Permasalahan hari ini ialah, orang tak faham apa itu Institusi Kesultanan. Ramai yang menganggap Sultan itu diwarisi daripada keturunannya. Contohnya, Anak Sultan akan mendapat pangkat Putera, maka Putera ini akan menjadi Raja suatu hari nanti, ini dipanggil sistem Monarki, bukannya Kesultanan.
Namun ramai yang tak paham dan tak kaji sejarah bahawa yang akan jadi Raja tu tak semestinya adalah anak Raja. Kadang2 raja mati takde anak, maka Datuk Bendahara yg diangkat, kadang2 Datuk Panglima, kadang2 Datuk Laksamana dsb. Apabila perkara tersebut berlaku, maka berakhirlah Dynasty tersebut menjadi Raja, Dynasty bermaksud Keluarga atau keturunan Diraja yang sama. Sbb itu dalam sejarah, ada banyak Dynasty, maksudnya 1 susur galur. Setelah digantikan dgn Datuk Pembesar, maka bermulalah 1 Dynasty yang baru. Ini banyak berlaku di Negeri2 di Malaysia ni. Sbb tu wujud term Political Dynasty dalam Politik Malaysia Moden, contohnya keluarga Hishamuddin Bin Tun Hussein Bin Onn Bin Jaafar. Najib Bin Tun Razak, Lim Guan Eng Anak kepada Lim Kit Siang, Nurul Izzah Bin Anwar Bin Ibrahim, Mukhriz Bin Mahathir. Inilah Dynasty2 dalam Politik Moden.
Perlu diingatkan, Dynasty dalam Kesultanan juga tamat disebabkan beberapa faktor, tak semestinya dia mati tanpa Anak atau Waris. Dalam hal Kesultanan Melaka itu, Kerajaan Melaka telah Kalah ditangan Portugis dan Kerajaan Melaka telah dihapuskan sama sekali. Maka Anak Baginda dikatakan mengasaskan Kesultanan Johor dan anak seorang lagi mengasaskan Kesultanan Perak (ada yang kata anak kedua Sultan, ada yang kata pembesar), dan Datuk Pembesar Melaka yang lari ke timur telah mengasaskan Kerajaan Pahang. (Ada yang kata Datuk Bendahara Melaka, ada yang kata Temenggong, entah lah). Maka bermulalah negeri2 baru dan Dynasty yang baru.
Adapun negeri Malaka yang ada pada hari ini adalah Kota Melaka yang di Rampas Portugis. Maka Negeri Melaka pada hari ini adalah Warisan Portugis, bukannya Warisan Kesultanan Melaka. Warisan2 Kesultanan Melaka ialah Perak, Johor dan Pahang. So tak payah la create fakta dan create susur galur ko yang kononya ko tu Waris Kesultanan Melaka. Dynasty Kesultanan Melaka dah lama takde, Ko Nak Mampus?
Pada hari ini, Dynasty yang baru adalah Demokrasi, Ketua Menteri dipilih oleh rakyat, bukan lagi keturunan. Sistem itu sudah pun berubah. Lu cerita Apa bro? Mahkamah Dunia kejadahnya?
Kesimpulannya, kalau benar pun fakta salasilah kao tu mmg betul ada susur galur keturunan Sultan Melaka, itu pun tak menjadikan kao siapa2 sbb Dynasty Kesultanan Melaka dah lama jadi sejarah ibarat Liverpool dan Manchester United (jangan marah arr . . . ). Sedangkan Iman pun tak dapat diwarisi, Inikan pula pangkat Sultan. Chet ! Phuiii !!!
Luahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan