di sini laki-laki Arab kalau mahu nikahin wanita itu harus izin suaminya dulu. Kalau suami oke nanti tanda tangan kontrak pakai materai. Kalau enggan setuju ya tak boleh," kata Rudi, warga setempat, di Desa Batu Layang, Cianjur, Jawa Barat, isnin 19 Ogos 2013.

Namun Rudi menyanggah jika kawin kontrak ini dilakukan oleh warga Cisarua. Dia mengatakan kebanyakan tetangganya hanya menampung para tenaga kahwin kontrak.

"Kebanyakan dari Cirebon, Cianjur. Mereka ditampung di vila-vila di sini," kata Rudi.

Rudi mengungkapkan tidak semua warga Arab yang datang dan kahwin kontrak menelantarkan anaknya. "Kebanyakan mereka kahwin selama tiga bulan. Nanti pergi kalau punya anak ya sudah, tapi ada juga yang enggak nelantarin anaknya," tutup dia.
Kawin Kontrak Di Puncak,Bogor
Wanita-wanita ini sedang menunggu penandatanganan kahwin kontrak mereka
Setidaknya ada 20 RT di sejumlah desa di Cisarua yang memiliki klien WNA kahwin kontrak. Kebanyakan warga asing yang melakukan kahwin kontrak di kawasan ini berasal dari Afghanistan dan Pakistan. Tarif yang ditawarkan mereka boleh sampai puluhan juta perbulannya untuk kahwin kontrak.
(Gkdz)
Sumber: link

Kenapa kerajaan BN beri muka kepada warga Bangladesh?

Tuan Ibrahim Tuan ManSHAH ALAM: Pas menggesa kerajaan untuk meneliti hasrat membawa 1.4 juta warga Bangladesh bagi mengisi peluang pekerjaan di negara ini di samping memikirkan kesan jangka masa panjangnya.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemasukan beramai-ramai warga asing hanya memberi saingan kepada rakyat yang masih dibelenggu masalah pengangguran.

Beliau turut mempersoalkan status peluang pekerjaan apabila kerajaan mengumumkan kemasukan warga asing dalam kuantiti yang banyak.

"Pas memandang perkembangan ini dengan serius. Apakah peluang pekerjaan di negara begitu banyak sehingga memerlukan tenaga kerja sebegitu besar dari negara Bangladesh?

"Apakah jaminan kerajaan untuk memastikan golongan ini tidak diberikan kad pengenalan biru dan dapat mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam daftar SPR?," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Media semalam melaporkan 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat-peringkat ke negara ini menjelang awal tahun depan, bakal mempunyai kad pengenalan khas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go).

"Warnanya pula akan ditentukan mengikut sektor pekerjaan bagi mengelakkan mereka bertukar-tukar kerja," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga berkata kerajaan perlu mengkaji semula daripada pelbagai sudut termasuk kadar jenayah apabila golongan ini di bawa masuk ke Malaysia.

"Kerajaan perlu memastikan masalah pengangguran di dalam negara diselesaikan dahulu. Jangan kerana semata-mata ada industri yang inginkan buruh murah, maka kedaulatan negara digadaikan.

"Bagaimana pula impaknya pada rakyat Malaysia yang dikahwini warga Bangladesh ini? Apakah warga Bangladesh ini akan terus diberi kerakyatan semata-mata mengahwini rakyat tempatan?

"Kerajaan seharusnya mencari penyelesaian bagaimana rakyat sendiri boleh memenuhi ruang pekerjaan ke dalam industri yang memerlukan tenaga buruh rendah dan bukannya dengan mengambil jalan mudah dengan mengambil 1.4 juta warga Bangladesh," katanya.

Zionis: Kita akan menangis darah jika kudeta As-Sisi gagal

AssisiDr Saleh An-Ni’amy, seorang pakar dalam urusan Yahudi, telah mengutip beberapa pengakuan dari para pengamat Zionis akan adanya “pengawasan” Tel Aviv terhadap Kudeta Abdul Fattah Al-Sisi.
An-Ni’amy mengatakan di akun Facebooknya apa yang telah ditulis oleh Dan Margelt, seorang pengamat di sebuah surat kabar “Israel Today”, yang mengatakan,”Kita akan menangis darah untuk generasi kita jika kita membiarkan kudeta ini gagal dan Ikhwanul Muslimin kembali memerintah Mesir.”

Margelt dalam sebuah artikel di surat kabar menjelaskan,”jika setiap negara melakukan aksi menentang Rezim baru dan Ikhwanul Muslimin kembali memerintah maka wajib bagi Israel untuk melakukan apapun untuk menjamin hal tersebut tidak terjadi, karena Ikhwan akan membalas kepada Israel ketika mereka kembali memerintah setelah apa yang dilakukan Tel Aviv daam mendukung Sisi.

Margelt, yang merupakan reka dekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu itu menambahkan “Sisi melakukan pembunuhan karena ia menyadari kegagalannya dalam kudeta, dan kita mendukung keberhasilan pemerintahannya. Ini bukanlah kisah kehidupan dan kematian As-Sisi saja, tetapi juga bagi Kita Israel.” (hr/im)
http://www.eramuslim.com

Sirul, Azilah bebas tuduhan bunuh sebab Altantuya tembak dan letup diri sendiri?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, lapor portal The Malaysian Insider.
Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan mereka.

Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.

Dua Orang Insan yang BODOH dalam menganalisis Isu Mesir

FB Penerus Perjuangan
Gambar: Dua Orang Insan yang BODOH dalam menganalisi Isu Mesir,  Kiri : Khiri Jalalluddin sebagai Atase Pendidikan Akademik (Perubatan), Unit Penyelidikan dan Pengkomersilan di Education Malaysia Egypt. pegawai kerajaan.  kanan : Mohd Faizal Sabhon Graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar dalam bidang syariah dan sekarang menuntut di Universiti Cairo dalam bidang Perundangan Islam di peringkat Sarjana (MA) tokoh yang beliau kagum adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Blog : http://www.ezoegypt.blogspot.com  boleh lihat pada WALL FACEBOOK mereka.   Disaat sahabat-sahabat seperjuangan kita memperjuangkan Syariah dan Syariyyah, dua individu ini boleh mengatakan mereka pengganas, jika mereka pengganas sudah lama mereka mengganas sejak 30 Jun yang lalu, mengapa mereka tidak lakukan, malah sebulan lebih mereka bermunajjat di dua medan Nahdah dan Rab'ah.  Dalam Al-Quran menyebut seseorang berhak malah wajib mempertahankan diri mereka apabila mereka diserang dengan syarat tidak dahulukan serangan.  Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Al-Baqarah 2:190)  Jika ada bukti yang jelas bahawa pihak Penyokong Dr. Mursi melakukan serangan dahulu sila kemukakan...jangan hanya tayang video pendek dan ambil berita yang telah dimanipulasi.
Kiri: Khiri Jalalluddin sebagai Atase Pendidikan Akademik (Perubatan), Unit Penyelidikan dan Pengkomersilan di Education Malaysia Egypt. pegawai kerajaan.

kanan: Mohd Faizal Sabhon Graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar dalam bidang syariah dan sekarang menuntut di Universiti Cairo dalam bidang Perundangan Islam di peringkat Sarjana (MA) tokoh yang beliau kagum adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Blog : http://www.ezoegypt.blogspot.com/

boleh lihat pada WALL FACEBOOK mereka.

Disaat sahabat-sahabat seperjuangan kita memperjuangkan Syariah dan Syariyyah, dua individu ini boleh mengatakan mereka pengganas, jika mereka pengganas sudah lama mereka mengganas sejak 30 Jun yang lalu, mengapa mereka tidak lakukan, malah sebulan lebih mereka bermunajjat di dua medan Nahdah dan Rab'ah.

Dalam Al-Quran menyebut seseorang berhak malah wajib mempertahankan diri mereka apabila mereka diserang dengan syarat tidak dahulukan serangan.

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
(Al-Baqarah 2:190)

Jika ada bukti yang jelas bahawa pihak Penyokong Dr. Mursi melakukan serangan dahulu sila kemukakan... jangan hanya tayang video pendek dan ambil berita yang telah dimanipulasi.

Pemandu bas seolah 'merasainya' - penumpang yang cedera

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands semalam berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu.

Nur Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, berkata sebelum bas terjunam ke dalam gaung pemandunya sempat memberhentikan bas dan turun selama tiga minit untuk melihat enjin bas sebelum naik semula dan menghidupkan enjin.

"Pada masa itu saya terdengar bunyi yang begitu kuat dari bahagian depan bas tetapi pemandu itu masih meneruskan perjalanan," katanya yang duduk di belakang pemandu bas dalam perjalanan itu.

"Masa itulah, tiba-tiba bas tidak dapat dikawal, cuba mengelak beberapa kereta dan bas tapi saya perasan bas ada melanggar dua tiga buah kereta sebelum sampai di suatu selekoh, bas terus menjunam jatuh ke dalam gaung," katanya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu, dekat sini, hari ini.

Nur Maizatul yang merupakan mangsa kedua yang dibawa naik dari dalam gaung dalam insiden itu berkata ini merupakan pengalaman pertamanya pergi dan pulang dari Genting Highlands bersama kawan lelakinya, Mohd Razis Ibrahim, 23, dengan menaiki bas dan menjadi detik ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Saya ingat lagi masa itu keadaan sangat cemas, takut dan semua menjerit kuat. Tetapi saya tidak faham mengapa bas boleh bawa ramai penumpang sehingga ada yang sanggup berdiri dan duduk di pintu tangga bas," katanya sambil menambah kawannya kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya ketika di dalam gaung itu, beliau berkata saat itu merupakan saat yang paling menakutkan apabila melihat ramai penumpang sudah bergelimpangan di sekitar bas itu dalam keadaan cukup menyayat hati.

"Saya lihat satu-satu daripada mereka depan mata saya sendiri, ada yang sudah tidak bernyawa, ada yang kritikal.

"Pada masa itu, saya meminta tolong lelaki sebelah kiri saya yang juga terselamat untuk membantu saya bangun kerana kaki saya patah tetapi dia pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana turut mengalami nasib yang sama seperti saya (patah kaki)," katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves dan menetap di Rawang bersama keluarganya.

Sementara itu, abang mangsa, Mohamad Nor Fazli Sahazmi Ahmad Sharuddin, 26, berkata beliau bersama ibunya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada ayahnya yang mengatakan adiknya terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands.

"Ayah hubungi saya selepas seorang anggota bomba menelefonnya menggunakan telefon adik dan memberitahu adik selamat tapi cederanya agak teruk. Masa itu pukul 3.30 petang, saya tidak fikir apa terus pergi sana.

"Sejam kemudian saya sampai di tempat kejadian, saya buntu, saya pergi ke khemah yang menempatkan mayat-mayat, saya lihat satu persatu mayat sebab tidak pasti keadaan adik dan tak jumpa," katanya.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang, abang iparnya menelefon beliau memaklumkan Nur Maizatul berada di Hospital Sungai Buloh.

"Masa itu, rasa bersyukur sangat adik selamat, cuma mengalami cedera di muka, patah di bahagian tulang punggung, betis dan paha," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa warga Korea yang dirawat di Unit Kecemasan (ICU) Hospital Sungai Buloh, Kang Byoung Kuk berusia 60 tahun tidak dapat
ditemubual kerana masih tidak sedar diri. 
-Bernama-

Siapa jumpa mamat ni kasi letup dipunya kepala..


Kes berlaku di Bandar Putera 2 Klang. Cubaan memecah masuk rumah penghuni yang berjaya dirakam oleh jiran belakang rumah. Siapa kenal mamat nie? Mohon share maklumat dia.

Video oleh Mohd Razie Razali

ALBA
Suka selongkar pasal video

As-syahid Mus’ab As-syami meninggalkan 5,500 gambar ‘penyembelihan’ Rabaah

Fb Akhukum Abdul Malik
Gambar: Prihatin Mesir | Perwira Rabaah  As-syahid Mus’ab As-syami meninggalkan 5500 gambar ‘penyembelihan’ Rabaah sebagai warisan sejarah.  Mus’ab seorang pemuda dari wilayah Iskandariah adalah jurugambar  Rassd telah meniggalkan 5500 gambar dokumentasi peristiwa meleraikan perhimpunan aman Medan Rabaah Adawiah di akaun Flickr beliau.  Mus’ab merakam peristiwa sebenar yang berlaku di Rabaah bagaimana pihak tentera dan polis Mesir 'melayan' perhimpunan aman bagaikan pengganas. Beliau juga merakamkan detik-detik tembakan gas pemedih mata, shotgun dan peluru hidup yang menyebabkan hampir 2000 orang syahid.  Link dokumentasi gambar beliau : http://www.flickr.com/photos/mosaaberising   Sumber : http://fj-p.com/article.php?id=80112  #prihatinmesir
As-syahid Mus’ab As-syami meninggalkan 5500 gambar ‘penyembelihan’ Rabaah sebagai warisan sejarah. Mus’ab seorang pemuda dari wilayah Iskandariah adalah jurugambar Rassd telah meniggalkan 5500 gambar dokumentasi peristiwa meleraikan perhimpunan aman Medan Rabaah Adawiah di akaun Flickr beliau. Mus’ab merakam peristiwa sebenar yang berlaku di Rabaah bagaimana pihak tentera dan polis Mesir 'melayan' perhimpunan aman bagaikan pengganas. Beliau juga merakamkan detik-detik tembakan gas pemedih mata, shotgun dan peluru hidup yang menyebabkan hampir 2000 orang syahid. Link dokumentasi gambar beliau : http://www.flickr.com/photos/mosaaberising Sumber : http://fj-p.com/article.php?id=80112 #prihatinmesir

As-syahid Mus’ab As-syami meninggalkan 5,500 gambar ‘penyembelihan’ Rabaah sebagai warisan sejarah. Semoga Allah merahmati As-Syahid dan gambarnya akan dikenang sebagai pusaka berharga buat generasi akan datang.

Prihatin Mesir | Perwira Rabaah

As-syahid Mus’ab As-syami meninggalkan 5500 gambar ‘penyembelihan’ Rabaah sebagai warisan sejarah.

Mus’ab seorang pemuda dari wilayah Iskandariah adalah jurugambar Rassd telah meniggalkan 5500 gambar dokumentasi peristiwa meleraikan perhimpunan aman Medan Rabaah Adawiah di akaun Flickr beliau.

Mus’ab merakam peristiwa sebenar yang berlaku di Rabaah bagaimana pihak tentera dan polis Mesir 'melayan' perhimpunan aman bagaikan pengganas. Beliau juga merakamkan detik-detik tembakan gas pemedih mata, shotgun dan peluru hidup yang menyebabkan hampir 2000 orang syahid.

Link dokumentasi gambar beliau : http://www.flickr.com/photos/mosaaberising


#prihatinmesir

Lihatlah wajah senyuman begitu indah syuhada di Mesir

http://www.queachmad.com
MESIR TERKINI | [GAMBAR] Wajah-Wajah Senyuman Yang Begitu Indah Syuhada Di Mesir | INDAH DAN NIKMATNYA MATI SYAHID. ORANG YANG MATI SYAHID BERCITA-CITA UNTUK HIDUP SEMULA DAN MATI LAGI KERANA TERLALU LAZAT NIKMATNYA
[GAMBAR] Wajah-Wajah Senyuman Yang Begitu Indah Syuhada Di Mesir | INDAH DAN NIKMATNYA MATI SYAHID
[GAMBAR] Wajah-Wajah Senyuman Yang Begitu Indah Syuhada Di Mesir | INDAH DAN NIKMATNYA MATI SYAHID

Maksud firman Allah Taala:
baca lagi & lagi GAMBAR, Klik TAJUK ENTRI ni" Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (gugur syahid) di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan dikurniakan rezeki.
(dan juga) Mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) tiada kebimbangan (berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman". (Surah ALI IMRAN: Ayat 169-171)

