Kalimah Allah: Kenapa PAS Memilih Laluan Salah Dan Seronok Di Perangkap?

ramziredang
Untuk melihat dengan jelas isu kalimah Allah dan menjawab segala persoalan yang seolah olah menjadi semakin kusut sekarang, kita kena kembali kepada tahun tahun tujuh puluhan dan perlu melihat bukti yang terdapat dalam kata pengantar pada muka surat depan kitab 'bible perjanjian' yang dinamakan sebagai AL Kitab. Dari situ baru kita dapat jawapan apa sebenarnya motif utama yang sedang dimainkan dan siapa sebenarnya yang cuba mencari untung dari isu ini.

Kitab 'bible perjanjian' yang menghimpunkan tiga puluh sembilan kitab perjanjian lama dan dua puluh tujuh kitab perjanjian baru diiktiraf oleh seluruh pimpinan gereja, dari muka surat pertama lagi ada tertulis, "projek menterjemahkan al kitab ke dalam bahasa melayu dimulakan pada tahun 1974".

Jadi kunci utama telah ada, iaitu kitab bible diterjemahkan ke dalam bahasa melayu secara besar besaran 'mulai tahun 1974'. Jadi jelas di sini isu kalimah Allah dalam bible ini telah ada sejak empat puluh tahun yang lepas.

Yang lebih penting untuk kita fahami adalah, penterjemahan ini tidak boleh dilakukan secara sembarangan dan ia tidak boleh diedarkan secara sembarangan kerana ianya bersangkutan dengan perlembagaan negara dan KDN(Kementerian Dalam Negeri).

Kenapa ia boleh dibenarkan? Kenapa isu ini senyap selama ini? Kerana, yang membenarkan ianya ditulis dan diedarkan dalam bahasa melayu adalah kerajaan(BN). Ianya senyap kerana kerajaan(pimpinan BN) yang ingin ianya senyap.

Sekarang ia menjadi bising dan riuh, kerana (BN) yang hendak ianya diriuhkan. Kerajaan(BN) yang hendak isu ini disebar keseluruh negara.

Dalam keadaan kerajaan BN yang lemah dan hilang sokongan rakyat, jelas sekali isu inilah yang baik untuk menjadi serampang enam belas mata bagi BN. Kerana apa saya katakan ianya serampang enam belas mata? Kerana sangat malangnya PAS memilih laluan salah dalam menangani isu ini.

PAS nyata sekali seolah olah tidak sedar bahawa isu ini hanya semata mata mainan UMNO untuk menarik sokongan orang melayu terhadap BN dan dalam masa yang sama menghilangkan sokongan melayu terhadap PAS. Dalam masa yang sama juga cuba memecahbelahkan kesepakatan kaum lain dalam Pakatan Rakyat. Ditambah pula ada sesetengah golongan ulama yang langsung tidak sedar dengan jerat UMNO ini, mengulas pula dari sudut yang sangat merugikan PAS sendiri.

PAS cuba mengulas dari sudut 'ditelan mati emak diluah mati bapak'. Setengah pemimpin terlalu ingin menjaga kaum bukan Islam hinggakan tidak sedar kata kata akan menghilangkan sokongan kaum melayu. Sementara setengah ulama pula terlalu ingin menjaga kaum melayu hingga mungkin menghilangkan kepercayaan bukan melayu.

Saya amik contoh kata kata terbaru ahli parlimen PAS parit buntar:"1.7 juta penganut kristian tidak akan mampu menjadikan Malaysia sebuah negara kristian". Ini sebagai menjawab apa yang ditulis oleh utusan malaysia. Jelas sekali jawapan seperti inilah yang sangat dinantikan oleh BN, supaya ianya dibaca oleh seluruh kaum melayu.

Apa yang sangat tidak dapat saya faham adalah, kenapa dalam isu ini PAS seolah menjadi pihak yang diserang. PAS perlu menerangkan macam macam kepada rakyat samada melayu atau bukan melayu. Kenapa ini berlaku dan kenapa pula UMNO menjadi pihak yang menyerang?

Padahal semua kesalahan tentang kalimah ALLAH ini terletak di bahu UMNO. UMNOlah yang patut diserang. UMNOlah patut PAS persalahkan. Persoalan ingin memahamkan rakyat tentang hukum yang sepatutnya difahami di dalam Islam..sepatutnya seiring dengan menyatakan "SIAPAKAH YANG BERSALAH DALAM NEGARA KITA TENTANG KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE".

Isu ini perlu ditekankan. PAS perlu mainkan peranan secara besar besaran bahawa UMNO BN lah yang membenarkannya. UMNO BNlah yang menjadi syaitan yang sebenarnya. Seandainya utusan malaysia menyatakan kristian ingin menjadi agama rasmi negara, maka perlu di'highlight' UMNO BN lah yang membuka jalannya.

Rakyat juga perlu diberitahu, bahawa perdana menteri malaysia dari UMNO yang telah menandatangai "perjanjian 10 perkara" pada tahun 2011. Di antara salah satu perjanjian 10 perkara tersebut adalah dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH.

Jadi pemimpin PAS perlu keluar dari perangkap ini. Sedarkan diri tentang perangkap ini, kemudian sedarkan rakyat siapa sebenarnya dalang disebalik kalimah ALLAH ini. Jangan jadi pihak yang bertahan tetapi jadilah pihak yang menyerang. Nescaya nanti UMNO akan dapati senjata akan makan tuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan