PRK Dun Kajang: Najib dicabar lawan Anwar - ha ha ha ada brani ka

Logo PRK dun Kajang
KAJANG: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon di Dun ini bagi menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, presiden Umno itu adalah calon paling sesuai untuk mencabar Anwar kerana kedua-duanya mempunyai kredibiliti, selain kedua-duanya tokoh tertinggi negara.

"Umno-BN kalau berani turun Kajang.

"Jangan letak calon daripada MCA, MIC,Gerakan tetapi letaklah perdana menteri iaitu daripada Umno.

"Kita makan satay Kajang, lepas itu kawan lawan habis-habisan," katanya dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Segamat, di sini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Majlis tertinggi PR.

Kelmarin, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan Lee Chin Cheh.

Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan PR memutuskan untuk meletakkan Anwar sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan