Anak Ziana Zain mahu ibunya tutup aurat

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain, 46 (gambar) mendedahkan anak sulungnya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor ada memintanya memakai hijab serta menutup aurat.

Jelas Ziana, Aiman malah turut berpesan kepadanya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, dia perlu memakai hijab sebagai tanda menghormati status sekolah anaknya itu.

"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; '... bila Mama nak pakai tudung’?

"Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.

"Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” kongsi Ziana perihal anak sulungnya itu kepada Gua.com.my.

Dalam masa yang sama, Ziana juga turut berkongsi tentang pengalamannya beberapa kali berada di sekolah anaknya. Jelasnya, ramai juga rakan-rakan anaknya yang seronok bertemu dengannya.

“Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam,” cerita Ziana lagi.

Biarpun beberapa kali sudah ditegur oleh anaknya tentang berhijab dan memakai menutup aurat, Ziana tidak pernah memarahi anaknya itu. Malah dia bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan