Mengapa Kram, Kejang Otot Malam Hari dan Cara Mencegahnya

ORANG MUO
Kram ata kejang di betis atau kaki pastinya sangat menyakitkan. Kram kaki pada malam hari boleh berlaku kepada semua usia, terutamanya bagi wanita selama kehamilan, dan pada orang tua.

Bagi kalangan muda, kram terjadi kerana disebabkan rendahnya kadar natrium dalam darah. Kram terjadi akibat pepeluhan setelah selesai bersukan ketika cuaca panas atau sedikitnya kadar garam dalam diet (pola makan).

Penyebab lainnya ialah apabila berlaku perubahan dan sirkulasi darah pada saraf kaki juga berkaitan dengan kram.

Kram disebabkan oleh kejang otot ketika serat otot berkontraksi atau menyusut. Penyakit tiroid dan diabetes juga mungkin memicu kram.

Walaupun menyakitkan, kram malam tidak berbahaya seperti kram lengan, leher atau bahu yang biasanya karena postur tidur yang salah.

Cara yang paling efektif untuk mengatasi kram malam adalah dengan mencegahnya terjadi.

Sebelum tidur lakukanlah peregangan otot betis. Mandi hangat sebelum peregangan juga merupakan ide yang baik keran ini membantu meningkatkan aliran darah ke otot-otot dan menghentikan peregangan yang memicu kram.

Minum 'tonic water' sebelum tidur juga dianjurkan. Untuk membantu meredakan rasa sakit ketika kram, sangga kaki dengan bantal dan berbaringlah. Beri urutan ringan selama beberapa minit.

Kram bisa terjadi kerana ketidakseimbangan elektrolit - magnesium, kalsium dan kalium - dalam tubuh atau kerana kekurangan vitamin E.

Berikut pengambilan makanan harian yang disarankan:
1. Untuk meningkatkan kadar magnesium, cuba tambahkan dalam makanan harian anda tahu, kacang-kacangan, kentang dan oatmeal.

2. Kurangnya kalsium juga memperburuk kram malam. Sukatan yang disarankan untuk orang dewasa adalah 700mg per hari.

Ini kira-kira 200 ml susu, satu botol kecil yoghurt atau sepotong kecil keju. Sumber kalsium nondairy termasuk sayuran berdaun hijau, ikan bertulang kecil seperti sardin, jus limau atau oren, sereal dankekacang.

3. Untuk meningkatkan tahap kalium anda, makan pisang, kacang-kacangan, bawang putih dan bawang merah, dan buah-buahan serta sayuran. Pastikan diet anda kaya akan vitamin E termasuk minyak sayuran, kacang, biji-bijian, alpukat dan ubi jalar.

Selain itu, senaman ringan teratur, seperti berjalan kaki juga akan membantu memperpanjang otot. Sempatkanlah "bergerak" saat waktu luang anda.
Sumber : LINK

Mat Sabu wajib ambil tindakan terhadap kenyataan Zahid Hamidi ini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kementeriannya memberi kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang didakwanya berfahaman Syiah.

"Alangkah baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS.

"Jangan berselindung, Jamil Khir, KDN (Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa, ambil tindakan pada pemimpin PAS (itu)," kata naib presiden Umno itu semasa ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini.

Zahid bagaimanapun hanya menyebut "orang nombor dua" PAS tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin PAS itu.

Mohamad Sabu dipilih sekali lagi sebagai timbalan presiden dalam pemilihan PAS baru-baru ini.

Mohamad ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

"Tak boleh komen. Saya tak dengar sendiri," katanya ringkas melalui SMS jawapan kepada Malaysiakini.

Najib puji Rosmah depan perwakilan umno

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menceritakan bahawa isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik.kilan umno

Najib berkata sewaktu Operasi Piramid pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara.

Perdana menteri berkata ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu.

"Saya minta isteri saya menelefon isteri presiden Suzanne, merayu untuk membebaskan (pelajar itu), dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya.
Bagi jasa kedua, Najib berkata semasa operasi yang berjalan, Najib berkata isterinya juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.

"Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.

"Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," kata Najib.

"Ada bayar, bayaranlah malam ni," kata Najib sambil diiringi gelak ketawa perwakilan.

Berita bergambar jangan harap disiar media perdana

HTTP://OMAKKAU.BLOGSPOT.COM

BERITA BERGAMBAR JANGAN HARAP AKAN DISIARKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA ... PERTEMUAN LEBIH 2 JAM ANTARA DSAI DENGAN PEMIMPIN HAMAS KHALED MESHAAL.
Semalam telah berlaku pertemuan empat mata lebih dua jam antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin kanan Hamas Khaled Meshaal.

Pertemuan bersejarah ini diadakan sebaik saja Khaled Meshaal selesai mendengar cerita dongeng lipur lara Najib Razak di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Berita ini sudah pasti tidak akan disiarkan oleh mana-mana media cetak maupun elektronik milik dan kawalan UMNO/BN.

Sebab sebelum ini hampir semua media berkenaan menghebahkan kononnya kedatangan Khaled Meshaal adalah semata-mata mau berjumpa dengan Najib Razak dan hadir sebagai tetamu undangan VVIP Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Cara mengetahui handphone original atau tidak..

Blog ikmalfaiz.blogspot.com
Kes penipuan barangan elektronik sekarang nih semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone pon boleh di ciplak oleh China. Di sini, aku nak kongsikan pade korang tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone korang tu original ataupun cap ayam. Check it out :

Okay ikut langkah langkah seperti di bawah nih :

1. Taip *#06#

2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)

3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473

4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******

5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.
•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY

•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY

•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD

•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY

•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Ape lagi, korang check la skunk mner tau ade yang cap ayam...hehe

PERHATIAN !! MAKLUMAT INI TIDAK TEPAT 100%. OLEH SEBAB TERLALU BANYAK TELEFON BIMBIT DI PASARAN SEKARANG YANG TIDAK DIKETAHUI ASAL-USULNYA, MUNGKIN TERDAPAT BEBERAPA NOMBOR YANG TIDAK DAPAT DISENARAIKAN. LAGI SATU, BERKENAAN NOMBOR "00". BERDASARKAN PENGALAMAN MAL DAN RAKAN2 YANG BELI FON ORIGINAL, MEMANG NOMBOR YANG KELUAR ADALAH "00". ITU SAHAJA. SEKIAN.

(Gambar) Suspek Curi Tabung Masjid Dibelasah Hingga Mati...

Tranungkite
Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap.

Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.

“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.
Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.

Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
........

Memukul pencuri bukan ajaran Islam. Boleh memukul jika berlaku pergelutan tapi tidak boleh jika menyerah. Hudud sudah ada jalan penyelesaian. Tapi sekiranya memukul dengan nafsu sehingga membunuh dari segi hukum hudud lebih berat daripada mencuri.

Kenapa mencegah satu kesalahan dengan melakukan kesalahan yang lebih besar? Malaysia akan aman dan damai jika undang-undang Allah dilaksanakan.

Tiga kereta Lamborghini terbakar di Lebuh Raya dekat Seremban

Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya
Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya Kelihatan tiga buah kenderaan mewah Lamborghini sedang marak dengan api ketika kemalangan berlaku.
SEREMBAN: Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.

Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.

Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.

Punca sebenarnya: Kazim tidak diterima oleh ahli Umno sendiri

bumiperak
Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, kononnya beliau telah menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu:

1) Komitmen luar sebagai penceramah.

2) Mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah

3) Ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Kah! kah! kah! Alasan kamu 1 dan 2 itu aku tak berapa nak kisah sangat. Tapi alasan yang ke 3 itulah yang aku nak ulas lebih sikit ….

Nama baik Umno kepala lutut kaulah Kazim! Duduk perkara sebenarnya bukanlah fitnah sebagaimana yang kamu dakwakan itu. Ianya adalah berkaitan dengan perlembagaan parti Umno.

Ramai ahli-ahli Umno yang berjuang dalam parti itu berebut peluang untuk jadi MT Umno, tiba-tiba Kazim yang baru sahaja mengumumkan dirinya keluar dari PAS boleh dilantik dan diterima menjadi MT Umno? Banyak cantik lu punya muka Kazim? Lihat apa Kuda Kepang kata :
Ko kena tunggulah sebagai ahli biasa selama 3 tahun baru layak menjawat sebarang jawatan dalam Umno tau! Kah! kah! kah!

Tengku Adnan dan PM Najib tentu tidak sanggup berdepan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh ahli Umno sendiri jika lantikan Kazim sebagai MT tetap mahu diteruskan kerana perhimpunan Agung Umno itu boleh jadi batal kerana antaranya adalah perlantikan Kazim sebagai ahli MT :
Itulah sebenarnya, Kazim terpaksa buat pengumuman dia tidak terima tawaran sebagai MT.Tetapi sebenarnya, ramai ahli-ahli Umno yang tidak mahu terima Kazim sebagai MT Umno. Kena ikut peraturanlah walau apa pun!

Kata-kata sindiran nakal Zaharin Kuda Kepang itu : "Pembesar Umno buat Umno ini macam emak bapak dia punya!" patut juga diambil ingatan oleh para pemimpin PAS yang duk tinggi diatas singgahsana tu.....

Alhusseyn51: Biar aku tambah sedikit asam garamnya: Jangan buat PAS ini macam emak bapak, anak dan menantu korang punya!

(Gambar) Air banjir keruh berlumpur menjadi jernih apabila memasuki ruang solat masjid...Subhanallah

HARAKAHDAILY
RKETIKA air banjir menenggelami hampir keseluruhan bandar Kuantan, keajaiban berlaku di Masjid Al-Fatah, Batu 3, Jalan Gambang-Kuantan. Air keruh berlumpur yang membanjiri pekarangan masjid tersebut didapati menjadi jernih apabila memasuki ruang solat masjid.

Catatan menyayat hati seorang ahli Umno... bacalah!

CATATAN PILU, YANG AMAT MENYAYAT HATI DARI HATI SEORANG AHLI UMNO... BACALAH!
Surat yang meluahkan isi hati seorang penyokong tegar UMNO ini asalnya disiarkan oleh sebuah Blog Pro UMNO yang boleh dianggap sebagai otai dalam UMNO..

Dalam surat ini penyokong tegar yang juga ahli UMNO sejak berumur 18 tahun lagi meluahkan kekecewaannya terhadap Najib yang jelas telah memungkiri janji-janjinya sebelum pilihanraya tempoh hari..

Korang bacalah... sedih oooo....

Assalamualaikum Pak Syed.

Saya mulakan nota ini dengan lafaz keramat Bismillahhirrahmannirrahim, agar dengannya saya terpandu dan terpimpin untuk menyatakan sesuatu dengan niat kerana Allah jua. Hidup ini ringkas, singkat.

Saya bimbang jika saya bertangguh, tidak sempat maka saya akan gagal mnjawab di Mahkamah Allah Rabbuljalil.

Saya tidak berpeluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO walaupun saya telah mnjadi ahli UMNO sejak berumur 18 tahun

(Puluhan tahun lalu) Pada ketika itu saya menjadi ahli UMNO kerana datuk nenek dan ibu bapa saya mahu saya mewarisi mereka. Menjadi ahli UMNO yang setia sehingga ke akhir hayat.

Setelah sekian lama, baru sekarang saya mencatat sesuatu yang lahir daripada sudut hati saya. Jauh terbenam. Bergelora dan bercampur baur. Sayu, bimbang, kasih, marah saling kait mengait. Keliru juga sedang ikut sama mengisi secara serentak perasaan dan pemikiran saya.

Kalau boleh saya ingin berdiri di puncak gunung. Seluruh saf kepimpinan UMNO duduk bersila di sekeliling saya, berteleku mendengar saya bercakap meluahkan segala perasaan dan pemikiran saya dan kemudian saya redha mengadap Tuhan dengan mata tertutup rapat.

Saya ini orang UMNO. Dulu, kini dan insyaallah selamanya. Ini amanah datuk nenek saya. Saya genggam erat amanah ini. Tapi pada masa datuk saya menjadi ahli UMNO, beliau beberapa kali berjabat salam dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak.

Datuk saya adalah ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam parti, bahkan tidak bersekolah tinggi. Masih ada gambar kenangan mereka bersama tersimpan dalam almari peninggalan nenek. Walaupun telah kabur tapi ia tetap jelas dan dapat dikenali.

Pada masa itu tiada slogan atau ungkapan 'merasa denyut nadi rakyat'. Tetapi memang Presiden Parti turun ke cawangan cawangan UMNO, bercakap tentang hasrat dan cita cita parti. Arahala negara ke mana hendak dibawa.

Saya bertanya kepada rakan rakan Ketua Cawangan di kawasan saya, pernahkah bersalaman dengan Presiden UMNO? Tidak kata mereka sebab sewaktu Presiden parti turun ke negeri hanya pemimpin Bahagian dan Negeri yang berpeluang berdialog bersamanya.

Bahkan saya terkejut apabila diberitahu ada pemimpin cawangan tidak pernah bersua muka dengan Menteri Besar, tidak pernah. Maka saya pun mula rasa keliru, adakah benar UMNO ini parti inklusif atau sekadar pemanis mulut semata mata. UMNO sudah menjadi elitis dan bangsawan lebih bangsawan dari zaman Allahyarham ayahanda Tengku dulu.

UMNO mesra rakyat, UMNO pejuang masa depan melayu, UMNO penyelamat melayu dan 1001 macam lagi retorik dan hegemoni politik yang berterusan disuapkan dan dimomokkan kedalam kepala otak orang melayu sehinggakan orang melayu sekarang ini sebegitu takut untuk berfikir dan bertindak melainkan terus memilih UMNO. Terus percaya UMNO pejuang dan menjamin survival melayu.

Barangkali kebenaran ini semua hanya 10 peratus sahaja tetapi yang 90 peratus lagi adalah bagi menjamin tembolok dan perut pemimpin UMNO terus kenyang dan berisi. Hebat politik UMNO ni.

Saya mohon maaf kerana menjangka nyawa UMNO ini sudah tidak lama. Percayalah. Kunci nyawa UMNO adalah cawangan cawangan. Saya mula dapat rasakan pemimpin dan ahli di cawangan cawangan mula rasa seperti 'tidak berguna'.

Pengalaman menghadapi PRU 13 baru baru ini amat melukakan hati kami di cawangan-cawangan. Tsunami 2008 telah menyebabkan UMNO memulakan gerak kerja sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan. Pusat Daerah Mengundi ditubuhkan, Bilik Gerakan dimulakan di peringkat Cawangan dan Lokaliti.

Di tempat saya, Ketua Cawangan diberikan peruntukan yang amat minima. Kerana itu ramai yang menggunakan wang sendiri untuk menjayakan kerja kerja Jalinan Rakyat, Ceramah dan bengkel. Tiada peruntukan, itulah alasan yang diberikan oleh Bahagian. Atas nama perjuangan, segala tanggungjawab dilaksanakan.

Tiba tiba kami terkejut apabila mendapat tahu, Kampung Baru Cina diberi peruntukan ratusan ribu ringgit. Hampir setiap minggu diadakan makan malam bertaraf hotel, menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk sekali program. Maaf, saya kedengaran seperti cemburu, tetapi hakikatnya setiap minggu Ahli Parlimen kami hadir untuk program program bersama pengundi Cina dan India.

Sewaktu melawat ke kampung kami untuk Solat Jumaat, Ketua Cawangan diberikan tiga ratus ringgit untuk makan tengahari.

Di waktu PRU 13 makin hampir, kami di cawangan semakin tertekan. Program semakin banyak, peruntukan tidak juga turun sehinggalah Parlimen dibubarkan. Bayangkan perasaan kami di cawangan cawangan bilamana diperuntukkan dengan biskut mayat, air mineral dan rokok jenama OK (Kononnya diimport dari India)

Merokok adalah amalan tidak sihat, tetapi Pemuda kita di cawangan sebahagiannya merokok. Kata mereka rokok OK ini, nyamukpun pengsan kerana asapnya.

Pemimpin bercakap tentang perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka datang dengan kereta mewah dan menghisap curut luar negara.

Barangkali darah UMNO yang pekat menyebabkan kami terus bekerja dan alhamdulillah UMNO khasnya di kerusi luar bandar telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN ini. Perdana Menteri dan Presiden parti seakan amat menghargai UMNO apabila dengan berani mengisytiharkan Tsunami Cina telah berlaku.

UMNO menunggu dan menunggu. Apakah pengumuman besar Perdana Menteri untuk membalas pengorbanan kami selama ini. Sehingga kini tiada apa sebenarnya, tiada.

Yang diumumkan kenaikan harga minyak. Yang diumumkan kenaikan harga gula. Yang diumumkan kenaikan harga rokok. Dan yang diumumkan hari ini kenaikan tarif elektrik. Kami terkedu, malu. Kami beberapa hari tidak keluar ke kedai kopi kerana sewaktu kempen PRU13, kami janjikan Kerajaan yang prihatin dan memahami kesukaran rakyat.

Kami telah gagal mengotakan janji. Kami menjadi bahan lawak rakan rakan kerana hakikatnya selepas PRU 13, tiada apa apa yang istimewa untuk kita Orang Melayu yang telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN.

Kalaulah saya berpeluang bercakap kepada Perdana Menteri, saya ingin katakan betapa sukarnya menjadi aktivis UMNO di kampung kampung. Rakan rakan menyatakan Perdana Menteri telah hilang kawalan. Gagal mengawal segalanya. Saya bukan orang pandai. Bila ada orang datang dan beritahu orang kampung DS Najib sangat kuat membazir, mereka datang dengan data. Saya pula hampir percaya kerana Perdana Menteri tidak pernah menafikannya, bahkan kadang kala sinis bergelak ketawa.

Saya tak mampu menjawab bahawa DS Najib membazir apabila untuk ubahsuai rumah sahaja dalam tempoh lima tahun menghampiri 100 juta sedangkan untuk baikpulih rumah fakir miskin di kampung saya hanya lima ribu diperuntukkan.

Ada orang memberitahu saya, Datin Rosmah Mansur mempunyai peruntukannya sendiri dan diwartakan dalam Bajet Negara. Apa agaknya yang patut saya nyatakan. Dalam Parlimen pun namanya disebut mengguna 'jet peribadi untuk lawatan peribadi keluar negara'.

Anak anak muda di cawangan saya, yang pada PRU13 telah menyokong UMNO hari ini memberitahu saya bahawa di dalam blog dan face book banyak dinyatakan pembaziran yang Datuk Seri lakukan. Berbilion ringgit digunakan untuk hanya beberapa orang duduk berbincang dan memberi cadangan. Sedangkan yang bertungkus lumus memenangkan parti ialah kami di cawangan cawangan.

Anak anak kami celik maklumat. Mereka membaca berbagai cerita di dalam blog dan setakat ini tiada satu pun yang dijawab oleh Perdana Menteri. Diam bermakna benar. Kami diminta untuk berhemah dalam berbelanja sedangkan Perdana Menteri dengan mudah berbelanja untuk sesuatu yang tidak pasti arah tujuannya.

Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya, ibu bapa saya untuk terus bersama UMNO. Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula meragui kemampuannya mentadbir negara.

Saya cuba berlapang dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di kampung kekal rendah?

Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung yang susah, anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang baru. Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.

Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan terbaik Presiden Parti.

Perbahasan selepas itu, akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka. Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu.

Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan? Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya saya mula berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.

Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.

Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih 'gagah berani' untuk mencapai kejayaan di masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong.

Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.

Percaya saya, ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara. Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM sekarang.

PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!

Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak diendahkan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada "syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar, kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"

Sumber surat dari SINI

Sedihnyaaaaaa.... kah.. kah.. kah...

Dah kena kencing tunggu apa lagi?.. Jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO...

Tulisan di atas diambil daripada blog Anak Sungai Derhaka.
-harakahdaily-

Tiga tahun tak boleh tidur akibat di sihir anggota keluarga sendiri

Kota Bharu: Tiga tahun lamanya seorang wanita menderita sukar tidur malam kerana diganggu mimpi ngeri, malah sepanjang tempoh itu dia hanya boleh melelapkan mata apabila berbaring dalam posisi mengiring.

Semua itu dilaluinya angkara perbuatan sihir anggota keluarga sendiri yang tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.

“Jika saya tidur telentang atau meniarap, badan terasa sakit seperti ditimpa besi atau menjadi panas seperti kena rebus,” kata ibu tunggal beranak satu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 37.

Menurutnya, akibat perbuatan sihir itu juga berat badannya yang sebelum ini 80 kilogram (kg) menyusut 20kg kepada 60kg.
Foto
MOHAMAD Faris merawat Nur.
Wanita berasal dari sebuah kampung di Gua Musang itu berkata, penderitaannya selama tiga tahun itu berakhir selepas dirawat seorang pengamal perubatan Islam.
-hmetro-

Sah Ustaz Kazim tolak lantikan MT Umno

SUNGAI PETANI: Pendakwah, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.

Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata, beliau masih belum membuat kputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.

Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

Kambing yang menjadi mangsa rogol dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti

Nairobi: Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun.

Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.

Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.

Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing. Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing. Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes.

Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.

Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.

Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu.
Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.

Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. - Agensi 

Ridhuan Tee disiasat kerana ajar subjek “PEMBERSIHAN ETNIK”

The Malaysian Insider
Ridhuan Tee disiasat kerana ajar subjek “PEMBERSIHAN ETNIK”Kementerian Pertahanan akan menyiasat dakwaan bahawa ahli akademik pro kerajaan Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) mengajar subjek “pembersihan etnik” di Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM).
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata walaupun beliau tidak mempunyai maklumat lengkap, beliau mempertahankan Profesor Madya tersebut kerana tidak salah untuk menyentuh isu itu jika ia berdasarkan fakta.

“Kita mesti berlaku adil, kita perlu melihat sama ada subjek tersebut untuk mendidik pelajar atau dibuat dengan hasutan,” katanya menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Menyatakan bahawa ahli akademik UPNM berpengetahuan dan berpengalaman, Abdul Rahim berkata sekiranya subjek itu diajar secara fakta, ia tidaklah merbahaya.

"Namun, kami akan menyiasat dan akan memberitahu anda akan keputusan lanjut nanti," katanya.

Ridhuan yang juga seorang kolumnis bagi akhbar Umno Utusan Malaysia, pernah menidakkan tuduhan plagiarisme yang beliau hadapi dengan mengatakan pengkritiknya hanya mahu menghapuskan beliau.

Kok membuat aduan bahawa Ridhuan meniru satu artikel yang ditulis oleh pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Dr Airil Yasreen Mohd Yassin.

"Jika anda bandingkan kedua-dua artikel itu, anda akan mendapati bahawa Ridhuan meniru hampir keseluruh kandungan artikel Dr Airil, termasuk kesalahan tatabahasa di dalam artikel asal tanpa memberi sebarang kaitan kepada penulis asal," kata Kok.

Bekas rakan setugas Ridhuan, Senator Dr Ariffin S. M. Omar mengatakan bahawa Ridhuan telah menerima kenaikan pangkat walaupun berdepan tuduhan plagiarisme.

"Siasatan telah bermula tetapi Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor bahagian akademik waktu itu tidak ambil sebarang tindakan ke atas Ridhuan malahan dia dinaikkan pangkat," kata Ariffin, lalu menambah bahawa kenaikan pangkat Ridhuan tidak dipersetujui ramai pensyarah di UPNM.

"Kami telah memberhentikan pelajar-pelajar yang didapati meniru dalam kertas tugasan mereka. Tetapi mengapakah tiada tindakan diambil terhadap pensyarah? Adakah kita mengatakan tiada masalah jika pensyarah melakukan kesalahan yang sama?" soal beliau.  

Mereka-mereka yang dipecat sebagai ahli PAS 25 Ogos 2013 lalu dan video kesalahan yang dilakukan

Tranungkite
Pemecatan Dr Hassan Ali sebagai Ali PAS mendapat liputan media, tapi pada mesyuarat Jawatankuasa PAS 25 Ogos 2013 telah memecat beberapa orang ahli iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri dan bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha dan Ustaz Kazim Elias, ahli biasa.

Kenapa mereka di pecat?

1. Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin aktif berceramah mengutuk PAS dalam banyak pentas kerana tak setuju dalam beberapa perkara.

2. Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang ni dah rosak terus apabila berceramah di pentas UMNO mengutuk PAS.

3. Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha dalam ceramah pentas pembela agama tajaan UMNO secara hidden.

4. Ustaz Kazim Elias, ahli biasa dan penceramah bebas lantang mengkritik PAS. Tak payah cerita banyak hal..

Jangan kita rendahkan PAS atas keputusan yang dibuat, sedangkan kamu tidak membantu PAS malah menjadi beban seperti mendongkong biawak hidup.

# Dinasihatkan tak payah dengar habis video yang disertakan.

Hukum pakai pakaian hitam ke kubur

DR USTAZAH ASIAH ALI
Soalan:
Saya selalu melihat di kaca TV apabila menghadiri pengkebumian khusus orang Islam, orang ramai dan keluarga memakai pakaian hitam. Adakah memang disunatkan memakai pakaian berwarna sedemikan?

Jawapan:
Pakaian putih adalah pakaian yang terbaik Sebagaimana Sabda rasulullah SAW yang bermaksud:
“Pakailah pakaian putih kerana pakaian seperti itu adalah sebaik-baik pakaian kalian dan kafanilah mayat dengan kain putih.” (Hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah An Nasai)

Memakai pakaian putih juga adalah lambang kebersihan. Setakat ini saya belum berjumpa nas yang menggalakkan memakai pakaian hitam. Walaubagaimana pun memakai pakaian hitam adalah diharuskan.

Dr Maza: Tarif elektrik naik kurangkan sakit apa?

Mohd Asri Zainal Abidin
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin
SHAH ALAM: Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini, menyifatkan kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 nanti sebagai tidak munasabah sekaligus akan membebankan rakyat.

Menurutnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, telah melaporkan keuntungan yang tinggi, namun agak mengejutkan apabila tarif elektrik tetap dinaikkan dengan kadar yang sangat drastik.

“TNB melaporkan keuntungan yang tinggi malangnya tarif eletrik tetap naik dengan drastiknya.

“...tahun 2014 tarif elektrik baru bermula.. 2015 GST bermula.. rakyat Malaysia sentiasa ceria dengan kenaikan yang pelbagai.

“Jika bulan lepas gula dikurangkan subsidi kerana hendak mengelakkan rakyat kencing manis.. kini tarif elektrik dinaikkan untuk mengurangkan penyakit apa pula?” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Semalam Bernama melaporkan subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/KWJ, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen/KWJ.

Salima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal (Gambar)

alima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal
Salima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal Salima AF Kini Bergelar Isteri
BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi sah bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak minggu lalu.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ustaz Syed Abd Kadir.

Perkahwinan pertama bersama Sharifah Wafa’ Alhadad dikurniakan tiga cahaya mata.

Datuk Fauzi, Mu Tunggu Kami Datang

"Saya masuk PAS cuma nak dekat dengan Allah, kini saya rasa tenang sangat" "saya tak nak apa dah dunia ni, nak siap untuk mati ja nih" itu lah kata-kata Datuk Fauzi yang selalu saya dengar.

Datuk seorang yang mudah mesra dgn orang ramai walaupun Datuk mantan pegawai tinggi PDRM tapi sifat rendah dirinya mengalahkan orang lain..

Yg menariknya, Datuk adalah orang baru dlm PAS Larut dan baru beberapa bulan bekerja sepenuh masa utk bawa misi PAS di tengah² masyarakat, tapi kerjanya macam dah berpuluh tahun dalam PAS.

“Dhaifnyaaa... tandas markaz ni, tolong buat kira tengok kos bina tandas dan bilik air baru“ Prihatin sungguh Datuk ni, tergambar pada riak wajahnya seorang yang pemurah dan ikhlas ingin membantu...

Sekarang Datuk dah pergi meninggalkan kita buat selama²nya. Satu kehilangan besar buat kita semua. Tugasnya sudah selesai, kita pula akan menyusul. Semoga ruh almarhum dicucuri rahmat dan maghfirah serta ditempatkan bersama orang-orang solih.

Akmal Kamarudin,
Batu Kurau, Perak.

Azab 80 jahitan di pipi dan bibir akibat ditoreh oleh suami (Gambar)

Suraya Roslan
Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.

Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.
Foto
Nor Hafazalina
Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini.
-hmetro-

Isu kenaikan gaji: Kedudukan Khalid Ibrahim sebagai MB dah tak selamat??

Zabidi Saidi 
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Rabu lalu (27 November) meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

“Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat,” katanya.

Heboh seluruh negara kerana kenaikannya terlalu tinggi. Gaji Speaker pun hampir sama dengan gaji Perdana Menteri. Malah gaji ADUN lebih tinggi dari gaji ahli parlimen.

Pada PRU ke 14, lebih ramai calon yang akan bertanding kerusi DUN daripada kerusi parlimen di Selangor memandangkan gaji ADUN lebih besar dari gaji ahli parlimen.

Penasihat PKR,   Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor agak tinggi dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim perlu mencari jalan jika ia boleh dikaji semula.

Menurutnya, Khalid sudah menjelaskan perkara itu kepada beliau dan sekarang Khalid wajar menjelaskan perkara itu kepada orang ramai menerusi media.

“Saya beritahu MB kenaikan itu agak tinggi dan beliau perlu jelaskan kepada Pakatan Rakyat alasan ia dilakukan.

“Khalid telah berikan penjelasan dan sekarang dia perlu beri penjelasan kepada media juga akan alasannya berbuat demikian serta apa tindakan untuk mempertimbangkannya semula,” kata Anwar sewaktu ditemui wartawan di Parlimen tengah hari Khamis lalu.

Anwar turut menolak alasan Khalid yang mengusulkan kenaikan itu berasaskan formula 75 peratus daripada gaji dan elaun yang diterima wakil rakyat Sarawak.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menangguhkan kenaikan gaji buat wakil rakyat Selangor yang akan berkuat kuasa mulai tahun depan.

Menurutnya, perkara tersebut diputuskan tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan kajian semula perlu dibuat agar kadar kenaikannya lebih munasabah.

“Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula agar lebih munasabah dan diterangkan kepada rakyat akan kenaikan ini,” kata Azmin yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor.

Exco Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim menyelar Azmin Ali kerana beliau sebenarnya ada di dalam sidang dewan undangan negeri sewaktu rang undang-undang itu dibentangkan tetapi memilih untuk berdiam diri.

“Apabila rang undang-undang itu dibentangkan, dibahas dan diluluskan, beliau berada di dalam dewan. Beliau tidak berkata apa-apa walau sepatah pun…

“Kecuali dua ADUN iaitu Sekinchan (Ng Suee Lim) dan Kampung Tunku (Lau Weng San) yang menyokong rang undang-undang itu, tiada seorang pun daripada yang menghadiri sidang membahaskan rang undang-undang gaji itu bercakap atau membangkang.

ADUN Batu Caves Amiruddin Shari yang mempertahankan kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Azmin Ali berhubung isu kenaikan gaji wakil rakyat di negeri itu sekaligus menempelak Exco Kerajaan Selangor Datuk Teng Chang Kim yang mengkritiknya.

Amiruddin berkata beliau memandang serius kenyataan Teng yang membidas Azmin dan tidak wajar sebagai exco kerajaan negeri menyeluarkan kenyataan yang dianggapnya “hanya mengeruh lagi keadaan”.

“Tidak ada amalan dalam negara-negara komanwel di mana Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) berperanan untuk membantah usul yang dibawakan oleh kerajaan.

“Saya tegaskan bahawa peranan BBC dalam Dewan Persidangan adalah untuk mendukung usul yang dibawakan oleh kerajaan,” kata Amiruddin.

Khalid Ibrahim yang berkeras mahu melaksanakan kenaikan gaji itu berkata kenaikan gaji itu adalah muktamad.

Beliau juga sekaligus menolak cadangan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali supaya menangguhkan dulu pelaksanaannya.

Khalid berkata Azmin boleh menderma tambahan gajinya itu kepada badan amal jika beliau tidak puas hati.

Katanya, jika Azmin tidak mahu menerima kenaikan gaji itu, itu hak individu untuk menolaknya.

“Jika (beliau) tak mahu, tak apalah,” kata Khalid

Kenaikan gaji baru untuk menteri besar, exco dan ADUN di Selangor yang diumumkan Khalid Ibrahim semalam menimbulkan kritikan pelbagai pihak termasuk mantan menteri besar Tan Sri Abu Hassan Omar.

Mereka menyifatkan keputusan kenaikan tersebut adalah tidak wajar dan perlu mengutamakan kepentingan rakyat.

Abu Hassan tidak melihat rasional DUN Selangor meluluskan kenaikan gaji itu kerana kerajaan Pakatan belum mampu mengagihkan kekayaan ke seluruh negara, masih ada kawasan belum dimajukan sepenuhnya dan ramai rakyat masih menderita.

“Sebarang kenaikan gaji dan elaun perlu ada kewajarannya. Ketika saya mentadbir Selangor saya tidak pernah menaikan gaji dan elaun Menteri Besar, exco dan ADUN.

“Kita perlu fikirkan rakyat terlebih dulu,” katanya.

Perkasa turut menyindir Khalid berhubung dengan kenaikan gaji yag tidak manasabah itu.

“Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat.”kata Presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu berhujah, menjadi wakil rakyat bermaksud pemimpin mesti berkorban, malah harta sendiri demi kepentingan rakyat.

“Kalaulah kerajaan BN yang naikkan gaji seumpama ini, riuh rendah mereka serang,” katanya sambil menyeru kakitangan kerajaan membantah kenaikan itu.

“Mereka juga ada beban tugas lebih dari wakil rakyat. Inilah yang dikatakan pagar makan padi.” tegas beliau.

Sudah dua kali Anwar Ibrahim menegur Khalid secara terbuka. Sebagai bekas tokoh korporat, Khalid berjaya mengurus Selangor sehingga mendapat rezab sebanyak RM2.6 bilion. Tetapi mengambil sebahagian dari RM2.6 bilion itu untuk gaji para pembesar negeri merupakan satu tindakan yang tidak wajar.

Bukan kita tidak bersetuju dengan kenaikan ini tetapi biarlah memadai sebanyak 20 peratus kerana rakyat amat terbeban dengan gaya hidup sekarang.

Selamatkah Khalid kali ini? Adakah Khalid akan menarik balik rang undang-undang yang sudah diluluskan itu? Atau adakah Khalid akan disuruh meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana kontroversi ini. Sama-sama kita lihat nasib Khalid kali ini.