Rasulullah SAW bersabda;

Seorang yang mati syahid diberi ENAM kelebihan pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya membasahi bumi:

1. Diampunkan semua dosa dan kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar (pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.
(Hadith Riwayat Bukhari)

Riwayat yang lain disebutkan bahawa terdapat TUJUH kelebihan mati syahid:

1.Diampunkan dosanya ketika titisan darahnya yang pertama dan diperlihatkan tempatnya di syurga.
2.Dipakaikan dengan pakaian iman.
3.Dikahwinkannya dengan 72 orang bidadari.
4.Dibebaskan daripadanya siksa kubur.
5.Aman daripada kejutan besar (iaitu tiupan sangkala).
6.Dipakaikan mahkota kebesaran yang lebih bernilai daripada dunia dan isinya.
7.Orang yang mati syahid dibenarkan untuk memberi syafaat 70 orang daripada keluarganya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Sabda Rasulullah Saw:

"Tidak sesorang pun yang masuk syurga ingin pulang ke dunia walaupun diberikan kepadanya kekayaan dunia kecuali mereka yang mati syahid.Orang yang mati syahid ingin pulang supaya dia terbunuh (syahid) SEPULUH kali lagi kerana melihat kemuliaan syahid itu." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

YA ALLAH! KURNIAKAN KAMI SYAHID..
sumber: kakisembang.com

Lelaki warga emas terpaksa ke hospital setelah memasukkan garpu dalam lubang kemaluan untuk keseronkkan seks

Canberra: Banyak cara untuk anda menikmati keseronokan seksual. Tetapi memasukkan garpu ke dalam kemaluan bukan satu daripadanya.

Doktor di Canberra, Australia baru-baru ini berjaya mengeluarkan garpu besi sepanjang 10 sentimeter dari kemaluan seorang lelaki yang memasukkan benda asing itu, kononnya untuk menikmati cara baru keseronokan seks Lelaki berusia 70 tahun itu mengunjungi jabatan kecemasan Hospital Canberra mengadu kemaluannya berdarah.

Dia mengaku memasukkan garpu itu ke dalam uretranya. Malangnya, keseronokan yang diimpikan menjadi mimpi ngeri baginya apabila garpu berkenaan tersekat menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau. Meskipun begitu, dia mengambil masa hingga 12 jam sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Menurut laporan dalam keluaran terbaru Jurnal Pembedahan Antarabangsa, garpu itu tersekat begitu teguh di dalam kemaluan mangsa hingga doktor berdepan dengan kesukaran untuk mengesannya.

Sebaik berjaya menentukan kedudukannya, pelbagai cara digunakan untuk mengeluarkan garpu itu dan akhirnya berjaya selepas mengguna forsep serta pelincir yang banyak.

Lelaki tua itu kemudian dibenarkan pulang dan dijangka tidak berdepan dengan masalah jangka panjang.

Menurut artikel itu yang berjudul “Benda asing yang aneh dalam uretra,’ kes benda asing tersekat di bahagian saluran kencing jarang berlaku.

Pengarang laporan itu berkata, bagaimanapun, ini bukan kali pertama seseorang lelaki cuba memasukkan benda asing ke dalam kemaluan mereka.

Pada masa lalu, kabel telefon, kokain, penyedut, guli, mentol lampu dan ular adalah antara yang pernah dikeluarkan dari kemaluan lelaki.

Doktor Krishanth Naidu, Maurice Mulcahy dan Amanda Chung berkata, mereka memilih untuk menerbitkan kes luar biasa itu supaya ia boleh dibincangkan di kalangan pengamal perubatan memandangkan kes memasukkan garpu ke dalam kemaluan jarang berlaku.

Menurut laporan itu, dalam 20 kes sepanjang sembilan tahun lalu, perbuatan memasukkan objek asing ke dalam kemaluan tidak banyak berlaku dengan lelaki 1.7 kali lebih ramai terbabit dalam perbuatan itu berbanding wanita.
-Daily Mail-